BALASAN ALLAH KEPADA WANITA YANG SUKA BERSEDEКАН

Oleh: Luqman Hakim

Pada zaman dahulu ada seorang wanita miskin hidupnya di tengah-tengah masyarakat Bani Israil. Kehidupannya sehari-hari hanyalah mencari kayu di hutan. Dari hasil kayu itu dia menggantungkan hidupnya dengan seorang anaknya. Tetapi walaupun dia itu miskin, kemiskinannya itu tidak menyebabkannya berlaku bakhil kepada orang lain.

Pada waktu itu seluruh negerinya ditimpa zaman kemelesetan. Di mana-mana terdapať orang-orang susah. Sedang orang-orang kaya pula hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kehidupan rakyat lain yang susah dan menderita. Mereka hanya menimbun bahan makanan yang banyak hingga orang-orang miskin pun makin hari makin menderita hidupnya. Apa lagi zaman kesusahan ini berjalan bertahun-tahun lamanya. Sehingga setiap orang sukar mencari pekerjaan dan mencari makanan.

Pada suatu hari ada seorang pengemis yang keluar masuk rumah mencari sesuap nasi atau derma. Tetapi hampir setiap rumah yang dimasuki, selalu tidak beruntung nasibnya.

Akhirnya sampailah pengemis itu di sebuah rumah yang sudah buruk. Rumah itu adalah milik seorang wanita tua yang pekerjaan sehari-harinya mencari kayu. Biarlah aku masuk rumah ini, siapa tahu kalau tahu kalau ada rezeki aku di rumah ini, kata pengemis itu sendirian dalam hatinya.

Maksudnya itu dilaksanakan lalu dia pun masuk ke dalam rumah yang buruk itu untuk meminta sedekah. Kebetulan sekali ketika dia masuk, Tuan rumah sedang makan bersama-sama anaknya. Tuan rumah ketika mengetahui ada seorang pengemis datang meminta sedekah, maka roti yang satu-satunya dapat dimakan pada hari itu yang baharu sahaja dimasukkan ke dalam mulut terpaksa dikeluarkan kembali untuk diberikan kepada pengemis itu. "Ah, tidak kusangka dia sangat dermawan sekali. Baru kali ini saya menjumpai," kata suara hati pengemis itu.

Pada suatu hari wanita tua pencari kayu itu telah pergi ke hutan bersama-sama dengan anaknya. Di hutan dia mencari kayu ke sana ke mari, sedang anaknya disuruh menunggu kayu yang sudah berkumpul.

"Anakku, jagalah kayu ini. Ibu hendak mencari kayu di sana." Demikian pesanannya kepada anaknya itu.

"Baik Ibu, mudah-mudahan Ibu akan dapat kayu yang lebih banyak," sahut anaknya pula.

Ibunya kemudian pergi mencari kayu. Tetapi alang. kah terkejutnya setelah dia kembali ternyata anaknya telah hilang. Di kiri kanan longgokan kayu terdapat bekas-bekas darah bertitisan.

"Anakku! Anakku!" dia menjerit sekuat-kuat hatinya

Akan tetapi setelah berkali-kali tak juga ada jawapan, larilah dia menjejaki bekas-bekas darah yang bertitisan itu. Setelah agak jauh dia berlari, terlihatlah olehnya harimau yang sedang membawa anaknya.

"Masya Allah! Anakku!" dia mengeluh terkejut sekali.

"Ya Allah! Tolonglah aku! Kasihanilah anakku! Kembalikanlah anakku itu dengan selamat, ya Allah!" dia meratap terus.

Sungguh harapannya rupanya tak sesia. Allah s.w.t. membalas permohonannya. Tidak lama kemudian, harimau itu pergi dengan sendirinya, sedang anak pencari kayu ditinggalkan begitu sahaja. Ibunya dengan tergesa-gesa sekali menghampiri anaknya. Tiba-tiba datanglah malaikat Jibril a.s. sambil berkata kepadanya:

"Wahai Ibu yang suka bersedekah! Aku keluarkan anakmu dari mulut harimau sebagai ganti sepotong roti yang engkau sedekahkan. Sudah relakah engkau?" Demikianlah balasan Allah kepada orang yang suka bersedekah.

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com