POTONG TANGAN FATIMAH

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Wahai sekalian manusia sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kamu adalah, apabila orang-orang terhormat (pembesar) mencuri, mereka membiarkannya (tidak menghukum), sementara jika orang-orang yang lemah (rakyat biasa) mencuri, mereka menegakkan hukuman had. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sungguh aku sendiri yang akan memotong tangannya” (HR Muslim).

Hadis itu memberikan pemahaman yang jelas, Nabi Muhammad SAW tidak akan melindungi sesiapa pun yang melakukan kesalahan hatta puteri kesayangan baginda. Baginda sendiri akan menghukumkannya, yakni memotong tangan jika Fatimah didapati bersalah mencuri.

Sebagai seorang pemimpin, Nabi Muhammad SAW tidak akan memilih untuk menghukum, kerana menegakkan peraturan dan undang-undang adalah tanggungjawab pemimpin dalam menentukan keadilan. Seseorang pemimpin, akan dianggap bersalah dan tidak adil apabila menegakkan undang-undang (law enforcement) secara selektif.

Undang-undang dibentuk dan dikuatkuasakan untuk menjadikan manusia menghormati hak orang lain agar sifat tamak dapat dijauhi. Dalam kes musibah, seringkali ditemukan kerosakan sistem dan kehidupan manusia sebenarnya berpunca daripada manusia sendiri, bukan sahaja mengkhianati undang-undang bahkan kerakusan menguasai kekayaan tanpa memikirakan kesejahteraan orang lain. Manusia saperti ini kering moralnya, hilang dari rasa sayang, jiwanya gersang kerana menjadikan benda sebagai matlamat hidupnya.

Falsafah pembentukan dan penguatkuasaan undang-undang ialah membangunkan keadilan untuk setiap orang, mengikis perasaan tamak dan membenteras aktiviti haram. Kes penyeludupan minyak masak bersubsidi, menyeludup keluar petrol, makanan bersubsidi bukan sahaja merugikan negara bahkan boleh menyebabkan rakyat merasai kesannya, kekurangan barangan keperluan harian. Mereka yang melakukan aktiviti sedemikian dikategorikan sebagai pengkhianat dan  penjenayah.

Pihak yang berkuasa yang melakukan salah guna kuasa, tidak wajar diberikan ruang untuk melepaskan diri daripada tindakan undang-undang, hatta ianya berada dalam kedudukan yang tinggi. Saat ini, belum ada tindakan undang-undang ke atas penerokaan balak secara haram oleh kerajaan Kelantan, segelintir daripada mereka mempunyai kepentingan dalam meneroka hasil hutan itu. Ertinya, pemimpin atau pihak berkuasa sendirilah yang mengkhianati peraturan, sepatutnya merekalah yang bertungkus lumus menegakkan keadilan dan membangunkan kehidupan harmoni antara manusia dan alam, manusia dengan manusia.

Menegakkan keadilan merupakan kemuncak kepada nilai ketakwaan yang kita miliki. Keadilan mesti ditegakkan dalam keadaan apapun meskipun dalam perkara yang nyata kita benci. Kebencian kita kepada kaum atau kumpulan tertentu tidak boleh menghalang kita untuk berbuat keadilan untuk mereka yang kita benci. Perkara ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud:

“Dan janganlah kebencian kalian terhadap suatu kaum menghalangi kalian berlaku adil. Berlaku adil-lah, karena perbuatan adil itu lebih dekat kepada taqwa” (Al Maidah: 8).     

Persoalannya adakah ‘keindahan’ dan idealisme undang-undang itu hanya berlaku di atas kertas dan tersimpan rapi sebagai dokumen keramat? Adakah ia dapat diterapkan secara berkesan dalam konteks semasa yang menyaksikan berlakunya penyelewengan semakin berleluasa? Sayangnya, dalam pembenterasan jenayah, yang terungkap kesalahan ialah si ikan bilis manakala si jerung terus bebas. Ikan bilis tidak mempunyai kecekapan mengelak, kerana si ikan bilis kebiasaannya menjadi runner kepada si jerung.

Ramai pemerhati melihat, tindakan mendakwa “ikan bilis” itu hanyalah sandiwara untuk mengikis persepsi dan kemarahan rakyat terhadap pemimpin atasan.

Tindakan membiarkan ‘ikan jerung’ masih berenang bebas di ‘samudera’ haloba cukup disesalkan. Ini kerana ‘ikan jerung’lah sebagai pihak yang paling bertanggungjawab terhadap wilayah kekuasaannya dan sebarang polisi berkaitan dengan ketenteraman dan kesejahteraan rakyatnya. Ibarat sebuah pisau, tindakan pihak berkuasa bagi menunjukkan ‘kejantanannya’ dalam isu ini hanya tajam di bahagian bawah tapi tumpul di bahagian atas.

