LABU YANG DIMAKAN OLEH BAGINDA NABI SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM

Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam sangat menyukai Dubba' (Labu). Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam AtTirmizi rahimahullah di dalam kitabnya yang masyhur dan barakah iaitu asSyamail al-Nabiyy.

Ada yang tertanya, labu yang bagaimana Baginda sukai? Adakah labu kuning yang sering kita makan atau bagaimana bentuknya?

Saya telah membaca kitab Munyatul Salik Khulasatul Syamail karangan guru kepada guru-guru kami, al-Imam al-Hafidz al-Syariff Muhammad Abdul Hayy bin Abdul Kabir al-Kattani rahimahullah (wafat 1382 Hijriyyah bersamaan 1962). Beliau membahaskan secara terperinci tentang perkara tersebut.

Kata beliau : Para ulama berbeza pandangan padanya. Al-Imam Ahmad bin Abdul Qadir al-Qadiri (wafat 1113 Hijriyyah) mengatakan bahawa labu yang disukai Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam tidak ada di bumi Maghrib.

Manakala al-Imam Abu Zaid Abdul Rahman bin Abdul Qadir al-Fasi rahimahullah ( wafat 1096 Hijriyyah)  telah menyebut di dalam sebahagian kitabnya bahawa yang dimaksudkan dengan labu itu ialah Qar' al-Salawi (Labu Salawi - lihat gambar-).

Beliau mengatakan sedemikian dengan beberapa sebab. Antaranya ialah :

1) Labu ini adalah merupakan labu yang terbaik. Baginda Nabi tidak akan menyukai sesuatu melainkan perkara yang terbaik.

2) Para ulama menyebutkan sifat Labu yang dimakan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam adalah panjang dan boleh ditebuk buat dijadikan bekas sesuatu.

Al-Imam Abdul Hayy al-Kattani rahimahullah mengatakan bahawa sebahagian orang Soleh di Sala (Bandar Maghrib Kuno) menceritakan kepada beliau bahawa Labu ini dinisbahkan kepada Sala kerana Sayyiduna Yunus alaihi assalam ketika dikeluarkan daripada perut ikan Nun maka ditumbuhkan pohon Yaqthin ( Labu ). Tempat tersebut dikatakan di Sala, Maghribi.

Labu atau Yaqhtin yang dimaksudkan adalah Labu Sala ini. Mereka juga mengatakan bahawa Nabi Allah Yunus alaihi assalam dimaqamkan di tempat mereka.

Saya berkata : Kemungkinan labu ini juga disebut dengan Labu Air bagi masyarakat kita di Malaysia dan Nusantara. Rasanya manis dan dibuat sup serta diletakkan di dalam gulai makanan kita. Wallahu a'lam.

Saya mencintai apa sahaja yang dicintai oleh Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam.

Kredit: Syeikh Nazrul Nasir

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com