“SINGA BETINA” MELAWAN TIRANI ISRAEL (X: AKHIR)

Pada 14 Mei 2018, ulang tahun ke-70 lahirnya negara haram Israel, tulis Peter Lahti: “semua perayaan ini hanya menawarkan kebungkaman mengenai sejarah yang menuntun pada pembentukan Israel: kerana sejarah itu sesungguhnya ditulis dengan darah, darah mereka yang hidup di atas tanah yang dicuri,

Begitu perayaan berakhir, peringatan yang jauh lebih kelam berlangsung pada 15 Mei.  Hari itu diperingati oleh dua belas juta rakyat Palestin sebagai Yawn an-Nakhba – Hari Bencana [Malapetaka]….mengacu pada perang yang dilancarkan terhadap rakyat Palestin, ketika hampir satu juta orang diusir dari tanah kelahiran mereka pada 1948.

Hari itu, dan semua konsekuensi dari apa yang terjadi kemudian, secara tidak terhindarkan bercokol dari apa yang terjadi kemudian, secara tidak terhindarkan bercokol sebagai duri di dalam hati semua rakyat Palestin, juga di dalam diri Ahed.

Ini bukan kerana orang tua yang mengajari anak mereka untuk membenci, seperti yang dinyatakan oleh propaganda anti-Palestin agar kita percaya. Namun, anak-anak Palestin tumbuh besar dengan kesedaran bahawa orang tua, datuk nenek, dan moyang mereka telah mengalami jenis terror dan ketidakadilan yang sama seperti yang kini mereka hadapi.

“…itulah respons atas tujuh dekad penderitaan….yang dihadapi keluarga Ahed dan saudar-saudara sebangsanya, di tangan senapang tentera. Sebuah senapang, yang pada hari itu pada Disember 2017, direpresentasikan oleh tentera Israel yang memasuki kebun keluarga Tamimi.

Sambung Peter Lahti, sejarahnya cukup tidak bertepatan apabila ada mendakwa bahawa konflik dan perlawanan –Israel dan Palestin – bermula dengan andaian, orang Islam dan orang Yahudi tidak pernah hidup berdampingan. Ia adalah “kenyataan yang keliru. Konflik itu tidak diciptakan oleh petani Arab yang telah mengerjakan tanah di Palestin selama ratusan tahun, juga bukan tetangga Yahudi mereka, atau orang Yahudi kebanyakannya kabur dari progrom dan rasisme di Eropah.

“Konflik itu diciptakan oleh ambisi imperialis para elit penguasa, yang menggunakan agama dan nasionalisme demi kepentingan mereka sendiri. Untuk membuktikannya, kita perlu melihat sejarah Palestin dan bagaimana konflik itu tercipta.

Sepuluh tahun silam, seorang Yahudi hidup sebagai saudara Utsmaniyah yang dicintai oleh semua bangsa Utmaniyyah. …hidup di wilayah yang sama, anak-anak mereka pergi ke sekolah yang sama. Kaum Zionis mengakhir semua itu dan mencegah pembauran dengan penduduk peribumi. Mereka memboikot bahasa Arab dan pedagang Arab, dan menyatakan niat mereka untuk merebut negara itu dari penduduknya [dipetik dari Ian Black (2017), Enemies and Neighbours: Arab and Jews in Palestine and Israel, 1917-2017] “ (Gadis Palestina, 101-103)

Menyusuri sejarah kemasyarakatan di Palestin, ia jelas biarpun berbeza agama – Islam, Yahudi dan Kristian – pada era pemerintahan Islam, tidak muncul konflik berdarah yang besar, yang boleh dianggap sebagai perang antara agama. Bagi Peter Lahti, semasa pemerintahan Empayar Utsmaniah, ‘bangsa Yahudi dan bangsa Arab hidup dengan aman dan harmoni di Palestin.

Pada Abad ke-19, sebahagian besar orang Yahudi dan orang Arab hidup berdampingan dalam komuniti bercampur. Daerah Yahudi telah ada waktu yang sangat lama di Jerusalem, tetapi itu sama sekali tidak unik bagi Palestin, kerana daerah atau jalanan Yahudi semacam itu ada di banyak kota Arab dan juga non-Arab lainnya.

