2025 KITA TINGGALKAN: KENANGAN DAN PELAJARAN

Tahun 2025 telah melabuhkan tirainya tepat jam 12 malam tadi. Hiruk pikuk bunyi kanak-kanak mendongak langit cukup meriah walaupun kebiasaannya mereka sudah tidur. Tetapi, pada malam tadi ramai yang membawa anak-anak ke beberapa lokasi untuk menonton percikan bunga api di langit Kuala Lumpur yang ikut "gila" menyambut tahun baharu dalam pesta pora.

Oleh kerana ramai yang berjaga hingga ke larut malam, ramai pula yang bangun lewat pada hari pertama tahun 2026, yakni tahun baharu yang diharapkan akan menjadi sesuatu yang lebih baik daripada tahun 2025. Sebenarnya, kita harus merenung semula, kerana tahun 2025 adalah suku abad pertama dalam period Abad ke-21 yang sudah banyak berubah dan mengubahkan kita untuk berfikir, bertindak dan menyesuaikan diri dengan zaman yang terkenal dengan era digital. Kita kini sedang sibuk menyambung kemajuan teknologi dalam era digital kepada satu lagi fasa yang dianggap cukup besar dan berpengaruh, era kecerdasan buatan atau artificial intelligence, ringkasnya AI.

Kita susur kembali bagaimana era digital bermula. Ia berlaku pada tahun 1990-an, iaitu pertengahan dekad terakhir Abad ke-20. Ia menjadi sesuatu cukup menyentak cara kita bekerja dan berfikir sehingga ada ungkapan yang kita dengar, business not as usual. Maksudnya, urusan seharian kita bukan lagi cenderung memasakkan tradisi, kita perlu beradaptasi dengan kecanggihan teknologi yang sebahagiannya bukan ciptaan dan dimiliki oleh kita. Ada pihak lain yang memilikinya, kerana mereka bukan sahaja tekun belajar, mereka juga berani mencuba sehingga teknologi itu menjadi sesuatu yang mudah diguna (compatible), cepat dan berfaedah walaupun faedahnya hanya dalam bentuk cara memproses, bukan menuju kepada pencarian yang asasi, iaitu kebenaran.

Ia menjadi sesuatu yang cukup gawat dan fobia pada permulaannya apabila komputer, visual berjaya digandingkan bersama dalam satu perjalanan "peradaban baharu" yang dipercepatkan oleh internet, dan kota mula menyebutnya juga "real time". Ertinya, kalau sebelumnya kita agak terlambat mendapat maklumat di belahan dunia yang alami waktu yang berbeza, tetapi kini tidak lagi. Kalau dahulu kita bergantung kepada media konvensional, kali ini tidak lagi. Bahkan media konvensional dilihat semakin ketinggalan, bukan sahaja lambat juga terlalu banyak "penapisan, canalisation"; kerana ia tertakluk kepada pemilik dan undang-undang serta hasrat tertentu. Maka, kemajuan dalam konvergensi audio, visual dan mobiliti data itu menyebabkan media konvensional ketinggalan, bahkan sebahagian besarnya sudah ditalqinkan.

Itulah yang tahu tentang suku pertama Abad ke-21 yang telah maju teknologi dan dalam masa yang sama, kita juga turut trauma kerana globalisasi bukan lagi konsep yang ditakuti atau digeruni, kerana globalisasi sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Kita akan teruskan pada suku abad kedua yang kita mulai tahun ini, iaitu bermula hari ini. AI akan menjadi fasa pengangkutan digital yang sangat cepat dan tentunya, dalam kecepatan itulah kita akan mula terasa akan kehilangan banyak perkara. Kita akan kehilangan kerana kita alpa dan juga kerana kita hanyalah pengguna bukan pencipta teknologi berkenaan, yang mampu menapis setiap keburukan atau apa yang tidak mahu. Kawalan sosial sudah menjadi semakin kehilangan makna, maka nilai sosial baharu akan mengambil peranan walaupun nilainya bercanggah dengan norma yang sekalian lama kita pertahankan.

