“SINGA BETINA” MELAWAN TIRANI ISRAEL (IX)

Menurut sepupu Ahed, Janna yang sentiasa bersama-sama bermain, impian mereka adalah:

 “Aku ingin hidup seperti semua orang di dunia, dalam kedamaian dan cinta, dan kesetaraan, dan keadilan. Menjalani masa kecilku, tidak melihat teman-temanku ditangkap atau dibunuh, tidak melihat kakak laki-lakiku terluka atau ibuku tertangkap … dan teman-temanku berada di penjara … hidup seperti anak-anak lain di dunia … pergi ke laut.  Menjalani hidupku dengan merdeka, mendapatkan hak-hakku.”  (Gadis Palestina, hal. 73)

Ketika cuba memahami karakter Ahed Tamimi, Paul Morris mendapatkan seberapa gambaran daripada pihak keluarga (ibu bapa), rakan-rakan sepermainan yang juga mempunyai hubungan kekeluargaan dalam kalangan penduduk Nabi Saleh yang tidak ramai itu. Boleh dikatakan semua penduduk Nabi Saleh selain mempunyai hubungan kekeluargaan, mereka juga merupakan komuniti kolektif yang sangat prihatin serta saling mengenali antara satu sama lain.

Dalam usia yang masih kanak-kanak, Ahed gemar bermain bola sepak sebagai pemain tengah dan mempunyai baju bolasepak yang bertanda tangan Neymar.  Ahed, bagaimanapun setelah memasuki usia remaja mula mengubah cita-citanya, daripada pemain bola sepak kepada seorang peguam.

Menurut Janna Jihad (nama sebenarnya, Janna Bilal, berusia 11 tahun, wartawan termuda di Palestin dan termuda di dunia, menerima kad perakuan sebagai wartawan daripada PA pada Mac 2018), rakan dan sepupu Ahed, yang banyak memainkan peranan membuat komenter cerdik dan cerdas setiap apa yang disaksikannya:

Sejak kecil dia [Ahed] ingin menjadi pengacara [peguam] untuk mendukung tahanan, tahanan anak, untuk membebaskan semua tahanan Palestin dari penjara-penjara Israel dan melindungi mereka.”

Ahed dan Janna pernah hadir satu persidangan di Afrika Selatan dan mampu mengungkapkan dengan baik perihal apa yang mereka perjuangkan. Perjalanan mereka ke Afrika Selatan terpaksa mengambil ‘jalan jauh’, perlu melewati Jordan dan Tel Aviv. Suatu hari, masih di Afrika Selatan, kata Janna:

Ahed perlu mengikat tali sepatunya dan meletakkan kaki ke bamper kereta – tetapi pemandu kereta itu menyembunyikan hon dengan keras….mereka terkikih-kikih. Namun, …[mereka] tahu pentingnya perjalanan ke Afrika Selatan…..aku terpukau dengan wawasannya di usia semuda itu, ketika dia menceritakan betapa mereka memainkan peranan dalam menyebarkan pesan perjuangan mereka ke seluruh dunia.

“Aku penasaran bagaimana  dia [Ahed] boleh berbahasa Inggeris sebegitu baiknya dan dia sangat memuji sekolahnya.” (Gadis Palestina, hal.76).

Bagi kanak-kanak Palestin, mandi laut merupakan impian dan keseronokan terbesar. Namun, disebabkan halangan-halangan yang dicipta oleh tentera rejim, mereka terpaksa menangguh atau melupakannya. Walaupun dari Nabi Saleh, yang terletak di atas sebuah bukit kecil, mereka boleh melihat dengan jelas pesisir laut, pemandangan itu ibarat sebuah ilusi dan kadangkala menjadi halusinasi hingga kini. 

