WANITA BERJAYA MENAIKKAN TARAF DIRI SELEPAS KEMERDEKAAN

Malaysia adalah sebuah negara Islam yang memberi hak kepada wanita dalam setiap aspek kehidupan. Kejayaan sistem pendidikan Malaysia dalam menerapkan ilmu pengetahuan kepada rakyat tanpa mengira perbezaan jantina adalah merupakan satu anugerah negara yang paling istimewa kepada wanita. Slogan ‘merdeka!’ yang sering dilaungkan pada 31 hb. Ogos setiap tahun adalah merupakan slogan kemerdekaan wanita Malaysia. Pengiktirafan kebolehan dan hak wanita oleh kerajaan dan masyarakat menjdikan wanita Malaysia maju selaras dengan perkembangan kemajuan negara. Dalam jangka empat puluh enam tahun selepas merdeka, wanita Malaysia menjadi semakin maju malah melebihi lelaki dalam bidang ilmu pengetahuan.

Kebimbangan kerajaan terhadap kurang bilangan pemuda memasuki institusi pengajian tinggi menunjukkan bahwa wanita Malaysia semakin mara kearah penguasaan dan pemilikan dalam setiap aspek pekerjaan dan perjawatan dalam negara. Pemilihan dan kelayakan individu dalam pelbagai sektor pekerjaan dan jawatan lebih utama diberikan kepada mereka yang mempunyai kelayakan akademik. Kecapaian wanita dalam bidang akedemik yang lebih menonjol masa kini menunjukkan bahwa wanita semakin bijak memahami kontek kehidupan semasa, terutamanya ketika dunia dilanda oleh proses globalisi.

Wanita lebih peka terhadap perubahan zaman yang kurang menekankan perbezaan jantina, agama dan budaya. Dalam suasana lelaki Malaysia menghadapi permasalahan dadah dan HIV, wanita dalam negara ini lebih menunjukkan minat dalam mempertingkatkan diri dalam bidang ilmu pengetahuan, kepakaran dan lain-lain. Jumlah pelajar lelaki kurang daripada pelajar wanita di pusat pengajian tinggi menunjukkan bahwa pemuda masa kini kurang sedar terhadap perubahan zaman dan masih leka dengan konsep kehidupan yang berasaskan kepada tradisi yang mengatakan bahwa ‘Setinggi mana wanita itu mempunyai ilmu pengetahuan dan jawatan, kedudukannya masih di dapur’. Tradisi kehidupan begini sudah lama terkubur dalam pemikiran wanita masa kini.

Sikap kecuaian ramai suami dan lelaki dalam tanggung jawab rumah tangga dan negara, menyebabkan wanita kurang berkeyakinan bahwa kehidupan mereka terjamin jika berada dalam kongkongan lelaki. Oleh itu wanita bersatu menyuarakan hak-hak mereka samada berkaitan dengan rumah tangga dan peluang pekerjaan. Keistimewaan wanita memang jelas dipertonjolkan oleh kerajaan dan negara. Setiap tuntutan wanita sering diambil perhatian. Sekali imbas boleh dikatakan kerjaan Malaysia memang berkeyakinan dengan kebolehan dan keupayaan wanita dalam pentadbiran dan lain-lain. Ini terbukti apabila ramai wanita memegang jawatan penting dalam negara.

Peluang dan sikap perihatin terhadap wanita yang dipertonjolkan oleh kerajaan menyebabkan wanita merasai bahwa mereka cukup istimewa. Wanita Malaysia dengan sifat lembut dapat menguasi lelaki secara tidak langsung dalam pelbagai aspek kehidupan dalam negara ini. Wanita-wanita Malaysia terutamanya wanita Islam perlu memahami bahwa hak-hak wanita yang dibicarakan oleh Islam telah dilaksanakan oleh kerajaan dan negara. Ini merupakan satu rahmat yang besar kepada wanita Islam.

Di negara-negara Islam yang lain wanita-wanita masih lagi derita akibat tradisi hidup yang dikongkong oleh budaya yang memandang rendah kepada wanita. Wanita menjadi terlalu radikal dalam menuntut hak-hak mereka. Sikap radikal dalam menuntut hak kurang sesuai dilaksanakan dalam negara ini kerana wanita Malaysia tidak mengalami permasalahan diskriminasi jantina yang keterlaluan. Jika perkara ini wujud, ia adalah berkaitan dengan inidividu-individu tertentu sahaja yang masing dikongkong oleh budaya yang memandang rendah kepada wanita. Ketidakadilan terhadap wanita oleh sebarang agensi kerajaan atau negeri, sering diambil perhatian oleh kerajaan. Jika dikaji dan diteliti maka wanita Malaysia boleh dianggap sebagai ‘anak emas kerajaan’. Mereka mendapat perhatian kerajaan kerana mereka berjaya menunjukkan kebolehan yang cemerlang kepada negara. Sikap berdikari dan ketekunan mereka dapat menawan hati kerajaan. Oleh itu tuntutan mereka sering mendapat perhatian.

Berdasarkan kepada kebaikan dan perihatin kerajaan terhadap wanita dalam negara ini, maka wajar bagi mereka menyumbangkan tenaga dan masa untuk kepentinga negara daripada melibatkan diri dalam kegiatan menjatuhkan kerajaan dan pergerakan radikal. Penglibatan diri dalam kegiatan tersebut merugikan wanita dan negara. Sumbangan terhadap negara dan masyrakat secara ikhlas adalah merupakan satu sadaqah jariah yang tinggi nilainya di sisi Allah, seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu ilmu yang memberi faedah, sadaqah jariah, dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya”.

Wanita tidak perlu mengorbankan masa dalam kegiatan yang boleh mendatangkan kerosakan kepada negara. Tumpukan perhatian kepada kegiatan yang boleh memberi faedah kepada masyarakat dan negara secara aman dan tenang. Penglibatan diri dalam kegiatan-kegiatan radikal boleh menyebabkan wanita sentiasa resah dan gelisah. Dalam negara ini wanita bebas bersuara dan menuntut hak mereha secara terbuka. Sempena hari kemerdekaan, wanita perlu bersyukur dan berdoa supaya keistimewaan yang dimiliki masa kini akan berkekalan. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak lelai dan perempuan secara adil.

Kehadiran anak-anak perempuan dalam hidup dianggap penawar oleh Rasulullah s.a.w.. Kerajaan dalam negara ini telah menghasilkan banyak penawar kepada ibu-bapa. Anak- anak perempuan diwajibkan oleh negara menuntut ilmu. Hasilnya, ramai wanita-wanita masa kini membantu ibu bapa dalam soal kewangan, dan memberi sumbangan kepada negara dan masyarkat. Sabda Rasulullah s.a.w. dengan maksudnya, “ Sesiapa yang mempunyai dua orang anak perempuan, lalu dididik dan diberi pelajaran, maka kedua anaknya itu menjadi tabir api nereka (maksudnya menyelamatkannya dari api neraka”.

Negara ini berjaya mempertingkatkan kedudukan wanita seperti dituntut oleh Islam. Oleh itu kemerdekaan dalam kontek negara ini ialah kemerdekaan dari penjajahan dan kemerdekaan wanita dari kongkongan budaya yang membelenggu wanita.

Oleh : Dr Saodah Bt Abd Rahman

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com