Kita lihat sahaja apa yang berlaku dalam kesejatian kita, baik nilai budaya, politik mahupun agama. Perubahan budaya, makin ramai yang bertelagah di media sosial kerana itu adalah jaminan kebebasan berekspresi sehingga terlupa, kebebasan itu telah membunuh nilai diri sendiri. Kita ambil sahaja contoh, bila pasangan artis bercerai. Cerita mereka heboh dan kadangkala menjadi satu bentuk kegilaan yang tidak sepatutnya disosialisasikan. Ya kita tahu, apa yang menjadi sesuatu yang cukup terkilan apabila Fazura memberitahu, sejak mereka berkahwin, Fattah tidak memberikan "angpow" atau duit raya, sama ada untuk dirinya atau anak tunggal mereka, Fatimah.

Maka ramailah juga wanita bersungut perkara yang sama, sedangkan "angpow" itu bukanlah hal yang wajib, ia adalah perkara yang sunat. Begitu juga bila Uqasha Senrose memfailkan penceraian di mahkamah terhadap suaminya, Kamal Adli dengan natijah saling menyalahkan. Sehingga orang awam pun mula bercakap apa dah jadi dengan majlis perkahwinan gilang gemilang akhirnya runtuh hanya kerana masing-masing cuba mempertahankan ego sendiri.

Kenapa sering berlaku konflik dalam rumah tangga sedangkan hakikat perkahwinan itu adalah sesuatu yang cukup mulia dan dituntut oleh agama? Apakah sosialisasi perkahwinan zaman sekarang sangat identik dengan media sosial? Jika suami enggan bergambar bersama isteri, dalam setiap momen yang dianggap romantik menjadi petunjuk kerukunan rumah tangga sudah tidak ada lagi? Benarkah romantisme itu cukup wahid sebagai penentu kelangsungan sebuah rumahtangga? Apakah hanya romantis sahaja menjadi menu dalam kehidupan keluarga bahagia, atau menepati makna cinta sejati?

Gaduh dalam keluarga sepatutnya diselesaikan secara berhemah, bukan dengan cara saling mengecam di media sosial sehingga yang tidak berkaitan pula mula berbincang hal yang bukan-bukan secara spekulasi. Di situlah kita semakin menjadi bingung, kita bingung kerana kehidupan moden semakin berkerangkakan manipulasi dan penceritaan diri. Sedangkan kita tahu, pencitraan itu sebenarnya bukan hal yang dituntut untuk peragaan umum. Sepatutnya pencitraan yang baik berlaku antara pasangan, bukan satu bentuk exhibit awam.

Fenomena itu menjadi satu bentuk realiti baharu dalam dunia digital yang memancing emosi dan poket sendiri. Alih-alih yang untungnya ialah pengendali media sosial dan pembekal teknologi, kerana semakin ramai pelanggan maka semakin kuatlah mereka. Mereka tidak peduli hal-hal yang meruntuhkan nilai sosial, budaya dan agama, kerana mereka perlukan ialah sebanyak mana dapat wang dan menjadi kuasa membangun citra di dalamnya. Kalau dahulu, kita kenal seorang jurujual yang berjaya ialah mereka yang mampu menjual produk dalam jumlah yang besar.

Kini, kita beralih kepada pempengaruh, kerana merekalah yang membuat rekomendasi produk ataupun mempengaruhi orang lain untuk membeli produk tertentu, kerana dirinya menjadi duta produk. Walhal, kita tahu duta produk sendiri pun tidak memahami dengan jelas produk itu, termasuklah bahan-bahan yang digunakan. Sebab itulah kata Tom Nichols, orang lebih percayakan pempengaruh berbanding pakar atau ahli sesuatu bidang itu sendiri. Istilah yang digunakan ialah Matinya Kepakaran, Death of Expertise (The Death of Expertise: The Campaign Against Established Knowledge and Why it Matters, 2017) .

Doktor pun kalah bila memberi nasihat ubat, kerana gadis genit yang seksi adalah pelarisnya. Ubat kuat laku keras, walhal, visual yang dipertontonkan itu adalah klip filem lucah, dan promoternya bukanlah mereka yang benar-benar jujur dengan isu seks. Mereka memerlukan komisen atau dibayar imbuhan untuk berbuat demikian sebagai review yang berdasarkan imaginasi atau mesej yang mengghairahkan (misleading).

