TAK MASUK SYURGA ORANG TAK BAYAR HUTANG

Menurut Islam, berhutang adalah perbuatan yang sedapat mungkin kita hindari, dan kalaupun kita berhutang hendaklah kerana terpaksa. “Hutang adalah kehinaan disiang hari dan keresahan di malam hari,” demikian sabda Rasul s.a.w.

Seseorang yang tidak merasa resah kerana berhutang sebenarnya ia bukanlah seorang yang menghayati tuntutan agama. Ia seorang yang telah hilang harga diri. Bagaimanapun hutang adalah beban yang sedikit sebanyak membuat hidup kita terasa tidak lapang.

Lebih-lebih kalau hutang kita terlalu banyak dan waktu untuk membayarnya demikian dekat, padahal kita belum bersedia untuk menbayarnya, hidup kita menjadi sangat terseksa.Hidup yang dikejar-kejar oleh banyak hutang, sungguh tidak tenteram.

Kerana itu hendaknya kita mengusahakan dan mengatur kehidupan ini dalam situasi sebaik-baiknya, supaya kita dapat hidup bahagia dan tidak dibebani banyak hutang. Itulah sebabnya, Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada kaum Muslimin:

Kurangilah berbuat dosa, supaya mudah menghadapi mati, dan kurangilah berhutang, supaya engkau hidup merdeka!”

Selain itu, Rasulullah pernah berdoa, yang antara lain juga memohon kepada Allah untuk dijauhkan daripada hidup yang terjerat oleh banyak hutang. Beliau bersabda yang bermaksud:

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari duka cita dan susah hati, aku berlindung kepada-Mu dari penakut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu dari banyak hutang dan dikuasai orang lain.” (Hadis Sahih)

Banyak orang yang mempunyai hutang, tetapi mereka tidak menyedari kerugian-kerugian yang ditimbulkan oleh hutangnya itu. Sebenarnya kerugian orang yang berhutang, tidak hanya hidupnya di dunia menjadi tidak tenteram tetapi ia juga menderita kerugian di akhirat.

Dalam sejarah disebutkan, bahawa Rasulullah s.a.w tidak mahu menyembahyangkan jenazah orang yang meninggal dunia yang masih mempunyai hutang. Kata beliau kepada orang-orang yang membawa jenazah itu:

“Sembahyangkan orang yang mati itu, sesungguhnya aku tidak mahu menyembahyangkan jenazah seseorang yang masih mempunyai hutang dan ia mati tidak melunasnya.”

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Tirmidzi diterangkan bahawa kalau orang yang mempunyai hutang itu meninggal dunia Allah menahan pahala amal baik orang itu, sampai ada orang (misalnya ahli warisnya) yang mahu melunas semua hutang yang ditinggalkannya. Kata orang-orang tua kita, si mayat tergantung-gantung di awang-awang (angkasa) kerana belum terbayar hutangnya.

“Jiwa orang mukmin tergantung itu oleh sebab hutangnya sampai hutangnya itu dibayarkan.” Demikian Sabda Rasulullah dalam hadis riwayat Tirmidzi itu.

Siapa yang mempunyai hutang, sudah tentu ia wajib membayar hutangnya. Sungguh rugi, siapa yang meninggal dunia masih mempunyai hutang yang belum dibayarnya. Nafsu untuk berhutang yang banyak, perlu kita kendalikan. Supaya kita terhindar dari berhutang yang di luar kemampuan kita untuk membayarnya. Kemudian, selain itu niat kita yang menjadi dasar kepada waktu kita berhutang, harus betul, iaitu harus berniat untuk membayar hutang kita dan tidak niat untuk menipu.

Ini penting sekali kita perhatikan sebab kemampuan kita untuk dapat membayar hutang kita pada akhirnya besar atau kecil, dipengaruhi oleh bagaimana niat kita sewaktu berhutang.

Rasulullah bersabda: “Barangsiapa mengambil harta orang lain dengan maksud akan membayarnya, maka Allah akan memberikan kemampuan kepadanya untuk membayarnya dan barang siapa yang mengambil harta orang lain dengan maksud merosakkan orang itu, tidak memberikan kemampuan kepadanya untuk membayar hutangnya.” (Riwayat Bukhari)

Ayat yang berbicara tentang hutang piutang antara lain berpesan,

“Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu melakukan transaksi tidak secara tunai,untuk waktu yang ditentukan,hendaklah kamu menulisnya.” (al-Baqarah ayat 282)

Penggalan kalimat “untuk waktu yang ditentukan” bukan sahaja mengisyaratkan bahawa ketika berhutang kita harus menentukan masa untuk menbayarnya,bukan dengan berkata, “Kalau saya ada wang”, tetapi untuk mengisyaratkan bahawa ketika berhutang, sudah tergambar dalam hati kita bagaimana,serta dari mana,sumber pembayar yang dijangka diperoleh itu..Ini secara tidak langsung mengajar kita agar lebih berhati-hati dalam masalah hutang-piutang ini.Sehubungan dengan ini Nabi bersabda yang bermaksud: “Diampuni bagi syahid semua dosanya, kecuali hutang.” (Riwayat Muslim)

Demikian juga orang yang menunda membayar hutang ini ternyata orang yang sebenarnya mampu membayar hutang itu tepat pada waktunya, maka penundaan yang dilakukannya adalah satu kezaliman. Iaitu kezaliman kepada orang yang memberi hutang kepadanya.

Catatan : Ibnu Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com