“Namun, semuanya berubah, dan alasan perubahan itu tidak boleh ditemukan di dalam Palestin. Benih-benih konflik itu berasal dari luar, dari kekuatan-kekuatan barat yang imperialis.

“Zionisme terutama menyatakan dirinya sebagai gagasan bahawa orang Yahudi punya hak untuk, dan harus, membentuk negara bangsa yang terpisah. Zionisme menjadi kecenderungan politik di antara orang Yahudi di Eropah pada akhir abad ke-19.

“Gagasan bahawa setiap bangsa berada di negara bangsa mereka sendiri berkembang. Namun, begitu juga anti-Semitisme dan, setelah merebaknya progrom skala besar ke Kaisaran Rusia pada 1881-1882, eksodus orang Yahudi di Eropah dimulai. Minoriti yang sangat kecil bermigrasi ke Palestin (sekitar 35,000 orang pada tahun 1903, sempalan kecil dari dua juta orang Yahudi yang bermigrasi ke Amerika Syarikat pada 1914).

“Pada 1896, Theodore Herzyl nenerbitkan buku Th Jewish State, yang bicara mengenai Palestin sebagai ‘tanah kelahiran bersejarah kami yang terlupakan.” Kongres Zionis pertama diselenggarakan di Basel pada 1897, dan World Zionist Organization didirikan, yang tujuannya adalah mendapatkan rumah yang dikenal secara luas di Palestin, ‘untuk bangsa Yahudi”. PAda saat itu ada lapan belas koloni Yahudi di negara itu.

“Inilah puncak kolonialisasi Eropa atas dunia, Perancis menaklukkan Aljeria pada 1840-am dan merebut Tunisia pada 1881. Bersama-sama dengan Mesir, mereka membangun Terusan Suez yang dibuka pada 1869 dan yang, pada 1875, dikuasai bersama oleh Perancis dan British, yang ingin mengamankan rut-rut laut dan darat menuju koloni terpenting mereka, India.

“Pada tahun 1882, tentera British menduduki Mesir dan Kuwait menjadi protektorat Briish pada 1899. Para penjajah mencurigai adanya cadangan minyak besar di wilayah itu, dan ladang minyak besar pertama di wilayah itu ditemkan di Parsi (Iran) pada 1908, sehingga meningkatkan minat imperialisme Barat atas wilayah itu, Moroko  jatuh di bawah kekuasaan Perancis pada 1912.” (Gadis Palestina, hal. 103-105).

Melihat kepada faktor sejarah, jelaslah bahawa kepentingan negara-negara Arab cukup dikaitkan dengan kedudukannya yang strategik dan kepemilikan sumber alam yang besar. Hal itulah juga merupakan faktor kenapa kuasa-kuasa Eropah menjelajah ke seluruh dunia, yang awalnya berteraskan tujuan perdagangan, akhirnya bertukar menjadi koloni mereka setelah memahami kekayaan sumber yang besar.

Secara strategiknya, mereka bukan sahaja ingin menguasai sumber alam, juga mengawal laluan sehingga membentuk kuasa monopoli, dasar perlindungan dan pembahagian ‘aset’ yang sebenarnya bukan milik mereka, sebagai kaedah mengelakkan perbalahan dan konflik kepentingan antara kuasa-kuasa penjajah. Misalnya, bagaimana Inggeris dan Belanda menandatangani perjanjian antara mereka pada tahun 1824, dengan membahagikan wilayah jajahan antara mereka – Tanah Melayu dikuasai British dan Indonesia oleh Belanda – walhal sebelumnya berada dalam kewilayahan Nusantara.

Oleh kerana orang Yahudi adalah beban kepada Eropah, kuasa-kuasa besar Eropah bersetuju untuk menyelesaikan ‘masalah Yahudi’ dengan menyediakan dasar yang kukuh bagi pembentukannya, dengan apa cara sekalipun, dengan impian apabila negara Yahudi terbentuk, maka sebahagian masalah yang timbul dalam kalangan orang Yahudi di negara mereka dapat diselesaikan.

