MEMBACA RUMI, MENGEJAR KEDAMAIAN -PART VI

Syams Tabrizi (Muhamad bin Ali bin Malik-Dad) dilahirkan di bandar Tabriz, Khurasan, Iran (Parsi) pada tahun 1185M. Ada yang menyatakan nama sebenar Syams Tabriz ialah Muhamad bin Ali Azeri Melekdadoglu. Beliau adalah cucu kepada Azeri Turk. (Zaki Safuan al-Hafiz, Rumi: Filsuf Cinta Anatolia, Kuala Lumpur: Patriots Asia Sdn. Bhd., 2023, hal. 35). Bagaimanapun, setakat ini saya tidak menemukan nama Azeri Turk, sebaliknya saya temukan Azeri itu merujuk kepada satu kawasan atau wilayah yang dinamakan sebagai Azerbaijan. Turk adalah istilah Inggeris bagi etnik yang berasal dari Turki atau sebelumnya dikenali sebagai Anatolia.

Sejak kecil lagi perwatakannya berbeza dengan kanak-kanak seusia, tidak suka bermain tetapi lebih gemar menghadiri pengajian sufi dan ikut belajar mengenainya. Syams ketika berumur tujuh tahun sudah menghafaz seluruh kandungan al-Quran. Sifat semula jadinya, sentiasa kurangkan makan, bahkan dikatakan hanya makan sekali dalam tiga atau empat hari.

Setiap hari semalaman, tidurnya tidaklah begitu lama, hanya sekadar empat jam. Bantalnya adalah diperbuat daripada tanah liat dan tidur di atas tikar yang kasar. Syams seringkali menggambarkan tidurnya seolah-olah "sudah mati" dan setiap malam, ayahnya akan mengejutkannya untuk bertahajud.

Dalam satu cerita, digambarkan: "Di dalam tidur, Syams bermimpi mendengar malaikat membaca al-Quran." Setelah tersedar, Syams akan bangun dan membuka masyaf, dan surah yang ditemukan itu ialah surah al-Syams. Syams kemudiannya membacanya hingga sampai ke satu ayat yang bermaksud: " sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)." [ayat ke- 9].

Diulanginya berkali-kali dan atas penemuan dan perilaku itulah melekat di jiwanya sehingga beliau dikenali sebagai Syams Tabrizi [Syams bererti matahari; matahari dari Tabriz]. Titik penemuan itu telah membuka jiwa dan hati Syams, sehingga seluruh kehidupannya benar-benar berada dalam suatu perjalanan ilmu yang tidak pernah berhenti.

Seperti juga permulaan surah al-Syams, "Demi matahari dan cahayanya yang terang benderang", Syams Tabrizi hadir untuk membawa cahaya yang sangat besar dalam kesucian nurani Rumi. Syams bermakna "matahari" dan Rumi benar-benar bermanfaat dengan kehadiran "matahari" itu. Syams menjadikan Rumi sebagai penyair mistik dan pengolah jiwa yang berjaya merungkaikan roh Islam, yang membawa manusia mengenal Allah dengan kedalaman makna dalam hakikat kehidupan.

Sebelum bertemu Syams, Rumi tidak begitu meminati puisi dan pernah mengecamnya sebagai:

"Apalah ertinya puisi untukku

sehingga aku harus membual dengannya

Aku memiliki seni lain, berbeza dari seni-seni penyair

Puisi laksana awan gelap, aku di belakang selubung seperti bulan

Jangan sebut aku awan gelap bulan bercahaya di langit."

(Amin Banani, "Rumi Sang Penyair", dalam Amin Banani, Richard Hovannisian dan George Sabaguh, Kidung Rumi: Puisi dan Mistisisme Islam, terjemahan dari bahasa Inggeris oleh Joko S Kahhar, Surabaya: Risalah Gusti, 2001, hal.53).

Namun setelah bertemu Syams, tulis Amin Banani "ghazal-ghazalnya adalah sebuah perayaan cinta yang meluap-luap yang, sebagaimana dia dengan sungguh-sungguh mengatakan kepada kita merupakan sebuah kekuatan yang secara diametris bertentangan dengan akal.

"Di sinilah letaknya hubungan antara Rumi sang mistikus dan Rumi sang penyair, dan pada titik inilah kita memperjelaskan catatan kemistikan tentang bagaimana Rumi sampai menjadi seorang penyair.

"Puisi yang muncul dari kedalaman dirinya dan terus menerus meledak-ledak seperti gunung berapi, tepatnya adalah arus mantera-mantera irasional dan magis yang terpesona oleh cinta yang pernah digambarkan dan tidak disetujui oleh Plato." (Amin Banani, hal. 44)

"Berapa lama kau akan menempatkan ghazal-ghazal untuk wicara*

Tanpa bentuk wicara, semaklah [bacalah] ghazal yang lain dari jiwa."

......

Syams-i Tabriz menyentuh jiwaku

Mahu tidak mahu aku menjadi sebuah organon°

dalam (persoalan) cinta.

(Amin Banani, hal.45).

[Nota:

*wicara bermaksud percakapan atau pertuturan.

°organon bermaksud alat atau perkakas untuk membuat atau mengerjakan sesuatu; juga boleh dimaksudkan sebagai "acuan"]

Ketika remaja, jiwa Syams cukup kuat untuk mencari "hakikat cinta", dan kerana tidak menemukan seseorang yang mampu memberikannya kefahaman tersebut, Syams lebih banyak menghabiskan masa bersendirian sehingga raut wajahnya dilihat tidak ceria (sentiasa bersedih), dalam keadaan muka pucat. Keadaan itu menyebabkan ayahnya ikut bersedih.

