MENGHAYATI BERKAT BULAN RAMADAN


Bagi umat Islam sedunia, bulan Ramadan dianggap bulan penting kerana bulan inilah mereka diperintah oleh Allah s.w.t untuk menjalani salah satu rukun Islam iaitu ibadah puasa selama sebulan. Dalam menghadapi bulan suci Ramadan di samping persiapan material, persiapan mental (rohani) juga amat penting kerana rohani yang lemah, belum bersih atau tidak sihat, tidak dapat dijadikan jaminan untuk diterima amal ibadah, kebaikan serta kebajikan kita di bulan Ramadan. Dengan persiapan rohani yang bersih dan sihat jasmani diharapkan ibadah kita selama bulan Ramadan dapat membentuk manusia menjadi insanul kamil.


Imam Baihaqi meriwayatkan sebuah hadis panjang di dalam bab iman dari sahabat Salman Al-Farisi berkata: Rasulullah s.a.w bersabda pada akhir bulan Syaaban yang bermaksud: Wahai manusia sesungguhnya bulan yang agung ini telah menaungi kamu semua, bulan yang penuh barakah, bulan yang di dalamnya terdapat malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah menjadikan puasa di bulan ini kewajipan dan menunaikan ibadah di dalam harinya adalah sunat.


Barang siapa mendekatkan diri kepada Allah di bulan Ramadan dengan budi pekerti yang baik maka ia seperti orang yang menunaikan kewajipan di bulan selain Ramadan. Ia adalah bulan sabar, sedang sabar pahalanya adalah syurga. Ia adalah bulan pertolongan, bulan yang di dalamnya ditambahkan rezeki orang mukmin.


Barang siapa memberi makan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, maka hal itu adalah satu keampunan pada dosa-dosa dan penyelamatan dirinya daripada api neraka dan ia masih tetap mempunyai pahala yang tidak mengurangi pahalanya itu barang sedikit pun. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, setiap orang dari kita tidak ada sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa.


Rasulullah menjawab: Allah memberi pahala itu kepada orang yang memberi kepada orang yang berpuasa meskipun seteguk susu bercampur air, atau sebiji kurma atau seteguk air. Barang siapa memberi makan atau berbuka puasa kepada orang yang puasa, maka Allah akan memberi minum kepadanya seteguk air daripada telagaku yang tidak akan berasa haus sehingga ia masuk ke dalam syurga.


Bulan Ramadan adalah bulan yang permulaannya merupakan rahmat, tengahnya adalah pengampunan dan akhirnya adalah bebas daripada api neraka. Barang siapa yang meringankan tangannya di dalam bulan Ramadan, Allah akan memberi keampunan kepadanya dan membebaskannya daripada api neraka.


Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Ramadan dengan rasa gembira dan menghadapinya dengan jiwa yang tenang serta hati yang tenteram. Baginda memberi dorongan kepada mereka untuk menunaikan haknya dan menjelaskan akan keistimewaan dan keutamaan bulan Ramadan.

Bulan yang diberkati ini memiliki hampir seratus nama. Ramadan sebagai bulan puasa juga dikenali sebagai bulan akidah, bulan ibadah, bulan ilmu serta bulan yang mengembalikan kita kepada fitrah kejadian kita sehingga tiba Aidilfitri. Akan tetapi, nama yang paling penting dan agung adalah Syahrullah (bulan Allah). Sesungguhnya Allah menisbatkan masa ini dengan diri- Nya, sehingga menambah kemuliaan bulan ini.


Dalam konteks umat Islam di Malaysia seharusnya tuntutan Ramadan itu dapat memberi manfaat kepada masyarakat, negara dan pemerintah khususnya dalam usaha mewujudkan keadilan sosial. Ramadan mengingatkan betapa keadilan harus ditegak. Keadilan adalah kesinambungan daripada persamaan. Bukankah hukum (sebagai cermin keadilan) juga harus tegak tanpa pandang bulu?


Catatan : Ibnu Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com