"MUSLIM YANG BERKRITIS, BUKAN MUSLIM YANG BERKRISIS"

Itu adalah harapan dan seruan penulis Alfu Sanatin (AS) dalam ayat akhir pada Alfu Sanatin II (ASII) yang membawa "timeline" krisis seribu tahun umat Islam, sehingga Islam itu sendiri hilang asas akhlaknya, sebagai penyatuan cara hidup, ad-diin. Masyarakat Islam bergolak sesama sendiri, dan saling menjatuhkan hanya kerana tata kelola yang berbeza serta lamunan fikiran yang berfirqah.

Kalau Alfu Sanalin mengisahkan seribu tahun perjalanan sejarah Islam, iaitu sejak Khalifah Uthman bin Affan hinggalah kepada kejatuhan Empayar Uthmaniah, Alfu Sanalin pula melihat secara analitikal mengenai harapan masa depan Islam dalam membangunkan semula generasi celik sejarah dan cerdas-pintar menerobos "lorong gelap" yang ditinggalkan oleh umat Islam sendiri ketika Empayar Uthmaniah menuju kematiannya pada akhir Perang Dunia II.

Kehancuran Empayar Uthmaniyah sebenarnya "duri dalam daging" yang ikut mengalir darah sekularisme pada tubuh elit yang berkuasa. Biarpun pada akhirnya muncul seorang watak pemimpin yang zuhud, tegar semangat jihad, ia sudah terlewat kerana barah kehancuran sudah menjalar dan merebak, mengalir dalam pembuluh darah pemimpin yang diharapkan "memugar", hakikatnya mereka inilah menyuburkan benih sekularisme dalam nadi umat Islam.

Pengaruh dan kesan terus melata sehingga kita seolah-olah tidak lagi mampu menangkisnya. Kita gagal menangkisnya kerana kita menjadi sebahagian umat Islam yang mencetuskan krisis, bukan umat Islam yang berfikir kritis dalam menemukan dirinya dan hakikat Islam itu sendiri.

Kita baca sejarah, kita belajar sejarah dan kita sentiasa diingatkan dengan pelbagai peristiwa sejarah, tetapi kita hanya mengunyah tanpa benar-benar selesa untuk ditelan bagi membantu proses pencernaan, sebaliknya kalau tidak dimuntahkan, ditelannya sekadar "pengetahuan" bukan seharusnya sebagai "ikhtibar atau teladan".

Itulah kesan yang saya dapat rasakan selepas dua buku bersambung ini, Alfu Sanatin dan Alfi Sanatin II tamat pembacaan. Saya tidak membacanya terus menerus, terhenti di sana-sini, dan kadangkala ditinggalkan berjarak "lama" antara kedua-duanya.

Namun, dua buah buku ini tidak bertele-tele untuk bercerita sebagainya buku-buku ilmiah yang saya pernah baca perihal kejatuhan dan proses pembaratan yang mula merasuk kerajaan Uthmaniyah. Saya kadangkala asyik, kerana pengarang seolah-olah bercerita, dan kadangkala cuba menguji daya ingatan atau kefahaman pembaca dengan soalan.

 Ada ketikanya, pengarang cuba "mengusik rasa bosan" pembaca, sebab ada hal yang pada persepsi dilihat tidak bersambung atau sudah berakhir, walhal ia adalah sebuah perancangan yang jitu dan cukup menjadi. Gagal pelan A, laksanakan pelan B, dan kalau kedua-duanya gagal, kembali semula kepada matlamat asal. Itulah yang saya dapat kesan perihal gigihnya musuh-musuh Islam "membangun muslihat" untuk meruntuhkan jatidiri umat Islam sebagai umat yang bersatu.

Hal ini terus berlaku sehingga sekarang dan belum ada petunjuk umat Islam bersatu selepas Islam berjaya meruntuhkan kabilah dalam period jahiliah. Ia semacam menuju ke period jahiliah semula, perpecahan berlaku kerana ambisi, persepsi dan kerangka pemikiran "kamilah yang benar dan paling Islamik."

Bersambung

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com