TIGA CARA MENDIDIK HATI

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap pergerakan insan serta penampilannya merupakan refleksi dari hatinya sendiri. Hatilah yang menunjukkan watak dan siapa diri kita sebenarnya. Hati atau qalbu yang membuat kita mampu untuk berprestasi semata kerana Allah. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Di dalam tubuh itu ada mudghah, seketul daging yang apabila ia baik, maka baiklah seluruh tubuh dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu. Ketahuilah mudghah itu adalah qalb (hati). Kalau hatinya sihat, secara automatik fikiran, bicaranya dan segala tindakannya juga sihat. Namun kalau badan sahaja sihat, tetapi hati tidak sihat, maka kesihatan badannya akan membawa masalah. Otak dicerdaskan hati dibiarkan sakit, kecerdasan juga akan membawa masalah.

Hati yang bersih menjadikan ucapan seseorang pemimpin itu atau siapa sahaja akan menyakinkan dan menyejukkan hati lawan bicaranya. Sikapnya akan menunjuk bahawa ia sentiasa sedang diawasi oleh Allah s.w.t. Keseluruhan dirinya menampakkan satu keadaan bahawa hanya redha Allah yang diharapkan. Allah menjadi pusat segala orientasi kehidupan.

Demikianlah dengan bangsa Melayu yang dikatakan lemah harus bangkit dan perlu diorientasi melalui konsep pengurusan Qalbu (hati). Inti konsep pengurusan Qalbu adalah memahami diri dan kemudian kita mahu dan mampu mengendalikan diri setelah kita memahami benar siapa diri kita sebenarnya. Dan tempat untuk memahami dan mengendalikan diri kita itu ada di hati. Bila hati kita bersih, bening, dan jernih, insyaAllah, keseluruhan diri kita juga akan menampakkan kebersihan, kebeningan, dan kejernihan.

Bagaimana memahami aspek praktik dari semua ini? Pertama, manusia itu memiliki potensi. Potensi itu berupa sarana-sarana yang ada di dalam diri seseorang yang berfungsi untuk mengembangkan dan memperbaiki diri. Hanya dengan memiliki niat untuk terus memperbaiki dirilah potensi yang merupakan anugerah Allah itu akan menuju kepada jalan kebaikan. Dalam bahasa sederhananya, kita memiliki tiga potensi berupa jasad, akal dan qalbu. Hanya dengan hati atau qalbu yang bersih potensi jasad dan akal itu akan dikendalikan dengan baik.

Jasad atau fisik kita menyalurkan hasil proses akal. Fisik manusia tidak dapat membuat keputusan. Akal fikiran kita akan mampu mengefektifkan dan mengefisienkan tindakan kita. Komputer, pensel, alat perakam adalah produk akal. Ia bebas nilai. Pistol adalah juga produk akal. Pistol dapat digunakan untuk melakukan kejahatan atau kebaikan. Dan qalbu kita membuat apa yang diwujudkan oleh fisik dan akal kita menjadi bernilai.

Kedua, potensi kita yang terus diarahkan kepada kebaikan akan menjadi sangat efektif daya gunanya bila dimulai atau berpangkal dari diri sendiri. Ertinya, urusilah diri sendiri dulu sebelum mengurusi orang lain. Perbaikilah diri sendiri dulu sebelum memperbaiki diri orang lain. Bersihkanlah diri lebih dahulu sebelum membersihkan orang lain. Suruhlah diri sendiri untuk mengerjakan suatu kebaikan sebelum menyuruh orang lain melakukan suatu kebaikan. Apabila ini dapat dilakukan oleh setiap manusia yang sedar akan keadaan dirinya, tentulah akan terjadi sesuatu yang luar biasa pada diri orang tersebut.

Seseorang yang menggunakan potensinya dengan prinsip untuk memperbaiki kemampuan dirinya, akhirnya bermanfaat bagi masyarakat sekitarnya. Gerak hidupnya adalah gerak hidup yang produktif. Dia sentiasa menguntungkan orang lain lantaran dari dirinya terpancar kebaikan, seperti membawa keamanan dan kebahagiaan. Inilah juga ukuran kejayaan dari orang yang bersih hatinya. Kejayaan adalah bila dirinya semakin profesional dan semakin meningkat kemampuannya.

Ketiga, keadaan-keadaan untuk memperbaiki diri sendiri perlu dibiasakan secara berterusan dan konsisten (istiqamah). Manusia itu pelupa. Manusia itu mudah terlena. Manusia lebih suka memilih sesuatu yang menyenangkan dirinya. Ini harus terus dilawan setiap hati, bahkan setiap detik. Biasakanlah diri Anda untuk mengingat Allah, tentulah Allah akan mengingat Anda. Biasakanlah diri Anda untuk bangun malam, tentulah suatu saat bangun malam tidak memberatkan Anda - bahkan, insya-Allah, akan mengasyikkan Anda. Tidak ada kebiasaan baik yang dimulai dengan kemudahan. Kebiasaan baik menuntut perjuangan besar di awalnya.

Apa yang akan terjadi setelah kita mampu memahami dan mengendalikan diri dengan berpusat pada pembersihan hati? Semua akan datang kepada diri kita. Semua akan mendekati diri kita. Semua akan memberikan sesuatu kepada diri kita. Gelombang dahsyat perhatian ini akan mengarah kepada diri kita. Diri kita akan menjadi pusat perhatian.

Dan semua itu akan terjadi dengan sendirinya. Seorang manusia yang mampu memahami dan kemudian mengembangkan dirinya melalui hati yang bersih, akan sentiasa menunjukkan seluruh gerakannya untuk mendapatkan redha Allah s.w.t. Tidak ada yang ditujunya kecuali Allah s.w.t. Hanya Allahlah yang mengisi hari-harinya. Hanya Allah yang sentiasa mengatur gerak-geri dirinya. Hanya Allah yang kemudian berhak menentukan akan menjadi apa dirinya.

Catatan: Ibnu Hayyan

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com