UMMUL MUKMININ SAUDAH BINT ZAM’AH R.A.

Aku Ingin Kelak Dibangkitkan Sebagai Isteri Rasulullah saw.

Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya “nusyuz” (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat pendamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana pendamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabi’at semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

(Surah An-Nisa’:128)

ADA dua rombongan umat Islam yang ke Abissinia untuk menghindari tekanan dan siksaan dari kaum kafir Quraisy. Mereka menempuh perjalanan ke negeri itu untuk menyelamatkan jiwa dan agama mereka kerana kaum kafir terus berusaha mengembalikan mereka ke dalam keyakinan leluhur mereka. Setibanya di sana, mereka bertemu dengan kaum muslim lainnya yang telah menetap terlebih dahulu dengan aman dan damai di bawah perlindungan Raja Najasyi. Mereka tinggal di negeri itu seraya berharap bahawa Allah akan segera mengeluarkan mereka dari nestapa, penderitaan, dan cubaan yang selama ini menimpa mereka. Setiap saat mereka juga berharap bahawa suatu saat mereka dapat kembali pulang ke tanah air mereka dengan selamat. Di antara yang ikut hijrah dalam rombongan kedua adalah beberapa orang dari Bani Amir, termasuk al-Sukran dan isterinya, Saudah bint Zam’ah, Hathib dan Sulaith ibn Amr dua saudara al-Sukran, dan Ummu Kultsum bint Suhail. Kelompok imigran ini menetap di Abissinia bersama kaum muslimlainnya yang telah lebih dulu tiba di sana. Mereka bahagia dengan kemuliaan yang diberikan Allah kepada mereka. Kadang-kadang mereka mendapatkan khabar dari Makkah yang menenangkan hati mereka. Namun, mereka berduka ketika mendengar khabar bahawa kaum Quraisy masih lagi menyiksa dan menekan kaum muslim di Makkah. Mereka tidak pernah berhenti memerangi dan memusuhi Islam. Mereka terus berusaha menyakiti dan mengintimidasi Rasulullah saw. Dan para pengikutnya yang telah diberi hidayah oleh Allah menuju jalan hakiki, jalan kebaikan dan kebenaran. Saudah hidup bahagia bersama suaminya, al-Sukran, seraya berharap bahawa kelak mereka dapat kembali ke rumah mereka di Makkah, hidup di sisi Rasulullah saw. Mereka sangat senang jika dapat hidup bersama Rasulullah kerana mereka akan sentiasa mendapat curahan kasih sayang dan petunjuk dari beliau.

Pada suatu malam…..

            Saudah telah berbaring di kamarnya. Fikirannya melayang merenungi perjalanan hidupnya. Kerinduan ke tanah airnya semakin memenuhi hatinya sehingga mengantuk mengalahkan fikirannya dan ia tertidur sehingga nyenyak. Dalam tidurnya, ia bermimpi sangat aneh: ia melihat Rasulullah saw. berjalan mendekatinya kemudian beliau memeluk lehernya. Saudah terbangun kaget dari tidurnya. Gambaran mimpi itu masih terbayang jelas di kelopak matanya, seakan-akan gambaran yang sangat hidup dan nyata. Apakah maknanya mimpinya itu? Tentu saja berbagai pertanyaan dan perasaan berkecamuk dalam dada Saudah. Ia berusaha menghilangkan perkara-perkara yang buruk tentang Rasulullah saw. Keesokannya paginya Saudah menceritakan mimpinya itu kepada suaminya, yang mendengarnya dengan penuh teliti. Seakan-akan Allah akan menyingkapkan tirai zaman dari al-Sukran sehingga ia berkata kepada Saudah, “Demi ayahmu, seandainya mimpimu benar, aku akan mati dan engkau akan dinikahi oleh Rasulullah saw”. Hanya Allah yang mengetahui fikiran apa yang berkecamuk dalam dada Saudah dan suaminya, al-Sukran. Mungkin saja Saudah menolak atau mengacuhkan tafsiran mimpi yang disampaikan suaminya itu. Ia berdoa demi keselamatan dirinya dan suaminya serta mendoakan agar suaminya panjang umur. Ia tetap setia dan mentaati suaminya tanpa pernah terlintas sedikit pun fikiran buruk tentangnya. Hari-hari berlalu. Saudah dan al-Sukran hidup bersama-sama dengan kaum Muhajirin lain di Abissinia. Namun, mimpi itu masih sering terbayang di kelopak mata Saudah. Tafsir mimpi yang disampaikan suaminya pun masih terngiang-ngiang di telinganya.