Ahed hanya sekali pernah ke laut (ketika berumur 10 tahun), tetapi setelah pelbagai sekatan telah dibuat, semuanya tinggal impian yang entah bila dapat direalisasikan. Janna juga hanya sekali, “seumur hidup dalam lawatan sekolah ke Haifa” dan selepas itu, “tentera pendudukan Israel tidak membenarkan kami mengunjungi laut atau berenang di laut….itu sangat berat.” (Gadis Palestina, hal.73)

Itulah juga keseronokan yang digambarkan oleh Menteri Kebudayaan PA, Atef Abu Saif ketika pulang ke Gaza sehari sebelum Taufan al-Aqsa berlaku bersama salah seorang anak lelakinya, selain bertemu sanak saudara di kem pelarian. Atef Abu Saif menulis (catatan Hari Pertama: Sabtu, 7 Oktober 2023):

Aku tidak pernah menyangka hal itu terjadi ketika diriku sedang berenang, Aku bangun pagi-pagi sekali, sekitar pukul 5.30 pagi, dan memutuskan pergi ke laut. Saat itu hari Sabtu, dan aku tidak punya janji sampai pukul 10.00 pagi, ketika itu aku harus berada di Karara, dekat Khan Younis, untuk mengambil bahagian dalam Hari Warisan Palestin. Ini menjadi kesempatan terakhir berenang di laut tahun ini.

“Malam sebelumnya, aku menginap di rumah saudara perempuanku, Halima, di bahagian barat Beit Lahia, hanya beberapa minit dari pantai. Kerana letaknya sangat dekat, rasanya sungguh menggoda. Ismail, suaminya [Halima], pergi berenang setiap pagi, bahkan ketika hujan turun.

“Pagi terasa indah saat kami berkenderaan ke pantai. Angin berhembus sepoi-sepoi nan sejuk. Segalanya tampak begitu tenang. Hari ini bakal menjadi hari yang baik, demikian fikirku. Aku berenang sampai jam 7.30 pagi, kemudian mandi di flatku di Saftawi, dekat Kem Jabalia. Pada jam 8.30 pagi aku akan berangkat. Segalanya akan menjadi sangat sederhana,

“Tapi di Gaza, tidak ada yang sederhana. Saat masih remaja, aku rasa kecewa dengan fakta ini. Aku membuat rancangan untuk beberapa minggu ke depan, tetapi kemudian terdengar tentera mengumumkan waktu malam melalui megafon, dari kenderaan tentera yang melawat kem…dilarang berkeliaran sampai ada pemberitahuan selanjutnya.

Mulai dari itu, hingga waktu yang tidak ditentukan pada masa depan, kami tidak dibolehkan meninggalkan rumah; jika kami melakukannya, mereka tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sesuatu kepada kami.

“Bagi seorang remaja, itu bermakna tidak boleh ke sekolah sampai beberapa waktu ke depan yang tidak ditentukan; bererti pula tidak ada pekerjaan rumah kerana tidak ada yang boleh menilainya; bahkan bererti tidak boleh bermain bola sepak dengan rakan-rakan di kawasan permainan pada malam hari atau berkumpul dengan sesiapa pun. Belakangan, aku belajar tidak membuat apa-apa rancangan, bahkan untuk esok. ‘Kita hidup untuk hari ini”, begitu kata ibuku.  

Kami tiba di pantai. Matahari masih terlelap di peraduannya. Di kaki langit, perahu-perahu nelayan kecil terlihat menuju ke pantai setelah semalaman berada di laut. Kami berempat: saudaraku Muhammad, putraku yang baru berusia 15 tahun Yasser, iparku Ismail dan aku.

Aku sedang mengunjungi Gaza dari Tebing Barat. (Atef Abu Saif, A Diary of Genocide: Catatan Pembantaian Palestina 7 Oktober 2023 - 30 Disember 2023, terjemahan dari Don’t Look Left: A Diary of Genocide, Manchester, UK: Comma Press, 2023 oleh Nadya Adwiani, Jakarta Selatan, Indonesia: Penerbit Noura, 2024, hal. 19-21).

