BERLAKU ADIL SEKALIPUN TERHADAP ANAK SENDIRI
Oleh: Luqman Hakim
Siapakah yang meragukan keadilan Saiyidina Umar Khattab r.a. tatkala baginda menjadi Khalifah Islam yang kedua bagi Negara Islam yang berpusat di Madinah? Sungguh baginda adalah satu-satunya pemerintah yang sangat mendalam rasa keadilan dan amanahnya ketika memerintah. Jika sesuatu perintah dikeluarkan maka kepada sanak saudaranyalah yang lebih dahulu diberi peringatan agar jangan sekali-kali mengambil ringan terhadap perintah Al-lah dan Rasulnya.
Dan apa yang dikatakan atau diputuskan dilaksanakan dengan perbuatan sekalipun terhadap kaum kerabat dan sanak saudaranya sendiri.
Pernah terjadi suatu hari, tatkala baginda sedang membahagi-bahagikan harta Baitulmal, tiba-tiba puterinya yang masih kecil datang lalu mengambil satu dirham wang yang sedang dibahagi-bahagikan gikan oleh oleh ayahnya kepada yang berhak menerimanya.
Tatkala Khalifah Umar r.a. meminta supaya wang yang tersebut itu dikembalikan oleh puterinya, maka anak-nya itu terus lari menangis-nangis ke rumah salah seorang keluarganya, sedang wang yang satu dirham itu digumamnya di dalam mulutnya. Khalifah Umar r.a. lalu mengejar puterinya itu, kemudian dimasukkan jarinya ke dalam mulut anaknya untuk mengambil wang dirham tersebut, lalu dima-sukkannya kembali ke dalam tumpukan Baitulmal. Kepada sekalian umat yang menyaksikan kejadian itu Saiyidina Umar Bin Al Khattab r.a. pun berkata:
"Wahai sekalian umat! Ketahuilah oleh kamu bahawa harta Baitulmal ini bukanlah untuk Umar Bin Al Khattab serta keluarganya, bahkan adalah milik sekalian kaum Muslimin yang berhak menerimanya.
Demikianlah tegasnya Saiyidina Umar Ibnul Khattab menjalankan keadilan dan memelihara amanah yang diletakkan ke atas dirinya untuk mengurus bagi kepentingan sekalian umat Islam.
