LAPAR YANG MENGHIDUPKAN JIWA

Oleh Mohd Shauki Abd Majid

Hari ini umat Islam di seluruh dunia telah memasuki hari kedua Ramadan yang mulia. Bagi umat Islam sedunia, bulan Ramadan dianggap bulan yang penting kerana bulan inilah mereka diperintah oleh Allah s.w.t untuk menjalani salah satu rukun Islam iaitu ibadah puasa selama sebulan.

Dalam setahun di mana terdapat 12 bulan hanya ada satu bulan Ramadan. Ia tidak sampai 10 peratus. Tetapi dengan melihat nilai kualitatif dan kepadatan ibadah yang ada di dalamnya, maka bulan Ramadan menjadi sangat signifikan jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan sebelas bulan lainnya. Justeru, alangkah naifnya kalau kita menghadapinya secara biasa-biasa sahaja, lesu dan tidak bersemangat.

Perspektif bulan Ramadan bukanlah semata-mata aspek ibadah kepada Allah. Ramadan juga merupakan bulan yang penuh dengan gambaran terhadap nilai-nilai kemanusiaan.

Ketika rasa lapar dan haus hadir dalam diri kita, maka keikhlasan kita ketika melaksanakan ibadah Ramadan tercermin daripada perilaku kita untuk mencapai keredhaan Allah.

Salah satu sasaran awal puasa ialah lapar. Kerana dengan laparlah si kaya dan si miskin menjadi sama, menjadi sama darjat. Lapar merupakan salah satu keadaan umum yang dimiliki oleh kaum daif dan orang miskin. Kemiskinan harta telah mengakibatkan mereka tidak mampu membeli sesuatu yang dapat menghilangkan rasa laparnya.

Pada bulan Ramadan yang suci ini, Allah s.w.t berkehendak si kaya ikut merasakan derita lapar sebagaimana yang dialami saudaranya yang miskin. Dengan lapar yang dirasakan si kaya, mereka akan turut merasakan pedih dan perihnya rasa lapar.

Perlahan-lahan si kaya mulai merasakan simpati kepada orang miskin yang sangat akrab dengan rasa lapar, sampai akhirnya tumbuh rasa kasih di dalam hati si kaya. Inilah yang hendak dicapai melalui puasa.

Jika lapar adalah sasaran awal, maka belas kasih adalah sasaran akhir daripada puasa. Dengan belas kasih inilah si kaya terdorong untuk melakukan sesuatu bagi menolong orang yang lemah dan papa.

Pada ketika Mikraj, Nabi s.a.w. bertanya kepada Allah s.w.t., ``Wahai Tuhan, apakah yang dihasilkan dari lapar?'' Maka Allah pun menjawab, ``Lapar akan mewariskan hikmah, mewariskan keterjagaan hati, dan dorongan untuk mendekatkan diri kepada-Ku, serta melazimkan kesedihan dan meringankan pertolongan di antara manusia, juga mewariskan perkataan yang benar, dan ia akan tidak peduli, apakah ia hidup dalam kesenangan atau kesusahan.''

Rasa lapar akan membangunkan hati yang tertidur dan membangkitkan jiwa yang lalai. Rasa lapar dapat menggoncang kesedaran rohani seseorang daripada malas dan berfoya-foya.

Mata batin orang yang lapar akan terbuka luas, hatinya terjaga, pandangan rohaninya menjadi tajam sehingga mudah menangkap rahsia-rahsia kehidupan dan tanda-tanda zaman. Ia menjadi ibrah (pelajaran) dalam kehidupan. Dan pada akhirnya, orang yang lapar sanggup mencerap hikmah-hikmah daripada Tuhannya.

Orang yang lapar akan ringan tubuhnya dan gerakannya. Kerana itu pula ia menjadi ringan melakukan segala kegiatan ibadah ritual dan ringan tangannya untuk melakukan pertolongan dan bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan sebagai realisasi daripada ibadah sosialnya.

Lalu bagaimana puasa dapat melahirkan cinta Ilahi? Allah mencintai orang yang sengaja berlapar diri atau berpuasa, kerana salah satu karakter para kekasih Tuhan (wali Allah) adalah berlapar diri. Di dalam hadis, Mikraj menyebutkan beberapa sifat wali Allah, Perut mereka tipis dari makanan halal!'' Wali-wali Allah adalah orang yang senang berpuasa dan hati mereka dipenuhi cinta kepada sesama manusia. Rasulullah bersabda, Barang siapa yang tidak mengasihi manusia maka Allah pun tiada mengasihinya!

Di dalam hadis lain diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda, Jiwaku berada dalam genggaman-Nya, tidaklah masuk Syurga kecuali orang yang memiliki rasa kasih sayang. Para sahabat menyahut, Kami semua memiliki kasih sayang!'' Nabi berkata, ``Bukan begitu, kamu tentu dikatakan sebagai orang yang memiliki kasih sayang jika kasih sayang kamu juga dilimpahkan kepada seluruh umat manusia dan alam semesta.''

Kita tidak dapat memperoleh cinta-Nya sebelum kita sanggup mencintai sesama manusia. Ini bererti, puasa mesti menghasilkan kepekaan jiwa, sensitiviti sosial kepada orang yang patut dikasihi, iaitu kaum daif yang sering mengalami kelaparan.

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com