REDHA TERHADAP KETENTUAN ILAHI

Dalam usaha mengharungi kehidupan duniawi, kita harus berasa senang menerima hukum dan peraturan Ilahi. Ia bersesuaian seperti mana firman Allah di dalam Surah at-Taubah ayat 59 yang bermaksud: Jikalau mereka bersungguh-sungguh redha dengan apa yang yang diberikan Allah dan rasul-Nya kepada mereka, dan berkata, ``Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian daripada kurnia-Nya, dan demikian (pula) rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berharap kepada Allah. (Tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).

Ada pun perkara yang termasuk dalam ruang lingkup yang diterima dengan perasan senang hati (redha) itu ialah ketentuan-ketentuan (qadar) yang sudah ditetapkan Allah untuk setiap orang atau sesuatu bangsa.

Ketentuan-ketentuan itu yang umumnya disebut takdir pada asasnya melibatkan dua perkara. Pertama berupa nikmat yang pasti akan diterima manusia dengan perasaan senang dan dengan penuh kegembiraan dan kedua merupakan bencana (musibah yang pelbagai bentuk).

Ketika kita ditimpa bencana saperti banjir atau segala bentuk malapetaka alam, sudah tentu kita akan mengeluh, sedih dan berkata-kata dalam hati mengapa musibah itu menimpa ke atas diri. Sikap seumpama ini termasuk dalam kategori tidak redha menerima takdir ketentuan Ilahi.

Walhal dalam Islam dianjurkan agar kita bersikap seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud: Apabila sesuatu musibah menimpa engkau, maka janganlah engkau berkata, ``Kalau (tadinya) aku berbuat begitu tentulah jadinya akan begini.'' Tetapi katakanlah, ``Allah telah mentakdirkan yang demikian dan apa-apa yang dikehendaki-Nya, Dia perbuat.'' Ucapan `kalau-kalau' itu hanyalah membukakan peranan syaitan. (Riwayat Muslim).

Sikap redha itu haruslah ditunjukkan, baik ketika menerima nikmat mahupun ketika ditimpa musibah. Seorang ahli tasawuf wanita yang terkenal iaitu Rabiatul Adawiyah, ketika ditanyakan orang, apakah ciri-ciri seorang hamba yang redha terhadap Tuhannya, beliau menjawab, ``Apabila kegembiraannya menerima musibah serupa dengan kegembiraannya ketika menerima nikmat.''

Dalam al-Quran telah disebut tidak kurang daripada 70 kali perkataan-perkataan yang mengandungi maksud redha. Pada umumnya, ia mempunyai kaitan dengan masalah iman, amal soleh, kebajikan dan nilai utama yang lainnya.

Malah sumber daripada sikap redha itu ialah iman, sehingga semakin kuat dan tebal iman seseorang semakin mantap pula sikap redha yang bersemi di dalam jiwanya.

Allah s.w.t. amat murka terhadap orang-orang yang tidak redha kepada ketentuan-Nya. Begitu rupa kemarahan Tuhan itu, sehingga Allah mempersilakan supaya perkara yang bersangkutan mencari Tuhan yang lain.

Hal ini dijelaskan dalam satu hadis Qudsi yang menyatakan, Barang siapa yang tidak sabar terhadap ujian-ujian-Ku dan tidak bersyukur kepada nikmat-nikmat-Ku dan tidak redha kepada ketentuan-ketentuan-Ku, maka hendaklah ia mencari Tuhan yang lain selain daripada Aku.

Menurut huraian ahli-ahli tafsir, ada tiga keistimewaan yang akan dihayati oleh orang yang bersikap redha iaitu yang pertama akan selalu mendapat petunjuk (hidayah) Allah.

Kedua ialah akan memperoleh keselamatan dan kebahagiaan hidup dan ketiga adalah senantiasa disenangi Allah.

Dalam kehidupan dan perjuangan seorang Islam, sikap redha itu adalah tahap terakhir yang harus diterima setelah terlebih dahulu melakukan usaha (ikhtiar) dengan segala kemampuan. Kalau dia menghadapi masalah di mana dia harus memilih antara dua alternatif yang sama kuat, maka hendaklah dia berhubungan dengan Allah s.w.t. dengan melakukan solat Istikharah supaya dicondongkan hatinya memilih yang lebih baik.

Kalau pilihan atau keputusan itu sudah ada meskipun buruk dan tidak sesuai dengan harapan, dia tetap menerima ketentuan itu dengan sikap yang redha.

Di sinilah terletak kebahagiaan bagi seorang Islam, seperti yang dijelaskan dalam satu hadis diriwayatkan Al-Bazar yang bermaksud:

Kebahagiaan manusia ialah memohon pilihan kepada Tuhannya dan bersikap redha terhadap ketentuan (qada') tersebut. Tanda dari kecelakaan manusia ialah meninggalkan usaha istikharah (memohon pilihan) dan tidak redha terhadap ketentuan (yang diterimanya).

Dr. Yusuf Qaradawi menyatakan bahawa seorang Islam harus bersikap redha terhadap perkara iaitu redha terhadap diri sendiri dan Tuhannya, redha terhadap alam dan hidup, redha terhadap takdir dan redha terhadap rezeki yang dikurniakan Allah s.w.t.

Oleh : Nik Soh Bin Nik Mat

 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com