MARYAM MENERIMA MAKANAN DARI SYURGA
"Wahai Maryam, Sesungguhnya Allah telah memilihmu, mensucikanmu, dan melebihkanmu di atas segala wanita di seluruh alam (yang semasa denganmu). (QS. Ali Imran: 42)
Allah telah memilihnya untuk meletakan kedudukan yang tertinggi kerana Dia menjadikannya bahagian dari rumah nasab yang baik dan menerimanya dengan baik. Allah juga membesarkannya dengan pertumbuhan yang baik, menjadikan Zakaria sebagai pengasuhnya. Allah telah memilihnya kerana ibadah dan zuhud, terhormat, suci dari segala kotoran selamat dari bisikan syaitan. Dia terjaga dengan baik dibawah pengasuhan seorang nabi yang terhormat. Kerana Allah mempersiapkannya untuk satu tugas yang besar maka Maryam hidup sejak kanak-kanak hingga dewasa dalam pengasuhan Zakaria. Justru Maryam dapat menimba ilmu pengetahuan darinya serta meneladani ibadah dan zikirnya. Maka tidaklah aneh jika Maryam tumbuh dan berkembang dengan iman yang baik. Tahun demi tahun berlalu dan Maryam sentiasa dalam pengasuhan zakaria hingga menjadi seorang gadis remaja yang cerdas, warak, kuat beribadah. Nabi Zakaria mengasuh Maryam dan menjadikan Baitul Maqdis sebagai tempat tinggalnya disebuah tempat yang paling terhormat iaitu mihrab.
Ketika Allah memilih Maryam dan mengambilnya diantara kaum perempuan dari seluruh alam maka ia mengutamakannya atas perempuan yang lain diseluruh negeri. Hakikat pemilihan Allah ini justeru Allah menerima pengabdiannya meskipun ia seorang perempuan. Dan perkara ini tidak dapat diperolehi perempuan lain. Allah memberikan keramat kepadanya dimana Allah memberikan rezeki kepadanya secara langsung. Ia menerima makanan dari syurga. Diantara kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepadanya adalah keajaibannya sebagai karamāh. Salah satu keajaiban tersebut adalah dengan kekuatan dan keimananya yang tinggi beliau telah dikurniakan rezeki yang tidak pernah diduga dan amat menghairankan sekali. Perkara ini adalah berdasarkan surah Al-I’mran ayat ke 37 yang bermaksud :
”Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria pemeliharaannya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: ’Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini? Maryam menjawab : Makanan itu dari sisi Allah’. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada yang dikehendakiNya tanpa hisab”.
(SurahAl-’Imrān 3:37).
Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa ianya adalah satu perkara yang ajaib yang tidak dikurniakan kepada orang biasa. Kelebihan itu menunjukkan Maryam bukanlah wanita yang sebarangan. Tetapi sentiasa diletakkan di tempat yang tinggi di sisi Allah S.W.T . Pada setiap hari Nabi Zakaria akan pergi ketempat Maryam melakukan ibadatnya itu untuk tujuan menghantar makanan kepadanya. Keajaiban telah berlaku ketika mana suatu hari Zakaria A.S telah mendapati bahawa di tempat ibadat Maryam itu terdapat makanan lain yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Zakaria agak hairan dari manakah datangnya makanan tersebut sedangkan tiada siapa yang boleh memasuki tempat ibadat Maryam ini selain daripada dirinya.
Apa yang lebih menghairankan Zakaria A.S adalah setiap kali beliau memasuki tempat ibadat Maryam itu maka terdapatnya buah-buahan disisi Maryam. Lebih menghairankan buah-buahan tersebut adalah tidak mengikut musim pada ketika itu. Di mana terdapat buah-buahan musim panas ketika musim sejuk dan buah-buahan musim sejuk ketika mana musin panas.
Berkaitan kelebihan makanan yang diberikan oleh Allah kepada Maryam Abu Hayyan menyatakan Mujahid, ad Dhahhak, Qaādah dan as-Suda menyatakan bahawa Zakaria telah menemui makanan di sisi Maryam berupa buah-buahan musim dingin ketika mana musim panas dan buah-buahan musim panas pada saat musim dingin. Ada juga yang berpendapat bahawa Maryam diberi makanan yang bukan makanan penduduk daerahnya saat itu. Ibn Ābbas berpendapat, makanan itu berupa anggur padahal anggur tidak ada di negeri itu, demikian juga menurut Ibn Jābir dan Mujāhid ( Muhammad Mutawally 2007:61).
Lantas apabila perkara itu diajukan kepada Maryam maka beliau menyatakan itu adalah rezeki datangnya daripada Allah. Sesungguhnya Allah S.W.T memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya tanpa mengira masa. Inilah yang dikatakan rezeki yang tidak diduga ianya boleh terjadi dan merupakan suatu keajaiban yang besar dikurniakan oleh Allah kepada Maryam.