Itulah sebabnya kenapa British dan Perancis boleh bersepakat – Perjanjian Skyes-Picot 1916 dan Deklarasi Balfour 1917 – dan kemudiannya dijadikan asas yang kuat pembentukan negara haram Israel oleh Amerika Syarikat dengan menggunakan pengaruhnya di dalam PBB pada tahun 1948. Menteri Luar British, Arthur Balfour pada 2 November 1917 bekata:

Pemerintahan Yang Mulia memandang positif penetapan Palestin sebagai rumah nasional bagi bangsa Yahudi, dan akan mengerahkan upaya terbaik mereka untuk memudahkan pendapaian tujuan itu. “(Gadis Palestina, hal.107).

Sejarah itulah yang menjadi kisah duka buat Palestin dan negara-negara Arab keseluruhannya. Sejarah duka itulah yang membawa kepada keadaan yang tidak stabil dan harmoni di Timur Tengah, yang semakin sehari semakin memperlihatkan perpecahan besar dalam kalangan negara-negara Arab, atas sebab berusaha mempertahankan kedudukan dan ekonomi masing-masing.

Dalam analisis Dr Yusuf al-Qaradhawi (9 September 1926- 26 September 2022) mengenai kekalahan dunia Arab (umat Islam) dalam Perang Enam Hari (Jun 1967), jelas memberikan gambaran, kekalahan umat Islam dalam melawan Zionis dan pendokongnya, disebabkan umat Islam sendiri telah melupakan semangat al-Qur’an.

Perang Enam Hari (1967) merupakan titik tolak kedua terbesar selepas negara haram Israel ditubuhkan (1948), yang telah mengubah peta dan wilayah kekuasaan umat Islam. Berdasarkan sejarah zaman Nabi Muhammad SAW, kekalahan terbesar tentera Islam ialah Perang Uhud, namun dalam peperangan yang lain, umat Islam mencapai kecemerlangan kerana bersatu tekad dan tindakan, dalam semangat jihad.

Dalam Perang Uhud, kekalahannya kerana ada kecenderungan lain sehingga melupakan tujuan asal mereka berperang. Itulah yang berlaku, dalam rentetan peperangan melawan Zionis Israel, yang sebelumnya menggambarkan sikap sebenar negara-negara Arab yang bersengkongkol dengan kuasa-kuasa Eropah untuk menjarakkan diri daripada kuasa Empayar Utsmaniah. (Yusuf Qaradhawi, Pelajaran Daripada Perang Arab-Israel 1967, terjemahan dari Dars al-Nakbah al-Thaniyah: Limadha’ Inhazamna wa Kayfa Nantasir (1968) oleh Abu Abdillah, Melaka: Sriti Darul Qurro, 2024).

Ahed mewarisi makna sejarah tersebut dan sebab itulah dalam dirinya cukup kental untuk melawan tirani Israel yang telah mengekang, menzalimi dan membumihanguskan leluhurnya. Meskipun terpaksa mengalami pengalaman yang tragik, dalam situasi trauma dengan apa yang dialami, Ahed muncul dengan beraninya dalam usia yang sangat muda, dan melontarkan sebuah kenyataan yang boleh menyebabkan ramai orang mula melihat semula perihal Palestin bukan sekadar konflik sebuah wilayah, ia menjangkau kepada konflik sejagat yang memerlukan penyelesaian radikal daripada kuasa-kuasa besar dunia.

“…. Demi martabat, aku tidak ingin kesedihan untukku, dan tidak ingin kalian mengasihaniku.  Aku ingin kalian melihatku sebagai pejuang kemerdekaan, bukan korban.  Ketika kalian melihatku sebagai pejuang kemerdekaan, ini bererti kalian masih mendukungku dengan cara yang nyata, seperti kami mendukung kalian sebelumnya [selama Apartheid]. 

“Kami tidak ingin kalian melihat kami sebagai korban, lalu mengirim wang, kami tidak menginginkan wang kalian, kalian punya banyak orang miskin di negara kalian, kalian boleh memberikan wang kalian kepada orang-orang miskin kalian’ …. Ahed menyentuh poin utama dalam perjuangan dan gagasan keseluruhannya.  Aku memahami teorinya, tapi dia mungkin menyentuh gagasan utama-nya.”  (Gadis Palestina, hal.93)

Tegas Ahed lagi: “Saat ini, ketidakadilan terjadi di seluruh dunia.  Kita harus memperluas perjuangan kita untuk satu sama lain, demi mengakhiri semua ketidakdilan dunia.  Kita semua adalah korban dari semacam pendudukan.  Kita tidak akan membiarkan siapa pun menderita sendirian.”  (Gadis Palestina, hal. 226)

