BUMI ALLAH 

Bumi menurut tafsiran yang khusus adalah tanah tempat kita berpijak, manakala dalam erti yang luas mencakupi lautan, udara, daratan dan segala isinya. Oleh itu, ada istilah “perut bumi” yang mengandungi air, minyak dan batuan, yakni tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang tertimbun selama jutaan tahun. Allah S.W.T. memilih bumi sebagai tempat tinggal yang kaya dan subur untuk penghidupan manusia (Q.2:22; 13:3; 50:53-54) dan diciptakan-Nya pula gunung untuk mengukuhkannya agar manusia dapat hidup diatasnya tanpa ketakutan (Q.27:61).

Dalam Q.39:10. Disebut bahawa bumi Allah S.W.T itu luas. Makna yang terkandung dalam ayat ini adalah kita akan mendapat kebaikan jika kita beriman, berbakti kepada Allah S.W.T dan bersabar. Perkara berlawanan bagi ayat di atas dapat dibaca dalam Q.20:124 yang menyatakan bahawa siapa yang berpaling ingkar daripada petunjuk Allah S.W.T., maka baginya kehidupan yang sempit.

“Katakanlah, ‘Wahai hamba-hambaKU yang beriman, bertaqwalah kepada Tuhanmu’. Orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat).dab (ingatlah) bumi Allah ini luas” (Q.39:10).

PADANG MAHSYAR

Di bumi, manusia hidup dan mati, lalu dibangkitkan kembali di Padang Mahsyar pada hari kiamat (Q.7:25). Ertinya, segala yang ada di bumi dijadikan manusia (Q.2:29), tetapi hanya sebagai tempat sementara. Dalam hadis Bukhari dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah orang asing atau penyeberang jalan”. Oleh itu, manusia harus mengetahui erti dan tujuan hidupnya di bumi, yakni menyembah dan beribadat kepada-Nya. (Q.51:56)

TANGGUNGJAWAB MANUSIA

Secara harfiah, Q.39:10 boleh ditafsirkan bahawa bumi Allah S.W.T itu begitu luas, sehingga tidak ada alasan bagi manusia untuk tidak berbuat baik dan berbakti. Kita digalakkan menjelajah bumi dan meningkatkan rasa tanggungjawab serta martabat kita sebagai manusia. Dalam al-Quran ada kritikan terhadap orang yang menyerah dan tidak mahu berhijrah untuk mendapatkan kehidupan yang bertanggungjawab serta meningkatkan martabatnya (Q.4:97).

KHALIFAH DI BUMI

Allah S.W.T mencipta manusia sebagai khalifah di muka bumi (Q.2:30). Hanya manusia, bukan jin atau malaikat yang diberi kepercayaan oleh Allah untuk memelihara bumi (Q.7:56,85), kerana hanya manusia yang memiliki akal serta fikiran untuk memahami tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Allah S.W.T di muka bumi (Q.30:22).

USIA BUMI

Menurut ilmuwan, bumi berusia sekitar 4.5 ribu juta tahun. Dalam al-Quran dan hadis tidak ada keterangan tentang usia bumi kerana wahyu tidak bertujuan untuk itu. Tetapi ada kisah metaforik ketika ketika Nabi s.a.w melakukan Mikraj ke Sidratulmuntaha. Baginda melihat seorang tua yang tidak bergigi, rambutnya banyak yang telah gugur, kulitnya kering, wajahnya berkedut-kedut. Orang tua itu berjalan dengan langkah yang berat. Lalu Nabi s.a.w bertanya kepada Jibrail, “Siapakah gerangan orang tua itu?” Jibrail menjawab, “Orang tua itu adalah perumpamaan bumi yang sangat tua usianya”.

KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR

Memelihara bumi adalah antara petanda keimanan (Q.7:85). Betapa banyak sumber penghidupan yang dicipta Allah S.W.T. di bumi (Q.7:10). Jika manusia memanfaatkannya dengan sewajarnya, maka hidupnya akan makmur dan sentosa. Malangnya, ada manusia yang cenderung membinasakannya. Misalnya, mereka yang menebangi hutan sesuka hati sehingga rosak keseimbangan alam. Yang lain menggali tanah, pasir dan galian lain tanpa peraturan sehingga terjadi tanah runtuh. Ada pula yang membuang bahan buangan sewenang-wenangnya sehingga terjadi pencemaran air dan udara yang menimbulkan berbagai-bagai penyakit. Semua ini menyebabkan kerosakkan di darat mahupun di laut (Q.30:41), pada hal Allah S.W.T. telah mengingatkan manusia agar tidak membuat kerosakan di bumi, sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya. (Q.7:56).

  • Manusia diberi kepercayaan untuk memelihara dan memanfaatkan bumi sesuai dengan kehendak Pemberinya iaitu Allah S.W.T.
  • Perlombongan minyak, satu bentuk kekayaan bumi untuk dimanfaatkan bagi kepentingan manusia.

Catatan : Ibnu Fayyad

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com