Menurut tafsiran ’Abdullāh Yūsuf ’Ali, berkaitan dengan ayat yang menceritakan rezeki dari Allah S.W.T yang diturunkan kepada Maryam adalah Maryam membesar di bawah jagaan khusus Tuhan. Rezeki yang diturunkan kepada Maryam itu adalah turunnya dari Tuhan untuk keperluan jasmani dan rohaninya. Pertumbuhannya adalah pertumbuhan yang baik dan cantik yang diungkapkan oleh ’Abdullāh Yūsuf ’Ali dengan ungkapan ’kemurnian dan keindahan’ (Yūsuf ’Ali. 1973:132) Jadi salah satu peristiwa besar dan merupakan tanda kekuasaan Allah adalah yang mana Maryam telah dikhabarkan perkhabaran gembira iaitu telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk dikurniakan seorang anak walaupun tidak pernah disentuh oleh lelaki pun. Allah S.W.T telah memilihnya diantara semua perempuan di dunia pada zamannya bagi melahirkan seorang anak tanpa bapa. Malaikat memberitahu khabar gembira itu bahawa anaknya akan menjadi nabi yang mulia. Firman Allah S.W.T (ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak Yang Engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang Yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).
(Surah Al- ‘Imrān 3:45)
Allah mendorongnya menberi tumpuan untuk beribadah kepadaNya dan Allah mengkhususkannya dalam perkara ini melalui keramahan, pentunjuk dan perlindungan.
Allah juga memberikan ilham kepada ibunya utk menazarkannya ketika masih berupa janin dalam rahimnya agar anak yang dilahirkannya beribadah dengan tulus hati kepadaNya, mempersiapkannya kehidupan dibawah pengasuhan seorang nabi yang mulia iaitu Zakaria, Allah juga memberikan rezeki yang pelbagai dan menyeluruh meskipun Maryam berada dalam mihrab sebagai penghormatan kepadanya.
Tentang pemilihan Maryam oleh Allah dan mengutamakannya atas seluruh perempuan timbul pertanyaan apakah Maryam seorang nabi? Atau seorang shiddiqah mencintai kebenaran). Ternyata Maryam bukan nabi tetapi Shiddiqah. Kerasulan dan kenabian hanya diamanatkan kepada kaum lelaki secara khusus, akan tetapi ada sifat-sifat lain yang ada pd Maryam mengindikasikan kebaikkan,kesucian dan kejujuran imannya. Maryam si perawan suci mendapat sebutan Shiddiqah kerana banyak menpercayai tanda-tanda kekuasaan Allah, mempercayai informasi yang disampaikan putranya, mempercayai kehamilannya sebagai janji dari tuhannya. Inilah dikatankan perjanjian iman. Disamping kerana keikhlasannya dan ketundukannya kepada Allah yang sempurna zahir dan batin. Menyembah Allah dan sentiasa taat kepadaNya dalam setiap gerakan dan diamnya yang disertai keikhlasan yang luar biasa dan mengharapakan redha Allah semata-mata. Ia cenderung menyibukan dirinya dengan wirid dan zikir serta munajat. Ia tetap menjaga kemaluannya sehingga tetap suci dan terhormat.
‘Dan Maryam putri Imran yang memelihara kehormatannya maka kami tiupkan kedalam rahimnya sebahagian dari ruh (ciptaan) kami, dan ia menbenarkan kalimat-kalimat Tuhannya dan kitab-kitabNya dan dia termasuk orang-orang yang taat’(Surah at Tahrim ayat 12)
Kehidupan Maryam dipenuhi ketaatan, ibadah, khusyuk dan rukuk dan merupakan kehidupan yang mengantarkannya kepada Allah sebagai batu loncatan untuk menerima mandat besar dan vital.
Setelah Allah memilih Maryam, mensucikannya, memerintahkannya untuk bersungguh-sungguh dalam beribadah dan kosistan dalam ketaatan maka Dia berpesan kepadanya agar ikhlas, khusyu’ dan tunduk kepadaNya. Dengan demikian maka Maryam telah siap untuk mendapat mujizat terbesar dan tanda kekuasaan Allah yang menajubkan iaitu kehamilannya dengan Isa Al-Masih yang luar biasa tanpa ayah.
Tidak ada satu pun dalam AI-Quran yang dinamai dengan nama seorang perempuan kecuali surah Maryam bukan Aminah ibunda Rasulullah SAW bukan Khadijah isteri beliau dan bukan pula Fatimah puteri beliau. Kata Maryam disebutkan sebanyak 34 kali dalam Ai-Quran.
Maryam merupakan perempuan yang terpilih terkadang sebagai sosok yang melahirkan Isa Al-Masih, terkadang sebagai peminpin kaum perempuan dan juga suci dari semua aib yangdilontarkan kepadanya.