Atef tiba pada malam Khamis (5/12/2023), dan setelah selesai merasmikan Hari Warisan Palestin pada Sabtu (7/12/2023), keesokannya (Ahad, 8/12/2023) akan berangkat pulang ke Tebing Barat. Namun semuanya tidak berlaku, pada hari Sabtu bermula Taufan al-AQsa dan keesokannya, IDF melakukan serangan balas. Atef terperangkap di Gaza, tidak dapat keluar yakni pulang ke Tebing Barat bersama puteranya, Yasser.   Atef kemudiannya mendapat kebenaran keluar daripada Gaza, iaitu ke Mesir pada 30 Disember 2023, setelah 83 hari terperangkap dalam Konflik Gaza. Ia merupakan dilema terbesar ‘orang yang terusir’ dan dicengkam oleh rejim haram Israel, sama ada di Tebing Barat mahupun di Gaza.

Sebabnya, biarpun PA diberikan autoriti, setiap pergerakan dan rencana mereka dihidu, diperhatikan dengan prejudis, sebagai bentuk yang boleh mengancam ‘keselamatan’ Israel yang semakin takut terhadap bayangan kejamnya sendiri. Segala-galanya, perlu dihentak dan dibalas dengan tindakan kejam walaupun remaja Palestin hanya membaling batu. Kerana membaling batu sudah dikategorikan sebagai ancaman bersenjata seperti senapang dan tombak oleh rejim ganas sejak mereka trauma dengan Intifada.

Janna yang takjub dengan kebolehan Ahed mengungkapkan perjuangan rakyat Palestin, berhasrat menjadi seorang wartawan dan ciri-ciri ke arah itu sudah pun dimilikinya biarpun diukur daripada perspektif usia, ia adalah seumpama ‘impian kecil’. Janna memberikan apa hala tujunya:

Sesungguhnya aku ingn melakukan lima perkara. Pertama, aku ingin belajar sains politik agar tahu lebih banyak mengenai pemerintahan di seuruh dunia. Kedua, aku ingin menjadi wartawan, tentu saja Palestin pasti sudah merdeka,

“Aku akan melaporkan hal-hal yang menimpa semua kanak-kanak di dunia. Ketiga, aku ingin menjadi seniman untuk menggambarkan segala yang kubayangkan dan membuat pesan ini tersampaikan dengan cara lebih baik. Keempat, aku ingin menjadi perancang busana [fashion designer] untuk merancang lebih banyak gaun tradisional Palestin dan membuatnya sesuai dengan gaya pada tahun-tahun itu. Kelima, dan terakhir, aku ingin menjadi pemain bola sepak, bersama Barcelona, untuk mengharumkan nama negaraku.” (Gadis Palestina, hal.76-77).

Kisah Ahed turut dibandingkan dengan keberanian seorang remaja Pakistan, Malala Yousafzai (lahir 12 Julai 1997). Malala dinobatkan sebagai seorang aktvitis perempuan dan mendapat Hadiah Nobel Keamanan (2017) atas kegigihannya memperjuangkan pendidikan untuk perempuan. Di desa kelahirannya, Mingora, yang berada di Lembah Swat, yang pernah muncul sebagai sebuah destinasi pelancongan popular (musim panas), semuanya berubah apabila dikawal oleh pejuang Taliban.

Malala mendapat pendidikan awal di sekolah yang diasaskan oleh ayahnya, Zainuddin Yousafzai. Setelah dikuasai oleh Taliban, sekolah-sekolah yang menawarkan peluang pendidikan kepada kanak-kanak dan remaja perempuan dimusnah atau diharamkan. Pada tahun 2008, Malala membuat ucapan di Peshawar dan antara kata-katanya yang cukup menyebabkan Taliban marah berbunyi: Berani puak Taliban menarik hak asasiku untuk mendapatkan pendidikan.”

Awal 2009, beliau mula menulis di media sosial (blog) BBC (British Broadcasting Corporation) mengenai kisah hidup dan apa yang dialaminya di bawah kawalan Taliban. Namun, kerana pelbagai ancaman dan kemungkinan yang bakal diterima, Malala berselindung di sebalik nama pena Gul Makai, dan pada akhir tahun tersebut, identiti sebenar Malala diketahui.