Atas keberanian Ahed mempengaruhi Jim Fitzpatrick, seniman Ireland yang sebelumnya ernah melukis gambar ikonik pejuang revolusioner terkenal Aregentina, Che Guevara (Ernesto ‘Che’ Guevara, 1928-1967), “telah melukis potret Ahed sebagai wonder women pemberani dan menyumbangkan lukisan tersebut secara percuma untuk gerakan kemerdekaan Palestin. Menakjubkan kerana Ahed boleh menjadi emblem ikonik untuk gerakan positif itu.(Gadis Palestina, hal. 41)

Namun, sanjungan dan pujian di atas keberanian Ahed itu bukan bermakna Palestin boleh dimerdekakan oleh Ahed seorang, ia memerlukan perjuangan semua pihak, Apa yang perlu dan wajib dilakukan mulai sekarang, ialah meningkatkan tekanan antarabangsa ke atas Israel dan mencari jalan bagaimana ‘memaksa Amerika Syarikat dan sekutunya’ menjarakkan diri dengan Israel, kerana selagi Israel menerima bantuan dan dokongan Rumah Putih, selagi itulah elit politik Israel besar kepada, mereka merasakan diri mereka ‘sangat kebal’.

Biarpun ada yang merasai sangsi untuk berbuat demikian, kerana Amerika Syarikat sangat ‘gila perang’, dan hidup dalam zaman miden dengan ‘hukum rimba’, jalan yang ada ialah meruntuhkan hegemoninya. Hala tuju kea rah itu sudah dimulakan, tetapi sejauhmanakah negara-negara kecil, yang banyak bergantung kepada eksport produk ke negara barat mampu berhadapan dengan reaksi keras Washington. Inilah menjadi kebimbangan dan cabaran, yang tentunya akan dihadapi apabila Donald Trump kembali berkuasa sebelum akhir Januari 2025.

Semua orang tahu, semasa berkuasa pada period 2017-2021. Donald Trump yang berdarah keturunan Yahudi dan sangat mendokong Israel telah melakukan perubahan dasar luar negara, yang memperlihatkan perubahan pendirian beberapa negara Arab dalam normalisasi dengan Israel. Deal of Century (2017) yang diusahakan oleh menantunya, Jared Kruschev akhirnya menjadi Stealth of Century, setelah ramai menyedari helah dan penipuan di dalamnya. Namun, kali ini, Donald Trump sudah pun mengancam akan membakar Gaza sekiranya tahanan Israel tidak dibebaskan sebelum 20 Januari 2025, hari beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-47.

Mungkin ada kendala yang mungkin Trump berfikir semula, apabila pada 8 Januari 2025, dua daerah di California dijilat api dari langit menyebabkan 26 orang terkorban, puluhan ribu rumah terbakar hangus dan kawasan perumahan mewah Palisades dibakar ‘burung Garuda’, Hollywood hangus dan ratusan ribu penduduk dipindahkan. Sehingga 13 Januari 2025, tanda-tanda api akan terpadam sepenuhnya belum berlaku (dengan menggunakan pelbagai alat dan jentera canggih), bahkan diramalkan akan merebak lebih pantas akibat angin kencang yang bertiup. (Sinar Harian, 13 Januari 2025).

Akibat ketidakadilan dan memberi sokongan kepada kelompok yang salah, Amerika Syarikat terus digelar sebagai negara pariah, dan cukup bermasalah ketika ini. Ia akan menambahkan lagi masalah apabila Donald Trump semakin risau dan bimbang dengan konflik Gaza, yang tidak menampakkan akan segera berakhir, dan Israel juga gagal dalam usahanya menhapuskan Hamas. Hamas masih hidup dan berjuang, walaupun ramai pemimpin mereka berjaya dibunuh.

Begitu juga dengan semangat dan pendirian Ahed, ikon baharu dalam perjuangan melawan Israel, walaupun ditekan, dipenjara dan dihina, perjuangan membebaskan tanah leluhurnya tidak akan terhenti, selagi bernyawa. Ahed tidak pernah menyesal dan mati semangat, akan terus berjuang melawan tirani yang dianggap oleh semua manusia berakal tidak sepatutnya hidup dalam kalangan manusia yang beradab.

