ABU QULABAH DENGAN AHLI KUBUR

Oleh: Lukman Hakim

Pada zaman dahulu di negeri Arab hiduplah seorang saudagar yang kaya raya. Hidupnya sehari-hari serba cukup. Anak-anaknya semuanya dimanjakan, tiada dididik dengan baik. Sehari-hari anak anaknya selalu bersenang-senang, berpoya-poya dengan wang.

Pada suatu hari saudagar yang kaya raya itu sakit. Sudah berkali-kali diubatkan tetapi belum sembuh juga itu. Di dalam keadaan yang payah ini anak-anaknya tidak menghiraukan keadaan ayahnya. Mereka tetap poya menghamburkan wang. Apalagi ayahnya sekarang sudah tidak boleh mengawal harta bendanya lagi. Tentu sahaja ayahnya sangat mengambil berat melihat kelakuan anak-nya. Dia mulai merasakan betapa ruginya mempunyai anak yang tidak terdidik.

Hatta, lama kelamaan sakitnya semakin bertambah sehingga saudagar yang terkenal kaya itu akhirnya mati. Harta peninggalannya yang berlimpah-limpah itu digunakan oleh anaknya semahu-mahunya untuk memuaskan hawa nafsu.

Pada suatu malam, ada orang yang bernama Abu Qulabah tidur di kuburan di mana saudagar kaya itu dikebumikan. Di dalam tidurnya itu dia bermimpi melihat kuburan seakan-akan terbelah menjadi dua. Dari celah belahan itu dia melihat orang banyak sekali keluar. Sungguh aneh sekali, kerana orang-orang yang baru keluar dari kuburan semuanya membawa penyuluh. Dari setiap penyuluh mengeluar-\kan cahaya yang kemilau menerangi jalannya sendiri-sendiri.

Akan tetapi dari sekian banyak penyuluh, ada satu penyuluh yang tidak bercahaya. Abu Qulabah mengetahui bahawa penyuluh yang tidak bercahaya itu adalah kepunyaan saudagar kaya yang baru meninggal itu. "Wahai saudara!" seru Abu Qulabah dalam mimpinya. "Mengapa penyuluhmu tidak mengeluarkan cahaya seperti orang lain?" tanya Abu Qulabah. "Betul, ya Abu Qulabah! Sesungguhnya aku sangat malu terhadap teman-temanku di sini. Mereka itu mempunyai sanak-saudara dan anak-anak yang salih. Hampir setiap hari mereka mendapat kiriman doa-doa dan sedekah dari keluarganya yang masih hidup. Oleh sebab itu layaklah kalau mereka sekarang mempunyai penyuluh yang bercahaya, sebagai pelita di alam kubur yang gelap ini. Sedangkan aku selalu kegelapan sehari-harinya.

"Aku mempunyai anak di dunia tetapi kerana dulu aku tidak mempedulikan pendidikan mereka, sekarang aku dilupakan. Tidak pernah sama sekali mengirim doa kepadaku. Setiap harinya selalu berpoya-poya, memuaskan hawa nafsu mereka. Harta peninggalanku tidak pernah digunakan untuk bersedekah kepadaku. Inilah kelalaianku di dunia, sehingga hartaku yang banyak itu tidak bermanfaat sama sekali bagiku."

Sampai di situlah Abu Qulabah terbangun, mengingat-ingat mimpinya itu. Hatinya menjadi hiba mengingat nasib saudagar yang malang itu.

Pada keesokan harinya, Abu Qulabah pergi ke rumah anak saudagar itu untuk mengkhabarkan tentang mimpinya. Setelah mimpinya yang semalam diutarakan kepada anak-anak saudagar itu, dengan rasa haru mereka menyesali perbuatan mereka selama ini. Mereka berjanji akan mengubah sikap dan akan mendoakan ayah mereka setiap waktu.

Berselang beberapa bulan dari mimpinya yang pertama itu, Abu Qulabah pada suatu malam bermimpi bertemu dengan saudagar itu lagi. Kali ini saudagar itu membawa penyuluh yang bersinar cemerlang melebihi teman-temannya yang lain. Saudagar itu kemudian mendekatinya lalu mengucapkan terima kasih kepadanya.

Demikianlah pada keesokan harinya Abu Qulabah datang menceritakan mimpinya yang kedua kepada anak saudagar tadi. Mereka pun kemudian mengucapkan terima kasih kepada Abu Qulabah yang telah menyelamatkan ayah mereka dari kegelapan di alam kubur.

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com