ZAKAT

Rukun Islam yang ketiga adalah zakat. Dalam terminologi fikih, ia didefinisikan sebagai sebahagian daripada kekayaan yang wajib di keluarkan untuk orang-orang yang berhak menerimanya. Mahmud Syaltut, ulama Mesir mentafsirkan zakat sebagai ibadah kebendaan yang di wajibkan oleh Allah swt untuk menolong orang miskin. Zakat memiliki dua dimensi, iaitu dimensi ibadah dan dimensi sosial. Dimensi ibadah di laksanakan dengan perantaraan harta dalam rangka mematuhi perintah Allah swt serta mengharapkan pahalanya. Sementara dimensi sosial pula dilaksanakan atas dasar kemanusiaan. Hukum zakat adalah wajib, sedangkan hukum infak atau sedekah adalah sunnah. Al-Quran menyebut tentang ‘zakat’ sebanyak 32 kali, dan 26 di antaranya bersamaan dengan kata ‘solat’. Ini menunjukkan bahawa kedua-duanya sangat penting dalam Islam

Pada awal kelahiran Islam di Mekah, seruan berzakat disampaikan dengan ungkapan anfiqu fi sabilillah (berinfaklah di jalan Allah swt). Pada masa itu, klasifikasi zakat belum di tentukan jenis harta yang wajib diinfakkan. Begitu juga nisab dan khaul (jumlah) yang perlu dikeluarkan. Keadaan ini berterusan sehingga 1 Hijrah setelah Nabi Muhammad saw hijrah ke Madinah. Pada saat itu mereka belum bersedia menerima kewajipan berzakat mengikut jenis niasb dan khaul. Mereka diberi kebebasan untuk menafkahkan apa sahaja menurut kadar yang mereka kehendaki. Pada 2 Hijrah, Allah swt memerintahkan untuk menunaikan zakat dengan ungkapan atu az-zakah (Q.2:43). Seiring dengan perintah itu, Nabi Muhammad saw menjelaskan ketentuan zakat, seperti jenis harta yang wajib dizakati, kadar nisab dan jumlahnya.

Di samping memiliki dimensi ibadah, zakat juga memiliki dimensi sosial. Zakat di gunakan untuk kepentingan umum dalam mengurangi masalah-masalah sosial seperti membantu orang-orang yang kekurangan dan daif. Melalui amalan berzakat, jurang antara golongan ekonomi lemah dengan ekonomi kuat semakin mengecil. Golongan kaya akan membantu golongan miskin dan yang miskn pula selalu mendoakan yang kaya agar ekonominya bertambah baik.

Secara global ada dua macam zakat, iaitu zakat mal (harta) dan zakat fitrah. Zakat mal adalah kadar kekayaan yang wajib dikeluarkan untuk orang yang berhak menerimanya dengan kadar yang tertentu. Zakat fitrah adalah zakat peribadi yang di keluarkan setiap Hari Raya Aidil Fitri, berupa makanan asasi atau wang menurut kadar  yang diwajibkan. Zakat fitrah boleh dikeluarkan pada awal Ramadhan tetapi diutamakan pada akhir Ramadhan iaitu sebelum solat sunat raya.

Harta yang akan dikeluarkan sebagai zakat harus memenuhi beberapa syarat. Syarat-syarat itu ialah seperti harta yang perlu dizakat adalah milik penuh (sempurna), iaitu kekayaan yang berada di bawah kekuasaan pemilik dan tidak tersangkut  hak orang lain; berkembang, iaitu kekayaan yang dapat di kembangkan atau mempunyai potensi untuk diproduksi dan memberikan keuntungan atau pendapatan; cukup satu nisab, iaitu jumlah minimum harta kekayaan yang harus di keluarkan zakatnya berdasarkan ketentuan syariat; bebas dari hutang (pemiliknya sempurna); berlaku untuk satu tahun.

Susunan: Sharifah Hayati Ahmad

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com