MEMBACA RUMI, MENGEJAR KEDAMAIAN -PART VII

Kehadiran Syams ke Konya, layanan Rumi yang berlebihan, membawa perubahan besar kepada seluruh madrasah dan keluarga Rumi. Selain perubahan rutin kehidupan dan layanan terhadap murid serta ahli keluarga, Rumi semakin hilang arah di mana seluruh jiwa dan pemikirannya tertumpu kepada Syams Tabrizi.

Anak lelakinya, Alaudin mengesyaki sesuatu yang tidak lumrah dalam persahabatan Rumi dan Syams Tabriz. Begitu juga isteri Rumi, Kerra [ibu tiri Sultan Walad dan Alaudin]. Ibu kepada Sultan Walad dan Alaudin bernama Jauhar Khatun (Ghauhar Hatun, atau Gevher Khatun), puteri Lala Syarifuddin as-Samarqandi [Sharaf al-Din Lala dari Samarkan].

Mereka berkahwin pada tahun 1225, ketika Rumi berusia 18 tahun. Lala Syarifudin ialah seorang guru yang mengajar Rumi ketika keluarga menetap di Larende (Karaman), iaitu di madrasah yang didirikan oleh Gabenor Karaman, wakil Dinasti Seljuk.

Lala Syarifuddin adalah salah seorang daripada rombongan Bahaudin yang berhijrah bersama-sama dari Samarkan. Bagaimanapun, ada pertikaian tentang tarikh permulaan hijrah mereka, termasuk tarikh sebenar kelahiran Rumi. Tulis Sefik Can:

"This is not known for a certainty. Although Rumi's date birth is usually given as 1207, based on his statements in Fihi Ma Fihi, it can be considered that this year is not his real date of birth and his actual date of birth must be around 1200.

"One can consider that Sultan al-Ulama's departure date for pilgrimage was again approximately 1221 and that when this migration started, Rumi was twenty-one years old. However, Sultan Walad states in his Ibtidaname that Rumi was fourteen years old at the beginning of the migration." (Sefik Can, Fundamentals of Rumi's Thought, hal.15).

Tidak berapa lama selepas Rumi berkahwin, ibunya, Mumina Khatun dan saudara lelakinya, Muhammad Alauddin (abang Rumi) meninggal dunia. Ia kemudian diikuti oleh ibu mertuanya (isteri Lala Syarifudin), ibu kepada Mumina Khayun.

Namun, hati Rumi sedikit terubat kerana pada tahun itu juga lahir seorang putera yang diberi nama Mehmed Bahaedin (yang dikenali sebagai Sultan Walad) dan setahun kemudian, lahir pula Ala al-Din Chelebi (Alaudin Mehmed atau Aladdin). Dua orang cucu itu memberikan semangat kepada Bahaudin Walad untuk kekal tinggal di Karaman selama tujuh tahun. Ketika itu, pemerintah yang berkuasa ialah Sultan Ala al-Din Kay Qobad (Alaeddin atau Alaudin Kaykubat) dari Dinasti Seljuk, cukup menghargai peranan Bahaudin Walad.

Sultan Alaeddin lebih cenderung kepada pendidikan sufi. Pendidikan sufi turut bersaing dengan satu lagi aliran pendidikan, iaitu falsafah yang dipimpin oleh Fakhreddin (Fakharuddin) ar-Razi. Kemudiannya, Sultan Alaeddin berubah, mula tertarik dengan aliran falsafah, dan sedikit sebanyak pertembungan dua aliran pendidikan itu menyebabkan berlakunya konflik.

Pada suatu hari, Sultan Alaeddin memberikan arahan agar Majdeddin dari Baghdad, antara sufi yang terkenal yang tidak sukakan sekolah falsafah diarah dicampakkan ke Sungai Amu Darya. Atas peristiwa itu, ia dikatakan sebagai penyebab yang membawa kepada Bahaudin Walad dan kelompok sufi Kubrawiyyah membuat keputusan untuk meninggalkan Balk.

Beberapa tahun kemudian, setelah kematian Gewhar Khatun, Rumi berkahwin kali kedua dengan seorang janda bernama Kerra atau Kira. Dianggarkan pernikahan itu berlangsung pada tahun 1230-an, iaitu tidak lama selepas kematian ayahnya, Bahudin Wakaf (1231). Pernikahan kedua Rumi berlangsung di Konya. Kerra inilah yang menjadi ibu kepada dua putera awal Rumi setelah mereka kehilangan ibu kandung. Perkahwinan Rumi dengan Kerra dianugerahkan sepasang cahaya mata: lelaki bernama Muzaffareddin Amir Chelebi dan yang perempuan bernama Malika Khatun.

Ada pendapat mengatakan Kerra berasal dari Yunani dan seorang penganut Kristian, sebelum berkahwin dengan Rumi. Rumi berkahwin dengan Kerra kerana dua puteranya perlukan kasih sayang seorang ibu, di mana ketika itu mereka sudah kehilangan ibu.

Ada cerita menyatakan bahawa kematian Gewher Khatun, kerana merasakan hidupnya sepi dan kurang mendapat kasih sayang Rumi. Rumi semakin banyak menghabiskan waktu dengan membaca, mengajar dan mencari hakikat diri untuk mendakap Cinta Ilahi.

Sebelum berkahwin dengan Rumi, Kerra sudah memiliki seorang anak lelaki bernama Shamsudin Yahya. Namun, usia Shamsudin tidak panjang, beliau meninggal ketika meningkat remaja. Jadi, keluarga Rumi mempunyai empat orang anak, dua daripada perkahwinan sebelumnya (Gewhar Khatun), dan dua daripada perkahwinan kedua (Kerra). Keluarga itu juga mempunyai seorang anak angkat perempuan yang bernama Kimya.

Kimya merupakan seorang gadis yang berhasrat untuk belajar tentang al-Qur'an. Keluarganya berasal daripada petani di kaki Gunung Taurus. Kimya berumur 12 tahun ketika dijadikan anak angkat oleh Rumi.

bersambung…

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com