MITOS "TANAH YANG DIJANJIKAN"

Zionis kini sedang memutarkan semula mitos "Tanah Yang Dijanjikan" buat mereka, setelah hampir berjaya menjarah bumi Palestin. Kini, mereka mendendangkan hal yang sama ke atas tanah Cyprus, tanah itu telah dijanjikan oleh Tuhan 3,500 tahun silam.

Sebelumnya, kita hanya mendengar bahawa Palestin adalah "Tanah Yang Dijanjikan" oleh Tuhan untuk orang-orang Yahudi yang hidup dalam kesusahan dan penderitaan di bawah pemerintahan dinasti Fira'un di Mesir.

Sejarahnya, memang ada maksud tersebut tetapi "Tanah Yang Dijanjikan" itu, khususnya Palestin telah ditarik balik kerana umat Yahudi sendiri enggan ke sana. Dalam sejarah tercatat kisah itu, dan dalam kitab-kitab agama ada cerita tersebut.

Mereka hanya bergerak dari Mesir, tetapi tidak meneruskan perjalanan ke Palestin kerana memikirkan bumi Palestin tidak mempunyai daya penarik ekonomi yang besar. Mereka hanya berlegar-legar sekitar padang pasir untuk beberapa lama sehinggalah ke era yang lain beberapa ratus tahun kemudian.

Namun, Zionis terus memainkan mitos yang sama ke atas Cyprus setelah sebahagian kecil keturunannya mula menguasai dan membentuk koloni di pulau yang berada di Laut Mediteranean.

Sekarang ini, mereka sedang giat mencari hujah. Mereka sedang mereka-rekakan rumusan berdasarkan bukti palsu, termasuk mentafsirkan semula kisah di zaman Nabi Yusof AS dan selepasnya.

Tautan "sejarah" dan "agama" telah, sedang dan akan terus digunakan semaksimum yang mungkin. Soal benar atau salah, tidak mereka pedulikan.

Setelah itu, mereka akan terus menggunakan mitos itu ke atas mana-mana negara yang sekarang ini berada dalam majoriti umat Islam. Ia adalah sebagai langkah seterusnya untuk membina The greater Israel, dari sungai Tigris dan Euphrates.

Irak sudah ada petunjuk akan jadi milik mereka, yang kini dikuasai dan dikawal oleh tentera Amerika Syarikat. Iran sedang mereka ganyang dan mendapat bantuan Amerika Syarikat. Mesir sudah mereka pengaruhi setelah termeterainya Perjanjian Kem David (1978).

Syria sedang mereka perkirakan dengan teliti setelah Amerika Syarikat membatalkan doktrin untuk para pejuang Pembebasan Syria tidak lagi termasuk dalam senarai pengganas. Amerika Syarikat telah membatalkan sekatan ke atasnya, apabila pejuang pembebasan Syria berjaya menggulingkan diktator Bashar al-Assad, bersedia berbincang dan membuka kerjasama dengan Israel. Netanyahu dan Ahmed al-Shaara sudah pun memulakan pertemuan.

Libya sudah kehilangan taring setelah Muammar Gadafi berjaya dibunuh (20 Oktober 2011). Tentera Amerika Syarikat sentiasa memerhatikan perkembangan yang berlaku di Libya, kerana Libya mempunyai simpanan minyak yang besar, yang boleh disalurkan kepada Israel yang sangat memerlukannya.

Israel tidak menjadi negara pembeli minyak Arab Saudi, Iran dan sebagainya. Negara-negara Arab menjadikan Israel sebagai sekatan untuk menjual minyak, semacam embargo. Israel ketika ini mendapat bekalan minyak dan gas daripada Azerbaijan. Irak mungkin secara sulit menjual minyak kepada Israel kerana telaga minyak telah dikuasai oleh firma asing termasuk milik usahawan Amerika Syarikat.

Negara-negara Arab sudah kendur marahnya kepada Israel setelah Amerika Syarikat berjaya melaksanakan normalisasi dalam Abraham Accord (2020). Arab Saudi memang diketahui pro Amerika Syarikat dan tidak berani turun ke gelanggang membantu perjuangan rakyat Palestin menuntut kebebasan dan kemerdekaan. Sebaliknya, Arab Saudi terus berlumba untuk menambahkan kemakmuran ekonominya dengan membuka pusat-pusat pelancongan ala barat di persisir Laut Merah.

Israel gunakan agama, kerana menjual agama cukup mudah mendapat pembeli. Jika tidak menjual agama, tentunya Palestin tidak dapat mereka kuasai. Sebelum Palestin, beberapa cadangan untuk Negara Yahudi telah dibuat, termasuk Uganda dan Argentina. Semuanya ditolak, sebabnya tidak ada hubungan dengan agama Yahudi.

Pengamal Judaisme tidak bersetuju apabila Theodore Herzyl bersetuju Palestin adalah lokasi terbaik. Namun, setelah agama digunakan, Palestin dieksploitasikan sebagai tindakan untuk bersiap sedia menunggu kedatangan messiah, yakni Imam Mahadi.

Walaupun bukan semua rabi Yahudi bersetuju, akhirnya sebahagian besar mereka menjadi cukup kuat untuk melakukannya, dan sanggup menjadi "pembohong" demi menyempurnakan matlamat Zionis.

Ketika seorang dua Rabi Yahudi membuat tuntutan sejarah terhadap Cyprus, belum kedengaran bahawa mereka juga memiliki hujah yang sama dengan apa yang mereka lakukan ke atas Palestin. Sebabnya, di Cyprus tidak ada Bukit Zion, Kuil King Solomon, tetapi mereka sudah membina sinagog, menguasai perniagaan produk dan barangan Israel. Koloninya semakin membesar sehingga elit politik Cyprus semakin bimbang.

Kata pemimpin Cyprus, Zionis mengambil peluang ketika rakyat Cyprus "sedang tidur", mereka membina lambang-lambang dan mercutanda baharu untuk menggambarkan kekuatan Zionis. Mereka ada wang untuk membeli tanah dan mereka ada akal untuk memujuk penduduk menjualnya.

Tentunya, mereka akan menolak apa sahaja hujah sejarah yang bertentangan dengan mitos yang mereka bentuk dan akan dibentuk sebagai "line of propaganda". Mereka akan gelarkan sesiapa sahaja yang menentang hasrat itu sebagai anti-semitik, walhal pada kajian DNA warganegara Israel sekarang, 90 peratus tiada hubungannya (genetik) dengan Yahudi asal Palestin. (tbc)

Bersambung

MONOSIN SOBRI

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com