Hingga akhirnya datang suatu malam……
            Saudah telah tertidur di kamarnya. Begitu saja ia tertidur nyenyak tidak dapat menahan kelopak matanya. Sekali lagi ia memimpikan sesuatu yang sangat menakjubkan: Saudah melihat seakan-akan bulan menjatuhi dirinya yang saat itu tengah telentang!!

Dalam mimpi itu, tidak ada sedikit pungambaran atau pun simbol yang berkaitan Rasulullah saw. Namun, ketika ia menceritakan mimpi itu kepada suaminya, al-Sukran berkata, “Demi Ayahmu, seandainya mimpimu benar, bererti aku akan segera mati dan engkau akan segera menikah dengan Rasulullah saw.” Hanya Allah yang tahu fikiran dan perasaan apa yang berkecamuk di dalam dada pasangan suami-isteri ini. Al-Sukran mengungkapkan jawapan dan tafsir mimpinya itu dengan tulus tanpa disertai perasaan buruk sama sekali. Saudah pun setiap saat selalu mendoakan kebaikan dan kesihatan bagi suaminya. Ia mendoakan umur panjang baginya dan berusaha menjauhkan fikiran-fikiran buruk dari kepalanya. Ia ingin hidup selamanya bersama suaminya. Seakan-akan al-Sukran dapat membaca tulisan takdir yang ditetapkan atas dirinya. Allah telah menunjukinya kepada hakikat. Tidak lama kemudian, al-Sukran jatuh sakit.Tidak ada tabib yang menyembuhkannya. Sakit itulah yang mengantarkannya kepada kematian. Akhirnya, Saudah kembali ke Makkah seorang diri. Ia berusaha melupakan ucapan-ucapan suaminya sebelum meninggal. Namun, mimpi-mimpinya itu enggan meninggalkan kepalanya. Mimpi-mimpi itu terus berkelibat, terutama ketika ia didera kesendirian dan kesunyian. Jadi, apakah tafsir mimpi yang dikemukakan al-Sukran itu akan menjadi kenyataan? Pertanyaan itu masih setia bermain dalam fikiran Saudah.

Baru saja kaum muslim merasa senang dengan berakhirnya pengasingan dan penyingkiran yang dilakukan kaum Quraisy kepada Bani Hasyim selama tiga tahun, mereka dikejutkan dengan berita wafatnya Khadijah bint Khuwailid, isteri Nabi Muhammad saw., menyusul pakcik beliau yang meninggal terlebih dahulu, Abu Thalib. Selama ini, kedua orang itulah yang paling rajin dan berani mendukung serta melindungi Rasulullah saw. dari setiap ancaman dan bahaya. Keduanya mengerahkan segala kemampuan untuk membantu dakwah Nabi saw.

Khadijah bint Khuwailid adalah penolong, pelindung, dan sandaran utama Nabi Muhammad saw dalam berjuang menyebarkan dakwah Islam dan menyeru manusia ke jalan Allah. Iamengorbankan dan menyerahkan jiwa raga serta seluruh harganya demi kepentingan dakwah Islam. Ia mencintai, memuliakan, dan mengagungkan Nabi saw., seraya terus menanam semangat dan keberanian untuk menahan tekanan dan siksaan dari kaum kafir Quraisy. Ia menghapuskan kesedihan dari hati baginda Nabi saw. kerana melihat kaumnya bertegas dalam kekafiran dan penyimpangan dari agama Allah.

Khadijah wafat setelah memberi beberapa puteri kepada Nabi saw. Kehadiran mereka menjadi pelipur lara dan ubat bagi luka-luka dan kesedihan bagi Nabi saw. yang berduka akibat kekafiran dan penentangan kaumnya.

Sejak kematian Khadijah, derita dan tekanan hidup yang dialami Nabi Muhammad semakin berat. Para pemuka Quraisy dan pemimpin Makkah semakin tegas menyerang dirinya dan menyakiti kaum muslim. Bahkan, mereka telah merancang rencana untuk membunuhnya.

Beberapa waktu setelah Khadijah wafat. Beberapa orang sahabat berfikir untuk memberikan saranan kepada Nabi saw. agar beliau menikah lagi dan mendapatkan pendamping menjalani kehidupannya. Rasulullah telah lama berada dalam sendirian dan kesunyian. Mudah-mudahan pernikahan dapat sedikit mengubati kesunyiannya. Namun, siapakah wanita yang dapat menggantikan posisi Khadijah di sisi Rasulullah saw.? Mereka semua mengetahui betapa Rasulullah sangat mencintai dan memuliakan Khadijah bint Khuwailid.

Hingga pada suatu hari….