Pada anggapan tertentu, "kerusi emas" yang dinikmati ‘ikan jerung’ sebagai satu kedudukan yang boleh memberikan mereka keseronokan duniawi dan seterusnya menjadi kebal. Atas sifat itulah, kedudukan dan kekebalan kedudukan itu digunakan untuk berkhianat dan membolot kekayaan negara untuk kepentingan peribadi dan puak-puaknya.

Ketamakan mereka menyebabkan negara terus terjerumus dalam indeks persepsi rasuah dunia. Agaknya, kerana kekuasaan yang di pegangnya begitu lama membuatkannya terlena dan mudah terjerumus dalam amalan rasuah sepertimana diktum politik yang disuarakan sejarahwan terkenal Lord Acton bahawa kekuasaan yang terlalu lama cenderung melakukan korupsi. 

Kes yang berlaku akhir-akhir ini merupakan cerminan kepada corak dan gaya pentadbiran kerajaan yang korup yang apabila tidak ditangani secara serius, ia akan menjejaskan keseluruhan imej pentadbiran negara secara keseluruhan. Cara yang berkesan dalam memulihkan imej ini ialah dengan mengheret pelaku rasuah ke muka pengadilan. Bila tidak, kita mempertaruhkan kuasa ini akan hilang untuk selamanya.

Jika menghubungkan tingkah laku mereka yang diberikan tanggungjawab tersebut dengan keimanan dalam Islam, maka ternyata mereka menyalahi konteks keimanan. Mereka mengkhianati amanah. Para pelaku telah menodai hakikat kebertanggungjawaban. Jika seorang ahli politik, kewujudannya untuk menyelesaikan masalah rakyat dan bukannya memboleh sumber kekayaan dari rakyat. Seorang hakim perlu melakukan keputusan yang adil dan bukannya berdasarkan naluri mencari kesalahan teknikal kerana dibayar upah lebih tinggi.

Umat Islam juga harus berani menegur dan membongkar segala penyelewengan yang berunsur rasuah. Ini adalah jihad sosial yang amat dituntut bagi menegakkan keadilan dalam masyarakat. Rasulullah SAW memberi amaran keras dalam sabda Baginda: "Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dan mereka yang menjadi orang tengah (perantaraan) keduanya. Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya masuk neraka."

Oleh itu amat diperlukan batasan-batasan dalam rangka menjaga kekuasaan tersebut. Batasan itu bergantung juga pada budaya bangsa. Bagaimanapun kalau kita beranjak daripada Islam, tentu saja kita menekankan lebih kepada soal iman, soal Islam, dan soal ihsan.

Fikiran dan perbuatan haruslah disandarkan pada ajaran ini. Orang yang berkuasa itu boleh saja mempunyai ilmu apa lagi pada zaman serba canggih ini. Dalam Islam dituntut bahawa ilmu itu juga disandarkan pada iman. Kita memang mempunyai akal, tetapi dalam Islam hendaknya kita menyedari bahawa akal pun harus ditundukkan pada Allah. Kepercayaan seperti ini mengajak kita menjaga kekuasaan.

Antara lain, umpamanya kalau kita (si penguasa) diingatkan orang, kita perlu mendengarnya; kalau ditegur orang, kita perhatikan; kalau orang mempunyai pendapat lain, kita usahakan supaya kita dapat bertukar-tukar fikiran. Kita mencari yang benar yang mungkin muncul daripada orang lain.

Pemimpin itu adalah seorang yang ihsan, yang bukan sekadar berbuat baik, tetapi juga menyedari bahawa semua sikap, fikiran dan perbuatannya sentiasa diketahui atau diawasi Allah SWT. Pemimpin itu hendaknya jangan membuat kerosakan di muka bumi ataupun bersifat munafik iaitu berkata yang baik-baik namun dari segi praktiknya, perbuatannya tidak baik. Mereka bukan seorang yang khianat. Maksudnya kalau ia bersumpah untuk memajukan rakyat maka hendaknya jangan berbuat sesuatu yang terbalik, memiskinkan rakyat. Pemimpin juga jangan berlebihan dalam memiliki harta, dalam berkata-kata, ataupun mengeluarkan perintah yang tidak boleh dipatuhi oleh orang lain.

Bersolat tidak melambangkan seseorang itu tidak melakukan rasuah, tetapi rasa cinta kepada Allah SWT dalam mutiara ketaqwaan akan membawa kepada terhindar daripada tragedi hidup oleh tangan kita sendiri, iaitu perangkap rasuah. Negara boleh hancur bila rasuah berleluasa jika masyarakatnya menganggap ia adalah sesuatu yang wajar kerana telah berjaya mendorong mendapatkan sesuatu kepada seseorang

Oleh: Nurul Hannah Muhammad Hatim

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com