ANTARA ULAMA DUNIA DAN AKHIRAT

Orang yang ahli dalam ilmu pengetahuan agama Islam disebut ulama. Dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya, seorang ulama memiliki rasa takwa, takut dan tunduk kepada Allah s.w.t. Ulama adalah orang yang mempunyai pengetahuan tentang ayat-ayat Allah s.w.t. baik yang bersifat kauniyyab (berdasarkan gejala alam semesta) mahupun qur'aniyyah (bersangkutan kandungan al-Quran).

Ulama diakui sebagai cendekiawan yang memegang autoriti dalam hal pengetahuan agama Islam. Dalam bahasa Arab, kata `ulama' merupakan bentuk jamak daripada kata `alim', iaitu orang yang mempunyai ilmu yang luas serta mendalam.

Pada mulanya, kata `alim' dan `ulama' merupakan sebutan bagi semua kelompok dan orang yang berkecimpung dalam lapangan ilmu pengetahuan. Pada abad kedua Hijrah muncul aneka ragam disiplin ilmu agama dan ilmu umum. Sejak itu sebutan ulama tenggelam dalam sebutan baru yang telah disesuaikan dengan disiplin ilmu yang digeluti oleh seseorang.

Umpamanya, orang yang menekuni fikih disebut fakih; yang mendalami kalam disebut mutakalim; dan yang menekuni filsafat disebut filsuf. Kemudian akhirnya sebutan ulama menunjuk kepada sekelompok orang yang secara khusus menekuni ilmu pengetahuan dan urusan keagamaan.

Ada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang menyatakan: Sesungguhnya ulama adalah pewaris Nabi. Meskipun Ibnu Hajar al-Asqlani ahli hadis, beliau meragui kesahihan hadis ini, tetapi jiwa hadis ini sesuai dengan apa yang tercantum dalam al-Quran dalam surah Fatir ayat 32 yang bermaksud: Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba kami... Ketika para Nabi sudah tiada maka tugas para ulama ialah tabligh (menyampaikan).

Justeru ada empat tugas yang harus dilaksanakan oleh ulama dalam kedudukan mereka sebagai pewaris Nabi.

Pertama, menyampaikan ajaran kitab suci al-Quran (tabligh), justeru sepertimana Rasulullah s.a.w. diperintahkan: Wahai rasul, sampaikan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, dan jika engkau tidak (melakukannya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusan-Nya: Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. (Surah al-Maidah ayat 67).

Kedua, menjelaskan isi kandungan kitab suci al-Quran, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: Dan kami turunkan kepadamu al-Quran agar kamu jelaskan kepada manusia. (Surah al-Nahl ayat 44). Ia juga menuntut ulama untuk terus menerus mengajar kitab Allah dan sekali gus membaca dan mempelajarinya (Surah Fatir ayat 35) atau dalam istilah al-Quran menjadi Rabbaniyin yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna (maksud surah Ali-Imran ayat 79). Maknanya ulama atau ilmuwan dituntut untuk memberi nilai rabbani pada ilmu mereka.

Dan ingatlah dalam menyampaikan ilmu Allah ini, jangan mengharapkan untuk memperoleh imbalan yang lebih banyak kerana sifat seumpama ini akan menjerumuskan ulama kepada sifat yang tidak baik dalam penelitian dan penerapan ilmunya mahupun dalam pengabdiannya. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya (Surah Al-Muddaththir ayat 6).

Adanya keupayaan dan kekuatan mempelajari kitab Allah ini melahirkan fungsi ketiga ulama iaitu memberi keputusan dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi dalam masyarakat sesuai dengan firman Allah: Dan dia (Allah) menurunkan bersama Nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi) keterangan-keterangan benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan. (Surah al-Baqarah ayat 213).

Segala apa jua pandangan, keputusan atau jalan penyelesaian seharusnya tidak terawang-awang di angkasa dalam erti hanya indah didengar namun tidak menjejak alam nyata agar dapat difahami semua orang. Di sinilah lahirnya fungsi keempat, iaitu memberi contoh sosiolisasi dan keteladanan. Justeru Nabi s.a.w. dijadikan Allah sebagai teladan (lihat surah al-Ahzab ayat 21) atau sebagaimana keterangan isteri baginda Aisyah r.a., Sikap dan tingkah laku Rasulullah s.a.w. adalah al-Quran. Dari hakikat ini pewaris Nabi dituntut bukan sekadar menampilkan satu peribadi yang baik tetapi yang terbaik.

Allah juga mengecam, mereka yang memiliki ilmu (ulama) tetapi ucapan dan tindakannya tidak sejalan dengan tingkat pengetahuannya. Dari segi realiti ucapan mereka lebih bercirikan sifat-sifat kemunafikan.

Seseorang yang berilmu seharusnya dapat membentengi dirinya daripada segala kehendak nafsu yang cenderung kepada keburukan.

Namun hakikatnya segelintir daripada mereka ini alpa dan terus menerus mengejar dan berusaha mendapatkan yang diingini oleh nafsu jahat itu. Imam Al-Ghazali telah membahagikan ulama kepada dua kelompok iaitu ulama dunia dan ulama akhirat. Ulama dunia adalah orang yang mencari kedudukan, kehormatan dan kesenangan duniawi dengan menggunakan ilmunya. Adapun ulama akhirat bersikap sebaliknya.

Orang yang paling alim di kalangan manusia harus mengatur umatnya kerana ia akan bertindak berdasarkan maslahat terbaik bagi seluruh umat dan keluar daripada kejahilan yang akan menyebabkan mudarat yang lebih luas bagi setiap anggota. Orang yang paling alim juga harus tulus dan menahan diri (zuhud) daripada mencari kekayaan duniawi dan bukan untuk dirinya sendiri. Berdasarkan bimbingan mereka, manusia dijamin akan sentiasa berada dalam payung pemerintahan yang dirahmati Allah.

Tugas ulama adalah untuk menyebarkan firman Allah kepada manusia, membimbing umat, mengumpulkan sedekah-sedekah agama untuk fakir miskin serta melakukan tanggungjawab sosial berupa pelaksanaan amar makruf nahi mungkar di tengah-tengah masyarakat sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Nabi.

Catatan: Ibnu Fattah

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com