Tiga insiden yang membabitkan Ahed- (1) 28 Ogos 2015, ketika berusia 14 tahun, menggigit tangan seorang askar Israel ketika berusaha menangkap seorang kanak-kanak Palestin; (2) 15 Disember 2017, menampar muka seorang tentera lengkap bersenjata yang cuba mencari ruang berlindung dan lokasi strategic untuk menembak penunjuk perasaan (dipenjarakan selama lapan bulan, 19 Disember 2017 hingga 29 Julai 2018); dan (3) 6 November 2023 ditahan kerana didakwa mengancam membunuh semua askar dan peneroka haram Israel (dibebaskan pada 29 November 2023) – tidak akan mematahkan semangatnya, malah menjadi semakin matang dan kental untuk bertindak.

Ada yang memberikan harapan, kemunculan Ahed selepas Arab Spring (2010-2015) akan membawa sinar baharu kepada perjuangan anak muda Palestin, kerana mereka bukan sahaja lebih terpelajar, malah lebih bijak mengintasi peluang yang terbuka luas daripada kemunculan teknologi komunikasi. Mereka telah berjaya mengubah persepsi masyarakat dunia, dan mereka bergerak dalam strategi ‘tanpa keganasan’ melangkaui ‘baling batu’ dan sedang menuju electronic intifada.

Kalau Intifada yang dimulakan oleh Hamas selepas kecewa dengan PLO yang menandatangani Perjanjian Oslo (1993), maka intifada secara elektronik ini pada suatu ketika akan merebak ke tahap pemulauan yang lebih meluas terhadap Israel dan sekutunya. Kalau strategi BDS- Boycot, Divestment and Sanction – yang dimulakan secara kecil-kecilan oleh dua orang rakyat Palestin pada tahun 2005 (Omar Barghouti dan Ramy Shaat), kini ia semakin diterima sebagai satu tindakan yang wajar. Kesannya cukup jelas pada tahun 2024, apabila rangkaian produk makanan segera Amerika Syarikat mengalami kerugian besar, apabila dikaitkan dengan bantuan dan kerjasama terhadap Israel.

Demonstrasi menentang pembabitan syarikat Amerika Syarikat dalam pelaburan di Israel merebak ke seluruh bandar besar dan universiti-universiti, di Amerika Syarikat, Eropah dan Australia. Ia menunjukkan bahawa Amerika Syarikat tidak lagi boleh bersembunyi dan menuding jari, kerana setiap rakyatnya semakin sedar dan memahami apa itu kebebasan hak asasi, hakikat kehidupan dan makna perikemanusiaan, juga kepetulangan dan pengkhianatan settler-colonialism.

Semakin ramai ahli akademik muncul mempertikaikan dasar luar Amerika Syarikat terhadap negara-negara membangun, negara-negara Arab dan lebih lantang ialah perihal Palestin. Dalam jangka masa panjang, tentunya kemenangan akan berpihak kepada pendekatan ‘tanpa keganasan’, dan perjuangan anak muda Palestin (generasi milenial) akan menjadi anjakan yang lebih hebat, kerana mereka sekarang sedang mempengaruhi pembentukan imej dan pendapat awam, yang secara tidak langsung menolak propaganda dan usaha Israel untuk menulis semula sejarah Palestin.

Israel tidak akan mampu memadamkan kisah jenayah dan pengkhianatannya, kerana ingkar kepada arahan Tuhan dan menipu semua orang bahawa merekalah yang berhak ke atas bumi Palestin, sedangkan mereka lebih tiga ribu tahun melarikan diri daripada tanah Kanaan.  Usahanya menuntut ‘tanah yang dijanjikan’ akan kekal sebagai mitos dan pembohongan, seperti mana masyarakat dunia berjaya membuktikan bahawa bumi Palestin adalah hak milik orang Palestin, bukan kepunyaan Yahudi-Zionis.

Jiwa dan semangat Ahed terus kekal dalam perjuangan anak muda Palestin, kerana Ahed menjadi simbol terbaharu generasi milenial yang bangkit melawan tirani dengan cara ‘tanpa keganasan’ dan bersedia bertembung di medan maya, walaupun ada sekatan dan halangan oleh segelintir penerajunya (Meta, X, dan sebagainya). Masih banyak lagi laman sosial yang akan bermunculan, yang bukan datang daripada belahan Amerika Syarikat, dan tentunya, akibat kebakaran di California, sedikir sebanyak firma teknologi di Lembah Silikon akan bersimpang siur dalam kepayahan.

