CERITA DARI JUNJUNGAN RASULULLAH S.A.W.
Oleh: Luqman Hakim
Pada suatu hari sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. meminta supaya Baginda menceritakan kisah orang-orang dahulukala yang menarik.
Bagindapun menceritakanlah tentang kisah tiga orang yang pergi kesuatu tempat. Pada malam hari mereka bertiga berteduh di dalam sebuah gua. Sedang mereka tidur, tiba-tiba seketul batu besar dari gunung telah jatuh dan menutupi pintu masuk ke gua tersebut.
Ketiga-tiga orang itu pun berbincanglah antara satu sama lain bahawa mereka tidak akan dapat keluar dari gua itu melainkan mereka mengisahkan perkara yang tidak mereka ingini untuk dipertimbangkan Allah.
Orang pertama menceritakan bahawa ia mempunyai seorang ibu bapa dan tidak mempunyai apa-apa harta lain selain dari seekor kambing yang mana susu kambing itulah yang selalu diperahnya untuk diberikan kepada kedua ibu bapanya itu. Setiap ia mengumpulkan kayu api dan menjualnya dan membelanjakan hasil pendapatannya itu untuk membeli makanan untuk kedua orang tuanya itu. Pada suatu malam, ia telah pulang ke rumah lewat sedikit. Sebelum sempat ia memerah susu kambingnya itu, dan membubuhkan susu tersebut pada makanan kedua orang tuanya itu, kedua-dua ibu bapanya telah pun tidur. Lalu dipegangnya makanan kedua orang tuanya itu dan berdiri berhampiran dengan mereka. Dia berdiri hingga ke pagi tanpa mengusik sedikitpun makanan tersebut. Apabila kedua orang tuanya sedar dari tidur, mereka pun memakan maka-nan tersebut. Setelah habis cerita itu, maka batu yang menutupi pintu gua itu terbuka sedikit.
Kemudian giliran orang kedua pula menceritakan kisahnya. Orang kedua itu menceritakan bahawa di suatu masa ia telah jatuh cinta dengan seorang gadis buta yang cantik, tetapi gadis itu tidak membalas cintanya. Dia kemudian telah memberi wang kepada gadis itu sebanyak satu ratus dua puluh dinar dengan janji bahawa gadis itu sanggup bersama-samanya selama satu malam. Gadis tersebut telah bersetuju. Apabila gadis itu datang menemuinya, tiba-tiba timbul dihatinya perasaan takut kepada Allah. Lalu ia pun menyuruh gadis itu balik dan ambil wang yang telah diberikan itu. Setelah ceritanya itu habis, batu besar di pintu itu gerak dan membuka sedikit ruang yang menutupi pintu gua itu. Namun begitu, ianya masih juga tidak boleh dilolosi oleh mereka bertiga.
Akhir sekali tibalah giliran orang ketiga untuk bercerita. Menurut ceritanya, bahawa dia mempunyai beberapa orang pekerja-pekerja. Setelah pekerja-pekerjanya habis menjalankan tugas masing-masing, maka mereka pun diberi gaji. Tetapi seorang daripada pekerja tersebut telah hilang sebelum mengambil gajinya. Lalu dia pun membeli seekor kambing dari gaji pekerja yang hilang itu. Pada tahun hadapannya, pula, kambing tersebut bertambah menjadi dua pula, kambing tersebut bertambah menmenjadi empat dan tidak lama selepas itu, jumlah kambing-kambing tersebut telah bertambah dengan banyaknya.
Beberapa tahun kemudian, pekerja yang hilang itu pun muncul dan meminta gajinya. Lalu dia pun menyuruh pekerja itu mengambil kesemua kambing-kambing tersebut. Pekerja itu merasa hairan dan menyangka bahawa dia hendak dipermain-mainkan. Lalu dia pun menceritakan keadaan sebenarnya kepada pekerja itu sambil mengatakan bahawa kambing-kambing tersebut adalah hak miliknya. Setelah ketiga-tiga mereka menceritakan kisah masing-masing, lalu mereka pun menyeru kepada Allah: "Ya Allah, jika kami bercerita dengan benar, bebaskanlah kami."
Tidak lama selepas itu, maka batu besar yang menutupi pintu gua itu pun bergerak dan beredar dari pintu gua itu. Ketiga-tiga orang itu pun keluar.
