MEMBACA RUMI, MENGEJAR KEDAMAIAN -PART X

Setelah setahun kematian ayahnya, Rumi dibimbing oleh seorang lagi murid utama Bahaudin, Sayyid Burhanuddin Muhaqqid, yang turut melatih latihan spiritual selain memaksa Rumi belajar kitab tinggalan ayahnya, al-Ma'arif.

Di bawah bimbingan Burhanuddin itulah juga Rumi disarankan untuk memperdalamkan amalan tasawufnya, diminta melakukan Chila, dan melanjutkan pengajiannya ke Aleppo dan Damaskus. Ia dikatakan bermula pada tahun 1233. Ketika Rumi mengembara mencari ilmu, Sayyid Burhanuddin (Burhan) kembali ke Kayseri.

Di Aleppo, Rumi belajar di Madrasah Hallawiya yang dimiliki oleh Kamaleddin Ibn al-Adim, yang juga merupakan gabenor di situ. Ada riwayat mengatakan Rumi belajar di situ selama dua tahun. Ketika dalam asuhan Syeikh Kamaleddin, Rumi dikatakan berjaya memahami kesepaduan hakikat dan syariat. Dalam syariat, Rumi diberikan jolokan faqih mazhab Hanafi dan dalam hakikat, ia digelar sebagai Imam al-Ghazali kedua.

Dalam ungkapannya, Rumi berkata: Akulah khadam Al-Quran sepanjang hayatku. Akulah debu di bawah telapak kaki Nabi Muhammad, utusan Allah. Andainya sesiapa mentafsir perkataanku dengan jalan lain, aku menyanggah sosok tersebut dan perkataannya."

Tidak berapa lama kemudian, Rumi ke Damaskus, dan menempuh pendidikan di Madrasah Maqdisiyyah selama empat tahun. Di Damaskus itulah Rumi sempat bertemu dengan beberapa ulama hebat ketika itu, antaranya Syeikh al-Akhbar Muhyiddin Ibn al-Arabi, Saadeddin Hammuya, Uthman al-Rumi, Awaludin Kirmani dan Sadreddin Konevi (Salahuddin al-Qurnawi), yang kemudiannya mengunjungi Rumi setelah Rumi kembali memimpin madrasah di Konya. Ketika di Damaskus itulah sedikit sebanyak pengaruh sufi Ibnu Arabi meresap masuk ke jiwa Rumi.

Rumi dikatakan kembali ke Konya pada tahun 1241, selepas singgah bertemu gurunya, Sayyid Burhanuddin al-Tirmidzi di Kayseri. Mereka berdua pulang ke Konya. Ketika kembali ke Konya, Rumi berumur hampir separuh abad (37/38 tahun) dan menurut Burhanudin yang membenarkan Rumi pulang, sebagai seorang yang matang. (Cihan Okuyucu, Rumi: Kisah Hidup dan Pesan-Pesannya, hal. 32-33).

Sayyid Burhanuddin, yang berpuas hati dengan prestasi Rumi berkata:

"Berjalanlah terus ke hadapan dan bawakan semangat yang baharu kepada orang ramai. Biarkan mereka memperoleh rahmat Ilahi yang terus mengalir dan hidup dengan cinta."

Saat kembalinya Rumi ke Konya, ia kembali dengan semangat yang baharu, tidak lagi menerapkan ilmu kepada muridnya secara pengetahuan semata-mata, ia melangkaui pengalaman dalam jiwa. Kata Rumi:

"Jangan berfikir bahawa wali Allah tidak lagi wujud di dunia ini. Mereka sempurna dalam semua perkara. Mereka pencinta Allah yang tidak dikenali. Hal ini demikian kerana mata engkau tidak mampu menyelongkar rahsia mereka.

"Engkau tidak dapat melihat rahsia mereka hanya melalui mata. Kesombongan engkau yang sia-sia telah menjadi hijab daripada menyaksikan anugerah ini."

Setelah itu, Sayyid Burhanuddin yang kembali tinggal bersama Rumi di Konya, memohon izin untuk pulang ke Kayseri. Awalnya, Rumi keberatan untuk melepaskannya, tetapi melihat kesungguhan gurunya, Rumi bersetuju.

"Ketika sedang mulai untuk berangkat, kaki Burhanuddin terpelecok menyebabkan terjatuh ke tanah. Burhanudin yang kesakitan akhirnya mengambil keputusan berpatah balik ke Konya. Sayyid merasakan bahawa perjalanan pulangnya umpama satu halangan.

Setibanya di rumah Rumi, Sayyid cuba untuk bertanya. Namun, sebaik melihat Sayyid muncul, Rumi bertanya: Wahai Syeikh, kenapa tuan sangat ingin meninggal saya?

Sayyid menjawab: Di Konya, sang singa yang gagah telah muncul. Dua singa tidak boleh tinggal di satu kota. Kita tidak boleh bersama lagi."

Mendengarkan jawapan itu, Rumi semakin bergelut dengan pelbagai tanda tanya, tetapi hanya sekadar menyimpannya di dalam hati. Setelah keadaan kaki gurunya semakin membaik, Rumi tidak lagi mampu menghalanginya untuk pulang.

Beberapa hari kemudian, Rumi mencium tangan gurunya, dan turut bersama menghantarnya pulang ke Kayseri. Kepulangan itu sangat ditunggu-tunggu oleh penduduk Kayseri dan disambut meriah oleh gabenornya, Sahib Shamsudin Isfahani.

Sahib Shamsudin kemudian mendirikan sebuah Zawiyah untuk Sayyid Burhanudin meneruskan pendidikan sufi dan sebagai tempat tinggal. Suatu hari, ketika berada dalam situasi uzur dan masih menjadi imam, sebagaimana lazimnya membaca surah yang panjang, Sayyid Burhanudin berkata kepada para makmun:

"Anggaplah aku ini uzur, orang yang gementar. Setiap kali di hadapan Allah aku hilang kawalan diri. Aku tidak boleh menjadi imam. Kalian carilah imam yang lain."

Kurang sebulan setelah kembali ke Kayseri, iaitu dalam tahun 1241, Sayyid Burhanuddin merasakan masanya telah tiba. Sayyid meminta khadamnya menyediakan air panas dan setelah tersedia, beliau melakukan mandi wajib.

Setelah selesai, Sayyid meminta agar menutup semua pintu dan berkata: Sampaikan kepada sesiapa yang ada di luar sana, Sayyid yang hina sudah berpindah ke alam barzakh."

Sayyid yang berada dalam bilik bersendirian memanjatkan doa kepada Allah: Ya Allah, terimalah diriku dan ambillah nyawaku. Pisahkan aku daripada diriku. Pisahkan aku dari dua alam. Pisahkan aku daripada semua yang bukan Engkau."

Berita kematian Sayyid kemudian tersebar luas dan disambut dengan duka. Rumi yang mendapat tahu kematian sang guru, bergegas ke Kayseri. Rumi kemudiannya berjam-jam berdoa di makam gurunya. Setelah selesai, gabenor Kayseri, Sahid Shamsudin Isfahani menyerahkan beberapa buah kitab kepunyaan Sayyid kepada Rumi, termasuk Maqalat.

bersambung…

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com