Generasi milenial akan memanfaatkan mana-mana laman sosial, dan ia sudah terbukti bahawa TikTok sangat popular sehingga membimbangkan Amerika Syarikat.  Amerika Syarikat bukan sahaja takut dengan kepintaran pengasas TikTok, bahkan beberapa lagi laman sosial yang sedang meningkat naik menyanggah kedudukan Meta dan X, dan tentunya, Donald Trump juga akan meningkatkan pencapaian “Truth Social” yang dimilikinya.

Namun, generasi muda Palestin tidak banyak yang akan menjadi pelanggan “truth Social” dan X pada masa hadapan, kerana mereka juga bencikan Donald Trump dan Elon Musk. Sebelum berkuasa, Donald Trump dan Elon Musk sudah membuat kacau, termasuklah keinginan Trump untuk membeli Alaska, Musk pula merobekkan penguasaan kenderaan elektrik China di Eropah, dengan memperkuatkan Tesla, dan lebih teruk lagi, generasi milenial Palestin meluahkan kekecewaan dengan lebih keras, berstrategi dan meluas sekiranya Donald Trump gagal mendisiplinkan Israel untuk menghormati resolusi PBB dan menghentikan keganasan, penjarahan dan menghormati hak rakyat Palestin.

Namun, yang sedang ditunggu oleh masyarakat dunia apakah PBB mampu menghukum Israel, tanpa mempedulikan tekanan Amerika Syarikat dalam penentuan kes amalan apartheid yang dimohon oleh Afrika Selatan sejak lebih setahun lalu. Apakah PBB terus akan menjadi alat ‘keangkuhan Israel’ apabila terpaksa tunduk terhadap tekanan Washington dan Donald Trump kembali merendahkan setiap resolusi dengan menggunakan kuasa veto? Persoalan itulah yang sedang menjadi teka-teki. Pada musim lalu, oleh kerana resolusi PBB sebahagiannya menyebelahi Palestin, Trump mengambil keputusan menghentikan dana kepada UNESCO dan beberapa pertubuhan dibawah PBB.

Atau, Palestin akan menjadi realiti, sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, yang tidak lagi dapat dikawal dan diduduki oleh Israel, dengan ketetapan baharu: semua pelarian Palestin diberikan hak untuk pulang ke Palestin, dan Israel menyerahkan semua tanah-tanah yang didudukinya. Itulah harapan terbesar dalam abad ini, yang benar-benar membawa Deal of Century, bukan mencuri atau licik bersembunyi di dalam ‘janji kosong’ dan penghinaan.

Seperti sebut kata Peter Lahti: …rakyat Palestin akhirnya boleh menentukan nasib mereka sendiri. Dengan mendokong Ahed Tamimi dan mendokong perjuangan Palestin, kau boleh membantu mewujudkan ini.” (Gadis Palestina, hal.141)

Rakyat Palestin bangkit berlawan, kata Manal Tamimi, kerana : “…perlawanan kami adalah terhadap sebuah sistem, terhadap negara Israel, bukan terhadap individu, jadi bukan terhadap orang Israel kebanyakan. Dan, pada saat kau berdiri di depan seorang tentera berseragam, ada aktivis-aktivis Israel di sampingmu yang kau perlakukan sebagai saudara atau teman. Jadi, kami tidak melukai individu, tetapi melukai sistem dan seragam.

“Kami harus terus membuat anak-anak ini terdidik dan waspada dan ambil bahagian dalam perlawanan…agar mereka boleh dan mampu.”  (Gadis Palestina, hal. 196)

Di situlah telah dimulakan oleh Ahed Tamimi, dengan kaedah dan pendekatan yang berbeza (nonviolent), yang menyebabkan seluruh sistem Israel dipermalukan, sebahagian besar propagandanya musnah seumpama hilangnya adiwira ciptaan Hollywood (Superman, Batman, Captain America, Marvel, Hulk dan sebagainya, yang dipropagandakan sebagai ‘penyelamat’), tidak mampu menyelamatkan wilayah rayapan mereka yang dijilat api ketika ini.

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com