Bukan itu sahaja, kita yang semakin berubah menjadi pembeli online juga kadangkala kecewa. Kita kecewa kerana apa yang kita beli itu tidak sama dengan apa yang kita bayangkan menerusi visual kempen, sama ada dalam bentuk saiz mahupun kualitinya. Kita sebenarnya ikut menjadi pemangkin kepada penipuan online, kerana sebahagian daripada kita cukup percaya tanpa melihat barangan itu sendiri. Ya! Penipuan dalam talian semakin menjadi masalah besar dalam kehidupan kita, kerana kita sebenarnya tidak berhati-hati.

Ertinya, kita sendiri yang menggalakkan scammer sanggup berbuat demikian, sebabnya, digitalisasi itu mendedahkan kita kepada maklumat peribadi. Akaun kita cukup mudah dijual atau dikongsikan oleh pihak tertentu. Kalau bukan begitu, kenapa pihak terbabit dengan mudah boleh mengetahui nombor MyKad, kita hanya diminta mengesahkan empat nombor terakhir. Kesemuanya ini sudah berada dalam rangkaian penipuan yang cukup kuat bersindiket.

Bukan kecil kita kehilangan apa yang menjadi milik kita, termasuk wang yang kita simpan dalam institusi kewangan. Misalnya dalam tempoh sebelas bulan 2025, keseluruhan kerugian yang berlaku ialah RM 2.7 bilion, itu yang dilaporkan. Tentunya, masih banyak lagi kes yang tidak dilaporkan, terutama yang membabitkan jumlah yang kecil.

Kalau sebelumnya kita terkejut dengan angkara Aman Syah Ahmad yang berjaya mencuri beberapa sen dalam akaun pelanggan Hock Hua Bank, sehingga beliau mampu membeli beberapa buah kenderaan mewah.beliau hanyalah seorang eksekutif bank, tetapi dengan "mencuri satu sen" dalam setiap akaun pelanggan dalam tempoh yang panjang, hasilnya cukup "menggetarkan", RM 4.1 juta. Ia berlaku sekitar tahun 1990-an setelah komputer menjadi nadi pengurusan bank.

Tahun 2026 akan menjadi tahun yang mendukacitakan bagi kanak-kanak kerana yang berumur kurang 16 tahun tidak lagi dibenarkan membuka akaun media sosial. Sekatan itu bertujuan untuk mengekang kanak-kanak daripada pelbagai bentuk jenayah yang disumbangkan oleh media sosial. Antaranya, buli siber, seks dalam kalangan kanak-kanak dan sebagainya. Begitu juga dengan pelbagai bentuk pengetahuan yang mereka boleh dapat dalam media sosial, kerana sebahagian daripada pengetahuan itu adalah "tidak benar", termasuk persoalan kehidupan seks.

Sebenarnya, remaja paling banyak mendapat gambaran seksual daripada media sosial selepas rakan sebaya. Ini kerana sistem pembelajaran dalam keluarga tidak berfungsi dengan begitu baik, dan sebahagiannya kerana pengetahuan seksualiti itu dianggap terlalu taboo, dilarang. Kalau diberikan jawapan apabila anak-anak bertanya, ia dibuat secara tidak memadai dan kadangkala semakin tidak dapat difahami. Sepatutnya keluarga boleh memberikan pengetahuan mengenainya secara berkesan, termasuk berdasarkan pandangan agama.

Kita sebenarnya dipengaruhi oleh budaya dan sosial. Begitu juga makna cinta, kerana kita sendiri pun tidak mampu memaknakan cinta yang wajar dan bertanggungjawab. Kita hidup dalam situasi "jangan" lebih banyak daripada memberikan penjelasan agar mudah difahami. Saya teringat sebuah artikel yang ditulis oleh seseorang dalam sebuah majalah bagaimana dirinya mula belajar mengenai seksualiti. Dia mula memahami seksualiti itu daripada kucing peliharaan keluarga yang mengiau pada musim mengawan.