Allah memuliakan Maryam puteri Imran dengan kemuliaan yang sangat besar kerana menjaga dirinya dan kesuciannya sepanjang hidupnya sehingga ia berhak mendapatkan penghormatan tersebut. Banyak hadis menyebut tentang Maryam sebagai yang paling utama, terbaik sebagai ahli syurga, sempurna, perempuan yang tidak disentuh syaitan.
Di dunia Islam inilah wanita hebat yang diiktiraf oleh al-Quran dan hadis yang boleh dijadikan suri teladan buat wanita Muslimah dewasa ini. Mungkin tidak sama Maryam yang ada hari ini dengan Maryam yang dicatat dalam Al-Quran. Maryam merupakan salah seorang tokoh wanita Islam yang ulung dalam zamannya. Hal ini sehingga Allah SWT menjadikan namanya salah satu daripada surah dalam al-Quran. Ciri wanita seperti Siti Maryam AS wajar dijadikan teladan wanita Muslimah kini namun hakikatnya byk wanita hari ini telah tersasar jauh dari mendekati sifat Maryam seperti yang digambarkan al-Quran.
Dia juga satu-satunya perempuan yang namanya dijadikan nama surah dalam Al-Qur'an, yakni surah ke-19. Surah ke-3 dinamai Ali 'Imran (keluarga 'Imran) yang merupakan keluarga Maryam.
Bagaimana pada suatu malam yang sunyi, Maryam dibawa ke Baitul Maqdis oleh ibunya, Hannah."Aku serahkan anakku ini kepada tuannya. Sebelum ini aku sudah bernazar untuk menyerahkan anakku menjadi hamba abdi di rumah suci ini," kata Hannah kepada pendeta-pendeta di situ.
"Baiklah, kami akan menjaga anakmu ini," balas pendeta-pendeta tersebut.
Setelah Hannah pulang, tinggallah Maryam di tempat suci itu. Ramai pendeta berebut untuk memelihara Maryam.
Pelbagai alasan diberi mereka agar dapat mengasuh Maryam. Pendeta yang paling tegas sekali ialah Nabi Zakaria AS Baginda menyatakan bahawa baginda mempunyai hubungan kekeluargaan dengan keluarga Imran, iaitu keluarga Maryam.
Semua pendeta tidak mahu mengalah. Mereka sepakat membuang pensel masing-masing ke dalam sungai. Pensel siapa yang tidak tenggelam, maka dialah yang berhak menjaga Maryam.
Hanya pensel Nabi Zakaria sahaja yang tidak tenggelam. Maka Maryam pun diserahkan kepada Nabi Zakaria. Nabi Zakaria memelihara Maryam dengan penuh kasih sayang dan dijaga seperti anaknya sendiri.
Melihat kepada keperibadian Maryam yang mulia itu, Nabi Zakaria berharap agar baginda juga dikurniakan cahaya mata. Allah telah mengkabulkan doa Nabi Zakaria.
Isteri baginda yang sudah tua itu pun mengandung. Nabi Zakaria sungguh gembira apabila dikurniakan seorang anak lelaki. Anak itu diberi nama Yahya. Yahya adalah salah seorang nabi Allah.
Maryam terus membesar menjadi seorang wanita soleh yang amat dihormati. Beliau amat suci dan menjadi contoh kepada semua orang lain. Maryam juga merupakan seorang perempuan yang sangat mulia.
Kesucian beliau terpelihara kerana beliau tidak pernah keluar dari biliknya apatah lagi untuk dilihat dan disentuh oleh mana-mana lelaki. Sesungguhnya Maryam adalah diantara orang yang akan dijamin masuk ke syurga oleh Allah. Ini dapat dibuktikan juga melalui sabda Nabi S.A.W “ Jika aku harus bersumpah, aku akan bersumpah bahawa tiada seorang pun boleh masuk surga sebelum seluruh umatku yang paling awal kecuali beberapa (bidh ‘at ‘asyar) yakni sebelas sampai sembilan belas orang, diantaranya Ibrahim, Ismail, Ishāq, Ya’qub, Al-Asbāth, Musa, Isa, Maryam putri ‘Imrān ”.
Kelahirannya juga menurut Al-Qur’ān memperlihatkan kekuasaan Allah S.W.T yang mampu memberikan apa sahaja yang Dia mahukan. Kelahiran Maryam juga adalah menjadi khabar gembira kepada ibunya yang amat kepinginkan seorang cahaya mata. Kelahirannya juga memperlihatkan betapa kuatnya keimanan ibunya yang sanggup memberikan anaknya itu untuk menjadi ahli ibadat pada ketika itu. Memperlihatkan doa serta harapannya kepada Allah yang tidak pernah kunjung padam untuk memperolehi cahaya mata. Seperti yang diketahui bahawa Maryam adalah salah seorang wanita yang amat dihormati. Dan beliau dilambangkan sebagai seorang wanita yang taat kepada Allah dan mempunyai kekuatan keimanan yang amat tinggi.
Oleh : Ummu Khadeejah Abdullah