RAMADAN: MENGUBAT PENYAKIT ROHANI

Kini Ramadan sudah melangkah ke fasa akhir. Hari ini kita berada di ambang 10 malam terakhir yang penuh keberkatan. Dalam suasana dunia yang masih bergolak dengan pelbagai kerencaman, Ramadan terus hadir membawa sinar rahmat yang tidak terhitung, mengajak umat Islam merenung diri dan memperbaharui hubungan dengan Ilahi.

Di kalangan umat Islam ramai berusaha menjauhkan diri daripada genggaman penyakit jasmani. Berbeza dengan penyakit rohani, keadaannya lebih mendasar dan amat berat berbanding penyakit jasmani kerana padanya tiada virus atau bakteria yang boleh dilihat dengan mikroskop. Kerana itu penyakit ini memerlukan pengamatan yang dalam dan kesedaran akan bahayanya.

Manusia yang berpenyakit rohani tidak dapat menikmati ketenangan hidup. Ia disebut qabihah, iaitu sifat buruk yang merosak dan tidak diredai Allah s.w.t dan diperhitungkan sebagai dosa seperti iri hati, buruk sangka, dengki, sombong dan yang paling berbahaya adalah nifak, iaitu orang yang memiliki sifat ini disebut munafik.

Salah satu cara mengelakkan diri daripada genggaman penyakit rohani ialah membina, merawat, memelihara, dan menyusuri sifat-sifat mahmudah dan muqarabah, iaitu selalu berwaspada dan berjaga-jaga terhadap serangan penyakit rohani.

Sebelum hadirnya Ramadan, banyak perlakuan atau dosa-dosa yang telah kita lakukan dan apabila dosa-dosa itu terkumpul menjadi banyak, maka akan terjadi satu gumpalan yang terpendam di dalam hati yang akhirnya akan menjadi karakter terhadap pelaku dan kesannya akan menjadi seseorang yang lupa pada ajaran Allah s.w.t.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Di dalam hati manusia (rohani) mereka ada penyakit.” (Al-Baqarah: 10)

Apa yang perlu difokuskan dengan kedatangan bulan Ramadan ini, pasti menerjah di hati setiap insan dengan kerinduan ketenangan rohani agar dapat menstrukturkan kembali imbangan aliran darah, penyusunan jiwa serta dapat membuka kecerdasan fikiran.

Bagi orang yang sentiasa bersyukur dan akur dengan perintah Ilahi akan mendapat nikmat tersebut dan bagi insan yang sebaliknya akan meletakkan dirinya ke dalam buaian kerugian.

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menyatakan, budi pekerti yang keji itu adalah penyakit hati dan jiwa, penyakit yang menghilangkan kehidupan abadi yang akan terhalang daripada memperoleh keredaan Allah azzawajalla.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat keluh resah”. (Al-Ma’aarij: 19). “Dan adalah manusia itu bersifat terburu nafsu.” (Al-Isra’: 11). “Dan manusia itu banyak membantah.” (Al-Kahfi : 4)

Ini jelas menggambarkan penyakit rohani manusia itu sudah ada bibit penyakitnya dan Allah s.w.t tidak suka jika bibit ini dikembangkan.

Kewujudan rohani dapat ditakrifkan sebagai nama bagi keseluruhan bahagian batin daripada manusia. Allah s.w.t. telah mengadakan perjumpaan atau perjanjian yang disebut ahdullah ketika ia belum ditiupkan ke dalam jasmani manusia.

Kita sebagai hamba Allah s.w.t perlu menutralkan kembali rohani. Di bulan yang mulia ini, iman perlu digilap semula bagi menerbitkan kembali ‘nur’ di sudut hati kerana ia merupakan rahmat Allah s.w.t yang tertinggi dan teristimewa nilai yang diberikan. Ini adalah kerana iman tidak dapat dinilai dengan seluruh yang ada di alam maya ini.

Dengan beristighfar, bersolat malam, berzikir di dalam hati, dan bertaubat, bersedekah serta mencerminkan diri akan kesalahan yang dilakukan diiringi dengan doa merupakan kaedah pengubatan rohani. Zikir adalah manifestasi daripada takutnya, khusyuknya, dan cinta kepada Ilahi, iaitu kesedaran batin yang amat tinggi nilainya. Sebagai umat Islam kita memerlukan jiwa yang selalu dironai dengan zikir agar ia sentiasa mekar dan sihat (sakinah). Sebaliknya, jiwa yang hampa daripada zikir adalah hati yang lalai, kekeringan dan mudah diserang penyakit rohani.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Apabila menimpa mereka satu kesusahan, mereka berkata; Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepadanya kami kembali.” (Al-Baqarah: 156)

Dengan keikhlasan taubat di bulan Ramadan ini akan bertambah kerinduan kepada Ilahi serta bertambahnya amal soleh dan bertambahlah kebencian terhadap kejahatan.

Kesinambungan ini akan diiringi dengan percikan suara batin yang datang daripada kita. Suara inilah yang merupakan panggilan Ilahi sebagai hukum kudrat yang akan menentukan perbuatan itu baik ataupun buruk.

Kehadiran bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga membawa keberuntungan bagi insan yang telah diberikan peluang oleh Allah s.w.t. dengan menjejakkan rohaninya agar berfungsi semula mengingati kejadian diri.

Tidak dapat dinafikan bahawa keikhlasan dalam setiap perkara amat dititikberatkan oleh Allah s.w.t. Selagi keikhlasan terhunjam di dalam hati, selama itulah kejahatan tidak mampu menerjah ke dalamnya. Jiwa yang ideal ialah jiwa yang tenang damai, reda dan diredai oleh Allah s.w.t dan itulah jiwa yang diundang menikmati syurga Ilahi. Jiwa yang suka menegur diri sendiri termasuk jiwa yang maju, kerana dengan cara demikian dapat melakukan pembaikan terus menerus daripada segala kekhilafan, keaiban dan kealpaan.

Kita sebagai hamba kepada-Nya perlu melatih kembali rohani agar dapat memulakan penghidupan di atas jalan keredaan-Nya dan mengenali diri kita di sisi-Nya dengan tidak mensia-siakan bulan Ramadan al-Mubarak ini.

Catatan: Ibnu Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com