Khaulah bint al-Hakim menghadap kepada Rasulullah saw., dan dengan nada yang lembut penuh berhati-hati, ia berkata kepada Nabi saw., “Sejak Khadijah wafat, aku melihat engkau menyendiri dan kesepian.”

Rasulullah saw. bersabda, sementara kenangan akan kebaikan Khadijah masih terbayang jelas di kelopak matanya, “Tentu saja … ia adalah bunda dan pemelihara rumah yang terbaik.”

Dari ucapan Rasulullah itu Khaulah merasakan kecintaan dan keriduan yang mendalam kepada Khadijah meskipun saat ini ia telah berasa di sisi Tuhannya. Melihat keadaan itu dan menyedari kecintaan Nabi saw. yang teramat dalam kepada Khadijah, Khaulah tidak kuasa melanjutkan kata-katanya. Ia menahan keinginan untuk menyampaikan niat yang dibawanya dari rumah. Ia terdiam beberapa seketika. Setelah mengumpul seluruhkeberaniannya, Khaulah berkata, “Bolehkah aku meminangkan seorang wanita untukmu?”

Rasulullah saw. bersabda, “Silakan …. engkau adalah kawan kaum wanita. Kau lebih mengetahui masalah ini.” Khaulah merasa bahawa itulah awal keberhasilan misinya.

Sementara itu, kembali terlintas dalam benak Rasulullah saw. wajah Nafisah bint Muniyyah, yang dulu mendatanginya dan menawarkan perkahwinan kepada Khadijah.

Seakan-akan Khadijah muncul dalam fikiran baginda Rasulullah saw. dan mencela pernikahannya setelah kematian dirinya. Kerana itu, Rasulullah saw. bersabda kepada Khaulah, “Siapakah, siapakah yang layak setelah Khadijah?”

Khaulah menjawab cepat, “Aisyah, puteri orang yang paling engkau cintai.”

Rasulullah saw. memahami betul kadar kecintaannya kepada Abu Bakar. Rasulullah juga mengetahui bahawa Abu Bakar berhasrat besar agar Rasulullah mahu menikahi puterinya. Kerana itu, Rasulullah saw. bersabda, “Tetapi ia masih sangat kecil.”

Khaulah berkata, “Engkau melamarnya hari ini, dan menunggunya hingga ia cukup usia untuk mendampingimu.”

Namun, siapakah yang mengurusi urusan rumah tangga dan puteri-puteri Rasulullah saw. hingga Aisyah tumbuh menjadi wanita dewasa?

Pertanyaan itu memenuhi fikiran Rasulullah saw. dan Khaulah. Namun, Khaulah segera berkata, “Orang yang akan mengurusi rumah tanggamu adalah Saudah bint Zam’ah, salah seorang wanita terhormat dari Bani Amir.”

Rasulullah saw. mengetahui siapa Saudah, dan bahawa ia baru saja ditinggal mati oleh suaminya, al-Sukran. Maka, Rasulullah saw. memberi izin kepada Khaulah untuk melamar Saudah menjadi isteri Rasulullah saw.

Khaulah bergegas pergi menuju rumah Zam’ah, kemudian lansung menemui puterinya, Saudah, dan berkata kepadanya, “Kebaikan dan berkat apakah yang telah diberikan oleh Allah kepadamu, wahai Saudah?”

Saudah berkata, “Apa yang kau bicarakan, dan apa maksud ucapanmu itu, wahai Khaulah?”

Rasulullah mengutusku untuk melamarmu sebagai isterinya.”

Tentu saja Saudah tersentak dan terkejut. Mimpi-mimpi yang dilihatnya dulu dan tafsir mimpi yang disampaikan almarhum suaminya kembali terbayang dalam fikirannya. Nampaknya, tafsir mimpi yang dikatakan suaminya itu akan segera menjadi nyata. Saudah berkata dalam hati yang meluap-luap dipenuhi kebahagiaan, “Tentu saja aku bersedia. Temuilah ayahku, dan katakanlah maksud kedatanganmu kepadanya.”

Khaulah menemui Zam’ah, menyalaminya, dan menghormatinya, lalu berkata, “Sesungguhnya Muhammad putra Abdul Muththalib mengutusku untuk melamar Saudah sebagai isterinya.”

Zam’ah berkata, “Sungguh pasangan yang mulia. Lalu, apa jawapan Saudah?”

“Ia bahagia menerima lamaran ini.”

Zam’ah menyetujuinya pernikahan puterinya dengan Rasulullah saw.

Kemudian ia mengumumkan bahawa puterinya telah dilamar oleh Rasulullah saw., sementara pernikahannya sendiri dilangsungkan pada bulan Ramadhan tahun ke-10 setelah kenabian.

Bersambung

Catatan: Haura Medina

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com