Suatu hari Syams memberitahu: "Mereka bertanya kepadaku; kenapa engkau begitu sedih? Apakah engkau ingin memiliki pakaian indah yang dibuat dari emas atau perak? Aku menjawab: Tidak, aku hanya berharap akan ada orang yang akan mengambil pakaian yang sedang aku pakai." (Adaptasi dari Naser Sabebuz Zamani oleh Mojdeh Bayat, dipetik oleh Chindi Andriyani, Jalaludin Rumi: Sebuah Biografi, Yogyakarta: Penerbit Sociality, 2019, hal. 26-27).

Syams berguru dengan ramai ulama sufi yang terkenal pada masa itu, antaranya, Abu Bakar Silaf-Beg (Salabaf), Syeikh Kermani, Ruknuddin Sajadi dan ayahnya sendiri. Ketika dalam asuhan Abu Bakar, bakat dan kecenderungan Syams telah disedari. Abu Bakar kemudiannya mengatakan Syams telah mencapai "tingkat tertinggi" dan tidak perlu lagi berguru dengannya. Ketika itu, Syams terus berada dalam keadaan mencari, mencari seseorang yang dapat dijadikannya guru, juga menjadikan seseorang sebagai seorang murid.

Dalam pencarian yang panjang itu, Syams mengembara dari sebuah bandar ke sebuah bandar dan melakukan apa sahaja pekerjaan untuk menampung keperluan hidupnya. Namun dalam kesibukan itu, Syams tidak pernah meminta upah, hanya mengambil bayaran sekadar cukup dengan keperluan sendiri. Jika merasakan ada bakinya, maka upah itu disedekahkan kepada mereka yang memerlukan, yang ditemuinya di jalanan atau pasar.

Syams tidak mengenakan pakaian yang indah, hanya sekadar pakaian "jubah sufi" yang kelihatan seperti pakaian seorang pengemis; compang-camping dan penuh dengan tampalan akibat koyak.

Pencarian itu sampai ke kemuncak apabila Syams tiba di Konya dan dapat bertemu Rumi, yang ketika itu baharu selesai mengajar. Rumi sedang menunggang seekor keldai, dan di belakangnya diiringi oleh beberapa orang murid yang berjalan kaki. Hasil pertemuan itu, Rumi dan Syams benar-benar menjadi sahabat baik, sehingga beberapa kisah persahabatan itu menimbulkan syak wasangka dalam kalangan anak murid dan juga putera kedua Rumi sendiri, Alaudin (Aladdin). Isteri Rumi [Kereta] turut merasakan hal yang sama, perasaan hati seorang isteri seolah-olah "tidak bermakna" lagi. Dianggap sudah diketepikan kerana Rumi mengutamakan Syams berbanding dirinya dan ahli keluarga sendiri.

Rumi juga dikatakan semakin "tersihir dengan Syams" sehingga beberapa rutin hariannya ikut berubah, majlis-majlis ceramahnya mulai tidak tersusun dan digantikan oleh beberapa orang muridnya yang dipercayai, termasuk anaknya sendiri, Sultan Walad, abang kepada Alaudin.

Bahkan, sebagai menjaga batas privasi hubungan akrab itu, Rumi hanya membenarkan dua orang sahaja yang dapat mengganggunya semasa "bersama Syams". Dua orang itu ialah putera sulungnya, Sultan Walad dan pembantunya yang amat dipercayainya, Hushamuddin Chelebi (Syalabi).

Pada suatu malam, Syams bermimpi yang dirinya bersama-sama sejumlah sahabat sedang menekuni dan berbincang mengenai karya ayah Rumi, Ma'arif. Menurut al-Aflaki:

"Begitu terbangun dari mimpinya, Syams masuk ke kamar dengan pandangan tegang. Dia bertanya kepada Jalal: "Bagaimana kamu sampai berani mempelajari buku itu lagi?" Jalal memprotes bahawa, sejak dia dilarang, dia tidak pernah lagi membuka karya-karya ayahnya.

"Ya," jawab Syams, "anda belajar lewat membaca, dan anda juga belajar lewat perenungan. Mimpi itu tidak lain adalah bayang-bayang fikiran sedar kita. Seandainya kamu tidak berfikir tentang tulisan-tulisan itu, tentu kamu tidak akan bermimpi tentang tulisan-tulisan itu.

"Sejak saat itulah," kata Jalal, "Aku tidak pernah lagi menyibukkan diri dengan tulisan-tulisan ayahku, selama Syamsudin masih hidup." (Syamsudin Ahmad al-Aflaki, Tebaran Hikmah, hal.122).

Ketika hadir ke Konya (1244M), Syams Tabrizi berusia 59 tahun manakala Rumi sekitar 37 tahun. Jarak usia itu tidak menjadi penghalang. Sebaliknya Rumi cukup mengharapkan "pencerahan" manakala Syams berusaha untuk mempertahankan perilaku sufinya; Rumi bukan sahaja berguru dengannya, bahkan dalam masa yang sama, Syams berguru dengan Rumi.

Syams "memiliki cinta yang suci dalam dirinya" tetapi tidak diluahkan kecuali tatkala bertemu Rumi. Cinta yang tersembunyi "dalam rasa belas kasihan" itulah akhirnya telah berjaya mengubah Rumi sehingga menanggalkan "turban khas cendekiawan dari kepala Rumi," dan " membelokkan Rumi daripada seorang guru atau cendekiawan menjadi pencinta Tuhan yang sangat antusias." (Cihan Okuyuku, Rumi: Kisah Hidup dan Pesan-Pesannya, hal. 33-34). [Dalam catatan al-Aflaki, Jalaludin Rumi diringkaskan sebagai Jalal. Dalam penulisan-penulisan ini, saya ringkaskan sebagai Rumi].

bersambung…          

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com