UMMUL MUKMININ

Ummul Mukminin merupakan gelaran yang diberikan kepada para isteri Nabi Muhammad s.a.w. Jika ditinjau dari segi bahasa, ummul mukminin bererti “ibu orang beriman”. Gelaran itu menunjukkan bahawa para isteri Nabi Muhammad s.a.w ialah perempuan yang terpilih dan dimuliakan Allah S.W.T. Gelaran itu ditetapkan Allah S.W.T dalam surah al-Ahzab ayat 6 yang bererti : “Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri, dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka…” Selanjutnya, dalam surah yang sama ayat 53 Allah S.W.T menetapkan bahawa para isteri Nabi Muhammad s.a.w tidak boleh dikahwini oleh sesiapa pun setelah Nabi Muhammad s.a.w wafat: “…Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah, dan tidak boleh berkahwin dengan isteri- isterinya sesudah ia wafat, selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.”

PERAWI HADIS

Ada beberapa isteri Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi perawi hadis Nabi Muhammad s.a.w iaitu Aisyah binti Abu Bakar, Ramlah binti Abu Sufyan, Hafsah binti Umar dan Zainab binti Jahsyi. Aisyah dikenal sebagai salah seorang isteri Nabi Muhammad s.a.w yang berpengetahuan luas. Ramlah pula taat beribadat. Isteri Nabi Muhammad s.a.w yang ditugaskan oleh Abu Bakar al-Siddiq untuk mengumpulkan dan menyimpan naskah mushaf al-Quran di rumahnya ialah Hafsah. Nabi Muhammad s.a.w mengahwini Zainab dengan tujuan untuk membetulkan kekeliruan tentang kedudukan anak angkat.

ISTERI-ISTERI NABI S.A.W

Perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w dengan isteri-isterinya bertujuan untuk membentuk norma kehidupan rumah tangga yang akan menjadi contoh bagi keluarga Islam lainnya. Nama isteri Nabi Muhammad s.a.w ialah:

  • Khadijah binti Khuwailid
  • Saudah binti Zum’ah
  • Aisyah binti Abu Bakar
  • Zainab binti Huzaimah
  • Juwairiyah binti Harith
  • Sofiyah binti Huyay
  • Hindun binti Suhail
  • Ramlah binti Abu Sufyan
  • Hafsah binti Umar
  • Zainab binti Jahsyi
  • Maimunah binti Harith

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w perang diantara orang kafir dengan orang Islam sering berlaku. Pada 6 H, kaum Bani Mustaliq yang sangat memusuhi Islam menyerang kaum muslimin tetapi kalah, lalu ditawan oleh kaum muslimin. Salah seorang tawanannya ialah Juwairiyah, anak pemimpin Bani Mustaliq. Suami Juwairiyah, Musafi bin Shafwan terkorban dalam peperangan itu. Setelah Juwairiyah dibebaskan, Nabi Muhammad s.a.w mengahwininya. Di samping itu, meletus pula Perang Khaibar. Peperangan di antara kaum muslimin dengan Yahudi itu akhirnya dimenangi oleh kaum muslimin. Antara tawanan perang tersebut ialah Sofiyah binti Huyay,puteri tokoh Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Nabi Muhammad s.a.w mengajukan dua pilihan kepadanya, iaitu memeluk Islam dan mengahwini Baginda atau dibebaskan dan tetap menganut agamanya. Akhirnya beliau memilih untuk memeluk Islam dan berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w.

AHL AL-BAIT

Secara harfiah, Ahl al-Bait bererti anggota keluarga. Dalam al-Quran istilah ini merujuk kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w (Q.33:33). Ummul Mukminin termasuk dalam kumpulan Ahl al-Bait. Mengenal pasti Ahl al-Bait yang sesuai dengan surah itu tidak menimbulkan masalah sehinggalah Hassan bin Ali meninggal dunia. Masalah timbul apabila kumpulan Syiah beranggapan bahawa Islam dipimpin oleh Ahl al-Bait daripada keturunan Ali dan Fatimah.

Oleh : Muhaimin Suhaimi

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com