Pada 9 Oktober 2012, ketika berada dalam bas sekolah, Malala yang berusia 15 tahun tiba-tiba muncul seorang lelaki bertopeng di dalam bas. Lelaki itu bertanya: Siapa Malala? Setelah rakan-rakan mula memandang ke arah Malala, lelaki bertopeng itu menembaknya. Peluru yang menembus bahagian kiri kepala turut terkena ke bahagian leher. Selain Malala, dua lagi rakannya ditembak. Keadaan Malala ketika itu sangat kritikal dan ia kemudiannya diterbangkan ke sebuah hospital tentera di Peshawar.

Sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang bagi membolehkan otaknya yang membengkak dirawat. Selepas itu, Malala dipindahkan ke Birmingham, England untuk menerima rawatan lanjut. Akhirnya, Malala sedar daripada koma. Namun, Malala terpaksa melalui pelbagai rawatan dan pembedahan, untuk memulihkan kcederaan saraf. Menariknya, Malala disahkan tidak mengalami sebarang kerosakan otak. Mac 2013, Malala memulakan sesi persekolahan di Birmingham.  

Sembilan bulan selepas ditembak oleh Taliban, Malala berucap di PBB, iaitu pada hari ulangtahunnya ke-16. Apa yang menariknya, selagi bernyawa Malala tidak akan mudah menyerah kalah, setiap orang ada hak dan cita-citanya, dan setiap orang tidak boleh dilemahkan oleh orang lain. Malala terus membangkitkan hak-hak asasi dan pentingnya pendidikan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja perempuan. (Malala Yousafzai, dan Christina Lamb, Saya Malala: Gadis Yang Memperjuangkan Pendidikan dan Ditembak oleh Taliban, edisi terjemahan, P.Jaya: ZI Publication, 2016).

Dalam diri Malala ada keberanian yang luar biasa, begitu juga dalam diri Ahed Tamimi. Mereka bangkit melawan tirani dan cengkaman elit politik yang berkuasa, setelah hak dan kebebasan yang sepatutnya mereka nikmati direngut kejam. Malala dan Ahed menjadi dua ikon gadis remaja yang dewasa, berani memperjuangkan hak-hak yang seharunya mereka dapatkan, juga masyarakatnya. Mereka dilihat sebagai ‘orang-orang yang tidak disukai’ oleh orang-orang yang buta isi hatinya, yang tidak melihat orang lain perlukan hal yang sama dan setara dengan kehendak dan keinginan. Malala dari Pakistan ditembak oleh Taliban, Ahed dari Palestin ditangkap waktu malam dan dipenjarakan tanpa melihat kewajaran undang-undang serta syarat yang diperuntukkan secara sejagat dalam undang-undang.

Mereka adalah gadis luar biasa, dalam semangat dan tindakan berani melawan tirani. Mereka menjadi sorotan dunia, di atas keberaniannya, bukan kontroversi yang dibuat-buat sebagai manusia gila nama dan populariti, misalnya, seorang perempuan (Meirivone Rocha Moraes, berusia 37 tahun, di Brazil) menyatakan dirinya hamil anak keempat setelah beberapa tahun berkahwin dengan ‘seorang lelaki’, yakni patung yang diperbuat daripada kain, dan dijahitnya sendiri. (“Wanita kahwini patung dakwa lahirkan ‘anak’, Kosmo, 23 Jun  2022).

Peter Lahti yang menyumbangkan satu bab dalam Gadis Palestina cukup bersedia mengungkapkan bagaimana kental dan beraninya Ahed mengangkat tangan melawan tirani, biarpun dalam arus propaganda yang digunakan oleh Israel, ia jelas menunjukkan bahawa rejim penjajah berusaha keras menipu, dan juga terus menerus ‘menulis sejarah’ berdasarkan mitos dan rekayasa.

(BERSAMBUNG)

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com