MEMBACA RUMI, MENGEJAR KEDAMAIAN -PART IX

Ada beberapa sebab yang menjadi perbincangan kenapa Bahaudin Walad dan sahabat-sahabatnya keluar daripada Balk. Perpindahan Bahaudin Walad, disertai oleh seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan pengamal Tarekat Kubrawiyah. Semuanya seramai 300 orang telah memulakan perjalanan pada tahun 1212/1221. Mereka memulakan perjalanan ke arah Barat, dan singgah di beberapa buah tempat termasuk Naisabur.

Di Naisabur, mereka bertemu dengan Farrideddin Attar. Attar juga merupakan pengikut Tarekat Kubrawiyyah. Namun, Attar menjadi lebih tertarik kepada Rumi, yang ketika itu dikatakan berusia 14 tahun. Attar menghadiahkan buku Asrarnama karangannya kepada Rumi sambil berkata: Lihatlah samudera luas yang berjalan di belakang lautan dalam."

Ada yang mengatakan penghijrahan rombongan Bahaudin Walad, disebabkan oleh kebimbangan besar terhadap kehidupan, kerana Balk sedang diancam oleh tentera Mongol.

Pendapat yang lain mengatakan, rombongan itu berpindah kerana ingin mencari kehidupan yang lebih baik akibat kehidupan di Balk tidak mempunyai suasana yang kondusif.

Sebab ketiga, ialah berlakunya krisis kepimpinan dalam Tarekat Kubrawi. Tarekat Kubrawi diasaskan oleh Najamudin al-Kubra setelah mendapat didikan daripada Ahmad al-Ghazali, iaitu adik kepada Imam al-Ghazali.

Tarekat Kubrawi merupakan salah satu aliran dalam Tarekat Shuttar, yang pada awalnya sebagai amalan pengembangan spiritual menuju kepada ajaran Tuhan melalui pengalaman cinta, melampaui batas fizikal manusia. Tarekat Kubrawi turut mempengaruhi fikiran Rumi, yang sebahagiannya terhasil daripada didikan ayahnya, Bahaudin Walad. Ketika itu ayahnya adalah pemimpin Tarekat Kubrawiyah.

Sebab keempat ialah peranan yang dimainkan oleh Fakhruddin ar-Razi menghasut pemerintah untuk menghapuskan sekolah sufi yang dikuasai oleh Bahaudin.

Dalam memperkatakan penyebab migrasi, Mahbub Djamaludin menjelaskan, para sufi tidak pernah takut kepada kesusahan dan kedengaran hidup, kerana bagi mereka ia bukanlah faktor utama. Begitu juga tentang ketakutan terhadap serangan Monggol, kerana semasa penghijrahan berlaku, Balks belum menjadi sasaran serangan tentera pimpinan Genghis Khan.

Balks hanya diserang selepas lapan tahun rombongan Bahaudin Walad memulakan penghijrahan (608H/1210M), dan ketika itu, rombongan sudah sampai ke Baghdad. Balks berjaya ditawan pada tahun 616H (1218M).

Begitu juga dengan tuduhan bahawa Fakaruddin ar-Razi sebagai dalang kepada pengusiran rombongan Bahaudin Walad dari Balk. Fakaruddin ar-Razi yang bermazhab Syi'ah dikatakan cukup cemburu dengan sambutan terhadap madrasah Bahaudin Walad, sehingga menghasut Sultan Muhammad al-Khawarizmi Syah menghapuskan Tarekat Kubrawiyah yang dipimpin oleh Bahaudin Walad.

Fakaruddin merupakan seorang yang mengagumi falsafah dan cukup kuat dengan pemikiran Muktazilah, yang meletakkan akal fikiran sebagai penentu kebijaksanaan. Tentunya, antara Tarekat dan falsafah, ia merupakan dua aliran pemikiran yang tidak pernah harmoni. Hal itu cukup kuat dibahas dan dikritik oleh Imam al-Ghazali, yang turut merupakan aliran pemikiran yang sangat kuat dalam pemahaman tarekat dan mazhab yang diyakini oleh Bahaudin Walad.

Berkaitan dengan dakwaan tersebut, Mahbub Djamaludin menempelaknya, kerana "ia sebuah tuduhan yang berlebihan dan melampaui batas." Ini kerana, Fakaruddin telah meninggal dua tahun (606H/1208M) sebelum Bahaudin Walad membuat keputusan berhijrah. Ertinya, jika ada pun ancaman daripada Fakaruddin ar-Razi, ia mungkin berlaku sebelumnya.

Setelah kematian Fakaruddin, ancaman sebegitu tidak lagi bermakna. Tetapi ia tidak bermakna usaha penyingkiran telah tamat sepenuhnya, kerana masih ada pengikut ar-Razi yang berusaha untuk melumpuhkan pengajian sufi.

Kata Mahbud Djamaludin, "sejauh pembacaan" nya, penghijrahan rombongan Bahaudin Walad merupakan fenomena "hijrah sufi", seperti ditulis oleh Dr Inayatullah Iblagh al-Afghaniy:

"Yang perlu diketahui adalah bahawa perginya sebahagian ahli sufi dari satu negeri ke satu negeri lain bukan kerana mereka melarikan diri daripada kesulitan-kesulitan yang mereka hadapi, bukan pula sebuah pelarian dari masalah hidup untuk mencari tempat yang lebih makmur. Sebab, pada ahli Ruhani dan tokoh-tokoh tasawuf tersebut adalah orang-orang yang tidak lagi condong kepada kemakmuran material.

"Sebaliknya, faktor yang menyebabkan mereka pergi di antaranya adalah kerana keyakinan kondusif untuk menyebarkan pemikiran dan ajaran mereka sehingga memudahkan mereka melakukan penambahbaikan jiwa umat." (saya melakukan beberapa penyesuaian daripada petikan terjemahan Mahbub Djamaludin, Jalaludin Rumi: Sang Maestro Cinta Illahi, Yogyakarta: Penerbit Senja, 2015, hal. 24 -30).

Bagaimanapun, Rumi sekali lagi dirundung kesedihan apabila ayahnya, Bahaudin Walad yang dijoloki sebagai Sultan Para Ulama (Sultan al-'Ulama) meninggal dunia (18 Rabiul Awal 628H/12 Jun 1231M) setelah dua tahun menetap di Konya, sewaktu usia 85 tahun. Ketika itu, Rumi dikatakan berusia 24 tahun.

Sebelum bertemu dengan Syams Tabriz, iaitu sejak kematian ayahnya, Bahaudin Walad, Rumi mengambil alih sebagai pemimpin madrasah. Antara tahun 1231-1244, Rumi telah dianggap sebagai seorang ulama atau cendekiawan, yakni seorang asketis yang berjuang untuk memeluk kebenaran.

bersambung...

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com