CAHAYA ILMU YANG TIDAK PERNAH PADAM

Tokoh ini dilahirkan pada 6 Muharam 1333, bersamaan tahun 23 November 1914 di Takia Kala, Rae Berily, India.

Sejak zaman remaja, Sheikh Sayid Abul Hasan Ali al-Hasani An-Nadwi telah mula mengumpulkan kitab-kitab hasil penulisan ulama terdahulu dan juga kitab karangan ayahnya sebagai bahan bacaan dan rujukannya. Beliau mempunyai satu sudut bacaan dan rujukannya sendiri yang dinamakan sebagai Maktabah Abil Hasan Ali yang bermaksud (Perpustakaan Abul Hasan Ali).

Dengan berlatarkan keluarga yang begitu mementingkan ilmu, tidak hairanlah bahawa minat membaca dan ilmu yang ada pada beliau terserlah sejak usianya yang masih muda lagi. Beliau yang berasal dari India merupakan orang yang pertama diiktiraf untuk menjadi anggota “Majma al-Ilmi al-Lughhawi” (Pusat Bahasa Arab) bertempat di Damsyik, Syria.

Beliau mempunyai ramai guru dalam pelbagai bidang ilmu. Antara gurunya ialah Sheikh Khalil bin Muhammad al-Yamani di mana beliau telah mempelajari bahasa Arab sehingga usianya mencecah 12 tahun. Ketekunan beliau dalam pengajian bahasa Arab menyebabkan beliau dapat bertutur serta memahami bahasa Arab dengan baik.

Selain itu, beliau turut berguru bersama Syeikh Khawajah Abdul Hayy al-Farooqi dalam bidang ilmu tafsir. Manakala dalam bidang ilmu “Nahu”, beliau berguru dengan bapa saudaranya sendiri iaitu Syeikh Sayid Muhammad Talhah al-Hasani. Dalam menjalankan kerja-kerja dakwah, beliau telah menjelajah ke beberapa buah negara. Beliau sering bermusafir ke negara-negara Islam bagi mengukuhkan ukhuwah Islamiah terutama dengan para ulama.

Di kalangan para ulama pula, beliau telah berkesempatan bertemu dengan banyak ulama antaranya Syeikh Abdurramad al-Banna al-Saati (ayah kepada As-Syahid Hassan al-Bana), Syeikh Muhammad Syakir, Syeikh Hamid al-Fiqqi dan juga Syeikh Mustafa Shabri (bekas Syeikhul Islam kerajaan Uthmaniah).

Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah buku antaranya (telah diterjemah ke alam bahasa Melayu) berjudul Tokoh-Tokoh Pemikir Islam dan Dakwah Dalam Islam, Empat Sendi Islam Yang Utama, Pertarungan Antara Pemikir Islam dan Barat di Negara-negara Islam dan Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w.

Penulisan beliau diwarnai dengan berlatarbelakangkan sejarah serta dititip dengan tinta kerohanian yang menusuk kalbu, membuatkan karya-karyanya mudah difahami dan memberi kesan terhadap hati para pembaca.

Buku beliau yang berjudul Apakah Derita Yang Akan Melanda Dunia Bila Umat Islam Mundur, ternyata telah berjaya membuka hati dan mata pemimpin dan umat Islam tentang perihal kerugian yang dialami oleh dunia keseluruhannya. Dalam buku tersebut penanya menyatakan sekiranya umat Islam terus dilenakan oleh fantasi, tanpa menyedari bahawa orang-orang Muslim sebenarnya sudah jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang ilmu jika dibandingkan dengan Barat.

Ketika berceramah beliau juga tidak pernah leka dalam memberikan idea dan pandangan malah meneruskan usaha dakwahnya itu sehingga ada di kalangan umat Islam yang tersentuh hati dan tidak dapat menahan perasaan, jatuh pengsan, dan terpaksa diusung keluar.

Beliau dianggap sebagai pendakwah ulung yang mampu mengubah perilaku zalim kerajaan Mongol kepada keadaan kesejahteraan Islam melalui sistem dakwahnya ketika itu. Nama beliau telah tersohor di beberapa buah negara Islam malah telah dijemput oleh Raja Jordan, Raja Abdullah bin Raja Syarif Hussain di atas perwatakannya dan kesungguhan beliau dalam berdakwah.

Selain itu beliau juga sering bertemu dengan ulama-ulama besar negara Islam seperti di Mekah dan Madinah. Di antara ulama besar yang sering dikunjunginya ialah Syeikh Muhammad al-Arabi ait-Tabani bin Abbas al-Maliki, dan banyak lagi.

Di kalangan pemikir Islam pula, beliau pernah bertemu dengan pujangga Iqbal ketika beliau baru berusia 14 tahun. Selain itu, beliau juga pernah bertemu dengan Sayid Qutb, Syeikh Muhammad al-Ghazali dan Dr. Muhammad Hussain Haikal.

Statusnya sebagai seorang “ahlul bait” melalui keturunannya yang sampai pada nasab Saidina Hasan bin Ali bin Abi Talib r.a, tidak menjadikan beliau terasing dan terpisah daripada masyarakat umum tidak kira darjat atau pangkat. Peribadinya yang begitu sederhana, zuhud, bersikap terbuka dan ikhlas membuatkan orang ramai menyenanginya dan mendampinginya tidak kira usia muda mahupun tua.

Setelah hampir setengah usianya dihabiskan dengan perjalanan dakwah menyeru umat Islam agar kembali teguh kepada al-Quran dan Sunnah, beliau telah dijemput pulang ke sisi-Nya ketika sedang bersiap di kediamannya untuk menunaikan solat Jumaat.

Pengajaran / Iktibar

  • Ilmu adalah asas kepada dakwah dan kepimpinan
    Kesungguhan beliau menuntut dan menguasai ilmu sejak usia muda membuktikan bahawa dakwah yang berkesan lahir daripada kefahaman yang mendalam, bukan sekadar semangat.
  • Bahasa ilmu membuka pintu pengaruh umat
    Penguasaan bahasa Arab dengan baik menjadikan dakwahnya merentas sempadan bangsa dan negara serta dihormati oleh para ulama dunia Islam.
  • Pendakwah sejati hidup bersama umat, bukan di atas umat
    Keturunan dan kedudukan tidak menjadikan beliau terpisah daripada masyarakat. Kesederhanaan dan keikhlasan menguatkan kepercayaan orang ramai.
  • Kemunduran umat berpunca daripada kelalaian terhadap ilmu dan tanggungjawab
    Peringatan beliau tentang bahaya meninggalkan ilmu menjadi cermin agar umat Islam tidak terleka dengan fantasi dan kesenangan sementara.
  • Kesinambungan dakwah ialah warisan sebenar seorang pendakwah
    Kewafatannya tidak memadam pengaruhnya kerana ilmu, tulisan, dan teladan hidupnya terus membimbing generasi selepasnya.

Catatan: Ibnu Kathir

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com