HUKUM 'BERBIKINI'

Kontroversi gadis-gadis berbikini memang memberi banyak pengajaran. Baik kepada yang empunya diri dan keluarganya, mahupun masyarakat Islam secara keseluruhannya. Insiden itu mencetuskan minat ramai kerana ia kadang-kadang melibatkan seseorang yang berstatus selebriti. Ia turut menjadi ikutan sebahagian dari peminatnya, atau telah dikenali oleh ramai orang. Dan yang amat dikesali kebanyakan Ibu bapa mereka tetap mempertahankan kejijikan anak mereka berbikini.

Jika tidak, tiada siapa ambil peduli. Apa yang pasti, tanpa mempunyai niat menghukum,  tindakan sesetengah berbikini itu memang sahih bertentangan dengan ajaran Islam dan tatasusila orang Melayu. Kesalahannya amat berat kerana telah mengetepikan prinsip aurat sebagai orang Islam. Malah lebih memalukan ia dilakukan dalam khalayak ramai secara terbuka.

Malah tidak keterlaluan, jika dikatakan, majoriti umat Islam tersalah konsep tentang hukum atau balasan kepada sesuatu perbuatan. Ramai yang menyangka dosa pahala terbatas kepada lingkungan geografi atau batas sempadan sesebuah negara. 

Hakikatnya, hukum Allah bersifat universal. Bukan seperti undang-undang sesebuah negara. Jika wajib di Malaysia maka wajib di Indonesia. Sekiranya haram di sini maka haram di Thailand. Ia tidak sama dengan kesalahan mengunyah gula-gula getah atau memecut melebihi had laju. Ditegah di Singapura tetapi boleh di negara lain. 

Sebagai Muslim kita wajib yakin bahawa Malaikat  Raqib dan Atid mencatat setiap amalan sama ada yang baik mahupun sebaliknya. Malaikat ini ada di kiri dan kanan bahu setiap manusia. Oleh sebab itu, sewajarnya kita tidak mengeluarkan hujah yang menunjukkan kejahilan diri. Dalam hukum undang-undang, kejahilan bukan satu alasan.

Dan, buku catatan ini akan dibentang dan dihisab pada Hari Pembalasan. Di mana perbuatan itu dilakukan, bukan isu dan tidak penting. Asasnya, balasan atau hukuman mengikut perbuatan yang dilakukan bukan lokasi.

Pesalah sama ada pelaku atau ahli keluarga cenderung untuk memberi alasan mengikut logik akal tanpa berpandu kepada nas al-Quran dan hadis sahih. Tanpa sedar, kadang kala, perkara yang haram menjadi halal dan sebaliknya. 

Sikap ibu bapa suka menyokong  kesalahan anak semakin membarah dan kini berada di tahap yang membimbangkan. Dikhuatiri ia menjadi salah satu penyumbang kepada berleluasanya gejala sosial yang melibatkan seks bebas dan pembuangan bayi.

Ibu bapa wajar mengakui kesilapan yang dilakukan oleh anak. Tegur dan ambil tindakan untuk membetulkan salah laku  mereka. Paling penting, jangan tindakan kita dilihat memberi restu untuk anak-anak menjadi bertambah 'liar'.

Rata-rata masyarakat kita suka menyalahkan dan menuding jari kepada orang lain. Bukan salah individu yang memuat naik gambar seksi itu ke laman sosial Facebook. Tetapi salah diri sendiri kerana kurang memberi didikan agama kepada anak.

Akibatnya, anak mendedah anggota tubuh bukan kepada mahram di tempat terbuka. Jika gambar itu tidak tersiar di Internet sekali pun, perbuatan mendedahkan aurat tetap ditegah apatah lagi di depan khalayak ramai.

Pada dasarnya, ibu bapa harus menyemai ke dalam sanubari anak-anak sejak dari kecil supaya patuh kepada ajaran agama. Ia mesti disemat sehingga mereka jijik untuk melakukannya sama ada secara tertutup atau terbuka dan terdedah ketika di luar negara.

Dalam perkara ini, sikap warga Jepun boleh dicontohi. Mereka sangat jujur dan amanah. Barang yang mereka temui akan dipulangkan ke balai polis atau kaunter perkhidmatan di stesen kereta api. Malah mereka tidak kisah meninggalkan barang tanpa pengawasan di tempat terbuka seperti di Disneyland kerana yakin tiada orang akan mencuri.

Perkara ini jelas digambarkan dalam filem Shinjuku Incident arahan dan lakonan Jackie Chan. Pendatang asing tanpa permit dari China mengambil kesempatan mencuri barangan yang diletak di luar dan di dalam premis perniagaan dengan selamba. Tanpa risau dan takut.

Bak kata dialog rakan Jackie, "Mereka (orang Jepun) ingat semua orang sama." Bagi orang China, dalam filem itu, kelangsungan hidup lebih utama walaupun terpaksa mencuri untuk sesuap nasi. Sebaliknya, orang Jepun tetap dengan 'keimanan' mereka. Mencuri itu salah. 

Kita, umat Islam, perlu memupuk dan menyemai budaya murni supaya generasi Muslim akan datang dihormati serta berpekerti mulia seperti Rasullullah s.a.w. Dalam aspek makanan khususnya yang melibatkan khinzir, kita boleh melakukannya. 

Mengapa tidak dalam aspek kehidupan yang lain. Tepuk dada tanya iman. Jangan biarkan selera menjadi raja, kerana selera itulah yang bakal mengakibatkan kita diserang penyakit dan menderita kesakitan akhirnya. 

Catatan: Medina Haura

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com