AHLI SUNAH WALJAMAAH ADALAH MAZHAB RASMI

KUALA LUMPUR — Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) yang bersidang pada 21 dan 22 Oktober lalu memutuskan bahawa Ahli Sunah Waljamaah adalah mazhab rasmi negara ini dari segi perundangan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata, kerajaan mengambil beberapa langkah penting dalam memantapkan pendekatan Ahli Sunah Waljamaah yang bersifat wasatiyah, mengutamakan kesederhanaan dan mengurangkan pergeseran dalam kalangan umat Islam, terutama membabitkan perbezaan aliran.

“Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada agenda penyatuan umat Islam di negara ini, sambil memberi penekanan kepada usaha memperkukuhkan pegangan Ahli Sunah Waljamaah dan menjauhi sikap ekstrem yang timbul akibat perbezaan pandangan serta aliran pemikiran,” katanya pada sidang Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengenai inisiatif Kerajaan MADANI untuk menangani pertembungan pelbagai aliran pemikiran Islam yang boleh menjejaskan perpaduan ummah.

Zulkifli berkata, pada 5 Mei 1996, Jawatankuasa Fatwa MKI memutuskan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunah Waljamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Beliau berkata, antara usaha dan langkah kerajaan ialah pengukuhan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui kerjasama dengan institusi agama Islam negeri bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran agama Islam selari dengan prinsip-prinsip Ahli Sunah Waljamaah.

“Penyelarasan dan penyeragaman fatwa serta undang-undang syariah juga dilaksanakan secara teratur bersama pihak berkuasa agama negeri,” katanya.

Beliau berkata, medium khutbah Jumaat juga digunakan sebagai peringatan dan nasihat kepada umat Islam agar bersifat wasatiyah, harmoni, mementingkan keamanan dan perpaduan, serta menekankan aspek adab dalam menangani perbezaan dalam perkara khilafiah.

Selain menerbitkan teks khutbah Jumaat itu, pihaknya turut menerbitkan beberapa buku termasuk ‘Adab al-Ikhtilaf fil Islam’ oleh Syeikh Dr Taha Jabir al-Alwani.

Di samping itu, kerajaan menjalankan pelbagai aktiviti dan program melalui pendekatan dakwah bil hal dan dakwah bil lisan untuk menyebarkan serta memantapkan kefahaman Islam yang sederhana dan meraikan kepelbagaian dalam bingkai kesatuan.

Sumber: bebasnews.my

 

 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com