ABU HURAIRAH

Abu Hurairah r.a, sahabat Nabi Muhammad s.a.w, dikatakan biasa berpuasa sunat tiga hari pada setiap awal bulan Qamariah (bulan Arab dalam tahun Hijrah), mengisi malam harinya dengan membaca al-Quran dan solat tahajud.

Beliau akrab dengan kemiskinan. Beliau sering mengikatkan batu ke perutnya untuk menahan lapar. Dalam sejarah, beliau dikenal sebagai tokoh yang paling banyak meriwayatkan hadis. Beliaulah Bapa Kucing Kecil (Abu Hurairah). Begitu orang mengenalnya.

Abu Hurairah adalah sahabat yang sangat akrab dengan Nabi Muhammad s.a.w. Beliau dikenal sebagai salah seorang ahli suffah, iaitu golongan fakir yang tinggal di wakaf masjid (pondok ini juga diperuntukkan bagi para musafir yang ingin bermalam).

Begitu rapatnya beliau dengan Nabi s.a.w, sehingga baginda selalu memanggil Abu Hurairah untuk mengumpulkan ahli suffah, jika ada makanan yang hendak diagihkan.
 
Abu Hurairah adalah salah seorang ‘tokoh kaum fakir’. Beliau sering berada dalam keadaan kelaparan. Beliau terkenal sebagai tokoh yang teguh berpegang pada sunnah Nabi s.a.w. Beliau sering menasihati orang agar jangan hanyut dalam kehidupan duniawi dan dorongan hawa nafsu.

Beliau tidak membezakan antara golongan kaya dengan golongan miskin, pembesar negeri atau rakyat jelata dalam menyampaikan kebenaran. Beliau selalu bersyukur kepada Allah sama ada di dalam keadaan susah mahupun senang.

Nama lengkapnya Abdul Rahman (versi lain: Abdul Syams) ibn Shakhr Ad-Dausi ini juga terkenal sebagai seorang yang periang dan suka berlawak. Beliau banyak menulis anekdot. Beliau juga terkenal dengan sifatnya yang suka menghibur anak-anak kecil. Beliau menyayangi anak-anak kucing. Ke mana-mana sahaja beliau pergi, beliau akan membawa haiwan ini sehingga julukan Abu Hurairah (bapa kucing kecil) pun melekat pada dirinya.

Usianya lebih muda 30 tahun daripada Rasulullah s.a.w. Beliau lahir di Daus, sebuah perkampungan miskin di padang pasir Yaman. Hidup di tengah-tengah kabilah Azad, beliau menjadi yatim sejak kecil – yang membantu ibunya menjadi penggembala kambing.

Beliau memeluk Islam tidak lama setelah berhijrah ke Madinah pada tahun ketujuh Hijrah, bersamaan dengan rancangan keberangkatan Nabi s.a.w ke medan Perang Khaibar.

Bagaimanapun, ibunya enggan memeluk Islam. Malah ibunya pernah menghina Nabi s.a.w. Hal ini membuatkan Abu Hurairah berasa sedih. Oleh sebab itu, beliau memohon kepada Rasulullah agar berdoa moga-moga pintu hati ibunya terbuka untuk memeluk Islam.

Tidak berapa lama Abu Hurairah kembali menemui ibunya, memujuk ibunya memeluk Islam. Ternyata ibunya telah berubah, bersedia mengucapkan dua kalimat syahadah.

Abu Hurairah berhijrah ke Madinah untuk mengadu nasib. Di sana dia melakukan pelbagai pekerjaan – menjadi buruh kasar bagi sesiapa yang memerlukan tenaganya. Seringkali beliau terpaksa mengikatkan batu ke perutnya bagi menahan kelaparan yang bukan kepalang.

Begitu cintanya beliau kepada Rasulullah sehingga sesiapa pun yang disayangi oleh Nabi s.a.w, beliau turut menyayanginya. Misalnya, beliau suka mencium Hassan dan Hussain kerana beliau selalu melihat Rasulullah s.a.w mencium kedua-dua cucu baginda itu.

Tatkala kediaman Amirul Mukminin Uthman ibn Affan dikepung pemberontak, dalam peristiwa yang dikenal sebagai al-Fitnatul Kubra (bencana besar), Abu Hurairah bersama 700 orang Muhajirin dan Ansar mengawal rumah tersebut dengan rasa tata setia yang tidak berbelah bahagi terhadap khalifah.

Pada era pemerintahan Amirul Mukminin Ali bin Abu Talib, Abu Hurairah ditawar menjadi gabenor di Madinah. Bagaimanapun, beliau menolak. Ketika terjadi persengketaan antara Saidina Ali dengan seterunya, Muawiyah bin Abu Sufyan, Abu Hurairah mengambil keputusan untuk bersikap neutral.

Hinggalah era Muawiyah berkuasa, Abu Hurairah bersedia menjadi gabenor di Madinah. Bagaimanapun, terdapat versi lain mengatakan, Marwan bin Hakam merupakan orang yang memujuk Abu Hurairah bertugas sebagai pembantunya di pejabat gabenor Madinah.

Di Kota Penuh Cahaya (Al-Madinatul Munawwarah) inilah Abu Hurairah menghembus nafas terakhir pada 57 atau 58 H (676-678 M) dalam usia 78 tahun. Beliau meninggalkan warisan yang amat berharga, iaitu sejumlah 5374 hadis Nabi Muhammad s.a.w, bak butiran mutiara yang memancarkan kilauan cemerlang sehingga ke hari ini.

Catatan: Ibnu Fattah

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com