NUZUL AL-QURAN: PERMULAAN PETUNJUK UNTUK SELURUH ALAM

Bersempena dengan sambutan Nuzul al-Quran yang akan diperingati esok, marilah kita bersama-sama menghayati kembali peristiwa agung turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh umat manusia. Semoga peringatan ini menjadikan kita lebih dekat dengan al-Quran serta berusaha menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Sesungguhnya ibadah puasa yang kita laksanakan ini bererti kita sekarang dalam suasana memperingati Nuzul Quran, memperingati turunnya al-Quran. Peringatan ini bagi kita kaum muslimin amat penting kerana kita memperingati peristiwa besar yang terjadi pada sekitar abad yang lalu.

Peristiwa yang besar yang membawa pandangan-pandangan baru daripada umat manusia terhadap alam semesta, terhadap darjat manusia, perikemanusiaan dan terhadap tata pergaulan hidup manusia. Juga membawa tuntutan dan harapan-harapan baru ke arah kehidupan yang lebih baik zahir dan batin bagi seluruh umat manusia.

Kita memperingati Nuzul Quran kerana kita berkeyakinan bahawa al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah satu-satunya rahmat yang sebesar-besarnya kepada umat manusia di seluruh alam. Sebagaimana firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:

Jika kamu beriman kepada Allah s.w.t dan kepada apa yang kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) di hari Furqan iaitu di hari bertemunya dua pasukan. Dan (ingatlah) Allah s.w.t Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Anfal ayat 41).

Yang dimaksudkan hari pertemuan dua pasukan ialah hari bertemunya tentera Islam dengan golongan Quraisy dalam pertempuran Perang Badar. Ia terjadi pada hari Jumaat tanggal 17 Ramadan tahun kedua Hijrah dan hari Furqan ialah hari permulaan diturunkan al-Quran, maka kedua-dua hari itu bersatu sifatnya yakni sama-sama hari Jumaat tanggal 17 Ramadan walaupun tidak satu tahun.

Pendapat ini tidak didukung oleh sebahagian ulama antara lain kerana al-Furqan pada ayat di atas tidak harus diertikan sebagai Al-Quran. Boleh juga ia bererti sebagai pemisah antara kebenaran dan kebatilan, sehingga hari peperangan Badar itu merupakan hari pemisah antara kebenaran dan kebatilan, sedang yang diturunkan Allah pada hari itu, tidak juga harus diertikan sebagai al-Quran tetapi yang diturunkan-Nya ketika itu adalah malaikat-malaikat seperti bunyi firman-Nya dalam surah al-Anfal ayat 9 yang bermaksud:

“Ingatlah, kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.”

Perlu juga diingatkan bahawa ulama-ulama yang menjadikan surah (al-Anfal ayat 41) tersebut sebagai penghujahan turunnya al-Quran pada tanggal 17 Ramadan dengan menyamakan waktunya dengan peperangan Badar, menekankan bahawa persamaan tersebut hanya pada tanggalnya sahaja. Bukan pada tahun peristiwanya kerana para ulama bersepakat bahawa peperangan Badar terjadi di Badr pada tahun kedua hijrah Nabi, sedang mereka juga sepakat bahawa al-Quran pertama kali turunnya di Makkah tiga belas tahun sebelum Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah.

Hakikat permulaan turunnya al-Quran terjadi pada waktu tertentu dan itu hanya terjadi sekali kerana permulaan sesuatu tidak mungkin terjadi berulang-ulang kali, tidaklah menjadi satu masalah yang perlu diperdebatkan. Tetapi, apakah ini bererti bahawa Lailatul Qadr hanya terjadi sekali sahaja iaitu pada permulaannya turunnya al-Quran itu atau malam Qadr terjadi setiap tahun?

Ada ulama yang berpendapat bahawa Lailatul Qadr hanya terjadi sekali itu dan tidak akan ada lagi sesudahnya. Seorang pakar hadis, Ibnu Hajar Al-Asqallani, menyebutkan alasan ulama-ulama itu, antara lain berdasarkan sebuah riwayat yang dinisbahkan kepada Nabi s.a.w bahawa beliau bersabda tentang Lailatul Qadr, Innaha rufiat (Sesungguhnya malam al-Qadr telah terangkat) dalam erti sudah tidak akan datang lagi.

Pendapat ini tidak dapat diterima kecuali jika yang dimaksud dengannya adalah hari pertama turunnya al-Quran kerana majoriti ulama berpendapat bahawa setiap tahun terjadi Lailatul Qadr dan bahawa malam tersebut menjadi mulia bukanlah kerana al-Quran turun ketika itu, tetapi malam itu sendiri yang memiliki kemuliaan, kemudian kemuliaannya bertambah akibat turunnya al-Quran.

Seandainya kehadiran Lailatul Qadr hanya ketika turunnya al-Quran pertama kali, nescaya Nabi s.a.w tidak akan menganjurkan umatnya untuk berusaha mendapatkannya pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, sebagaimana terdapat di dalam banyak hadis.

Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w pada pertama kalinya ketika Nabi s.a.w sedang berkhalwat di Gua Hira pada malam Jumaat bertepatan pada tanggal 17 Ramadan tahun 41 daripada kelahiran baginda atau pada tanggal 6 Ogos tahun 610 M.

Kebanyakan ulama menetapkan bahawa pada hari penghabisan turunnya al-Quran ialah hari Jumaat 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah atau tahun 63 dari kelahiran Nabi.

Pada saat itu Nabi s.a.w sedang berwukuf di Padang Arafah dalam menyelenggarakan haji yang terkenal dengan Haji Wada. Kebanyakan ulama tafsir menetapkan bahawa sesudah hari itu tidak ada lagi al-Quran diturunkan untuk menerangkan hukum.

Ayat yang terakhir menurut pendapat Jumhur adalah surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud:

“Pada hari ini Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-redai Islam itu agama bagimu.”

Kalau kita sekarang ini sedang berbicara tentang Nuzul Quran, maka sangat wajarlah bagi kita sebagai hamba Allah s.w.t secara khusyuk dan rendah hati menghayati suasana malam diturunkannya al-Quran sebagaimana yang disebut dalam surah al-Qadr ayat 1 hingga 5.

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com