Akhirnya, kucing itu keluar mencari pasangan dan beberapa minggu kemudian, kucing peliharaannya mula menunjukkan perubahan tubuh, perutnya mula memboyot. Kemudian melahirkan beberapa ekor anak. Ia terus membuat kesimpulan, jika kucing terlalu kerap mengiau waktu malam, ia bermaksud kucing itu sedang berusaha melepaskan diri seketika untuk mengawan.

Apa yang sepatutnya, ahli keluarga boleh mendidik anak-anak mereka, terutama remaja tentang hubungan antara lelaki dan perempuan, secara berprinsip dan bertanggungjawab. Sedikit sebanyak pengetahuan itu akan memandu anak-anak tidak terjerumus ke dalam situasi pergaulan bebas, dan aktiviti lepas laku. Kerana ibu bapa terlalu banyak "melarang tanpa penjelasan memadai", anak remaja lebih percayakan kawan, rakan sebaya dan apa yang didapati daripada media sosial. Itulah yang menjadi punca bagaimana akhlak semakin semakin sehari semakin tergelincir.

Namun, sebahagian besar daripada masyarakat hanya suka menyalahkan orang lain, tetapi tidak bersedia mencari solusi apakah kesalahan sendiri yang menyumbang kepada masalah tersebut. Seharusnya tahun baharu kita berfikir bagaimana untuk menukar paradigma berfikir, bersepakat dalam menyelesaikan sesuatu masalah, kerana kita sendirilah sebenarnya menjadi benteng terhadap kebejatan sosial yang kita sendiri mengeluh.

Pada permulaan tahun baharu ini sebaik-baiknya kita sesama memulakan iltizam membangunkan keluarga yang bahagia, bukan sekadar azam tetapi menterjemahkannya sebagai tindakan dan rasa tanggungjawab. Isteri menjadi seorang yang sanggup menerima apa adanya pada suami dan tidak menceritakan keburukannya kepada orang lain, hatta ahli keluarga sendiri.

Suami pula cuba menterjemahkan kasih sayang bukan sekadar ucapan dan kata-kata, tunjukkanlah bagaimana menghargai isteri. Sikap saling membanding-bandingkan dengan orang lain perlu dihentikan kerana perbandingan itulah menjadi punca konflik yang terbesar dan menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Bekerjasamalah untuk saling memahami dan mengatasi kekurangan kerana Islam telah mengajarkan kita bahawa Allah menciptakan pasangan untuk saling memahami dan membantu, bukan untuk dijadikan "punching bag".

Ertinya, pada tahun baharu ini kita kuatkan azam untuk "mengubah diri sendiri" menjadi lebih baik dan tidak perlu memikirkan untuk "mengubah dunia", kerana perubahan itu sebenarnya asal dalam kita dan mesti bermula dengan diri sendiri, bukan orang lain. Saya berhasrat begitu, dan saya berusaha memulakan untuk berproses dengannya agar proses perubahan itu tumbuh secara alami dan tanpa paksaan.

Nasihat Jalaludin Rumi (1207-1273):

"Apa yang ingin Tuhan perlihatkan pada mata; keindahan dan kesempurnaan serta cinta

"Apa yang ingin Tuhan perdengarkan pada telinga: sema dan khabar gembira serta rintihan.

"Alam keberadaan penuh jalan dan jalanmu buntu, kecuali Tuhan membukakan jalan untukmu.

"Walau saat ini kau lalai atasnya, Tuhan akan membuatnya jelas saat waktunya tiba.

"Nabi bersabda: "Tuhan Yang Mulia menciptakan penawar atas segala penderitaan.'

"Tapi tanpa perintah-Nya, tak kan kau saksikan penawar itu, bahkan warna dan aroma sekali pun. "

(Masnawi Maknawi Maulana Rumi, Kitab II, Bait 1-1931, bait 680-685, terjemahan Muhammad Nor Jabir, Yogyakarta: Diva Press, 2021, hal. 87)

Selamat Menyambut Tahun 2026, dan Tahun 2025 dan sebelumnya, kita jadikan pelajaran demi sebuah kehidupan yang lebih baik dan bermakna terhadap tujuannya.

Sg Buloh, 1.1.2026: 13:00

MONOSIN SOBRI

 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com