ANGKUHNYA PAS

Kenyataan Naib Presiden PAS yang baharu dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Perak tentang prestasi UMNO dari sebuah parti gergasi menjadi parti yang dilihat kerdil menampakkan keangkuhan sedangkan Allah SWT melarang manusia berbuat demikian.

Walaupun kenyataan itu bersifat politik, ia tidak bermakna sebuah kenyataan gurauan atau sendaan yang wajar. Sebaliknya, jatuh bangun sesebuah pertubuhan adalah satu bentuk pengajaran kepada manusia, termasuk iktibar bagi kelangsungan organisasi.

Dalam hukum semesta, tidak ada yang kekal selama-lamanya kecuali Allah SWT bahkan alam semesta juga akan lebur bila sampai waktunya. Keangkuhan merupakan sifat manusia, dan kemusnahan atau kehancuran itu adalah sebuah kepastian yang Allah SWT telah janjikan untuk mereka yang takbur dan leka dengan kejayaan yang dicapai.

Firman Allah SWT bermaksud: Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi ini dengan angkuh, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri." (Surah Luqman (31), ayat ke-18).

Nampaknya amaran Allah SWT sangat tidak diendahkan. Dalam keadaan apa pun, sama ada hubungan dan asli politik, persahabatan dan bersosial, cukup banyak contoh nyata betapa durjananya orang yang sombong sehingga kehidupannya sendiri musnah. Bagi Allah SWT, seseorang yang sombong dan angkuh, tempatnya di akhirat kelak adalah neraka walaupun orang itu melihatkan dirinya sebagai orang yang beriman.

Islam bukan sekadar menjaga hubungan dengan Allah SWT, dan setiap penganutnya diperintah dengan kaedah yang sama untuk menjaga hubungan dengan manusia. Dalam Islam, seseorang yang hanya menumpukan seluruh kehidupannya hanya untuk mendekati Allah SWT, dan melupakan tanggungjawabnya terhadap sesama manusia, akan dihina di mata Allah SWT. Sebab itulah konsep kerahiban (the hermit) tidak muncul dalam tradisi Islam.

Dalam kendalian Jalan Menuju Allah SWT, para ulama tidak pernah menyatakan bahawa setiap daripada manusia wajib melupakan tanggungjawabnya kepada manusia. Konsep tanggungjawab itu membawa makna kasih sayang, ia wajib dilaksanakan dengan cara yang ikhlas, jujur dan beradab. Ia tidak dilaksanakan secara mendabik dada, bercakap dalam bahasa yang menyakitkan orang lain, termasuklah dalam kaedah berpolitik.

Sebuah kepercayaan yang jelas, aspek politik tidak boleh dipisahkan dengan agama. Politik adalah kaedah menguruskan negara. Menguruskan negara bererti menguruskan masyarakat. Menguruskan masyarakat merupakan persoalan yang paling dasar, kerana masyarakat itu terjalin daripada individu kepada individu, bukan memisahkan antara kelompok dengan kelompok yang lain walaupun berbeza etnik, kabilah, budaya, agama dan juga pendirian politik.

Sejak akhir-akhir ini cukup lunak kita dengar seruan ke arah penyatuan, bukan sahaja penyatuan antara umat Islam dan orang Melayu, bahkan juga penyatuan antara masyarakat yang berbeza harakah. Mereka boleh bersatu untuk sesuatu tujuan walaupun penyatuan itu cukup longgar dan tidak kekal. Sedangkan Islam menyeru penyatuan yang kekal, kerana kekekalan itulah makna sebuah keadilan dan kesempurnaan Islam, juga ke-Mahakuasanya Allah SWT.

Hal ini tidak berlaku dalam budaya politik, kerana aktivisnya seringkali bertindak berdasarkan tafsiran ideologinya sendiri. Akibatnya, muncul pelbagai tindakan yang sangat bertentangan dengan ajaran yang mereka sendiri yakin dan percaya, tetapi ia tetap menjadi amalan yang ditegakkan tatkala ingin menunjukkan diri atau kelompok sendiri itulah yang paling benar dan betul.

Jika hal yang sama dilakukan oleh kelompok lawan, ia akan dikatakan tidak Islamik dan dikategorikan sebagai pendekatan yang sesat, suatu istilah yang tidak wajar dilakukan. Misalnya, walaupun tidak menyatakan bahawa fitnah itu sesuatu yang hina, ia tetap dibolehkan dalam kaedah berpolitik.

Namun bila pihak lain melakukannya, akan keluarlah fatwa dan pandangan yang mengecam atau mengutuk sekeras-kerasnya. Bahkan jika pemimpin mereka berbuat demikian, para penyokongnya bukan sahaja membenarkan, ia juga dianggap sebagai 'pendapat yang benar". Alasannya, pemimpin agung mereka adalah seorang yang berilmu, mengarang ratusan buah kitab dan beramal sholeh. Ia seolah-olah meraih darjat manusia pilihan Tuhan yang maksum (jauh daripada kesilapan).

Al-'Allamah Syeikh Dr Khaleel Elyas al-'Iraqi berkata: Dalam urusan agama, kita sesekali tidak akan mengkhususkan (memaksimakan) mana-mana insan. Kita hanya mengkuduskan syariat Islam.

"Seandainya kamu melihat seorang insan sedang terbang di atas angin tanpa sebarang perantaraan adat, jangan tertipu dengannya selama mana kamu belum melihat bagaimana dia menjaga syariat. Seandainya benar dia menjaga, maka benarlah dia seorang wali. Jika sebaliknya, maka itu hanyalah tipu daya syaitan."

Naib Presiden PAS itu melihat apa yang berlaku (nasib malang) UMNO berdasarkan logik akal. Ia tidak kurang hebatnya dengan pandangan Timbalan Presiden PAS suatu ketika, partinya yang hanya ada 18 kerusi boleh bentuk kerajaan sedangkan parti yang ada kerusi lebih besar tidak membentuk kerajaan, seumpama "tanda kiamat".

Tiga ungkapan itu - parti gergasi hanya layak rebut 26 kerusi; tanda kiamat, 18 kerusi jadi kerajaan; dan dalam politik, tidak salah fitnah - cukup jelas menunjukkan kaedah yang tidak bertepatan dengan Islam sebagaimana parti itu mendabik dada bahawa merekalah sahaja yang mampu menyuguhkan retorik "mempertahankan orang Melayu dan Islam". Mereka berkata, oleh kerana parti itu tidak lagi berada dalam kerajaan (pusat) maka "orang Melayu dan Islam terancam". Apa yang sebenarnya mereka lakukan dan cuba malukan ialah "mengancam" orang Melayu dan masyarakat Islam dengan keyakinan tidak tepat dengan ajaran Islam.

Mereka tahu, jika orang Melayu tidak ditakutkan dengan imaginasi "terancam', orang Melayu tidak sepenuhnya akan memberikan sokongan kepada PAS. Jadi, orang Melayu yang tidak menyokong PAS akan dianggap sekular, liberal dan ada ciri-ciri pluralisma yang perlu disekat. Orang Islam yang tidak mendokong perjuangan mereka, kerana mereka memperjuangkan Islam, maka ia bukan lagi mengunjungi syariat. Mereka yang tidak mengunjungi syariat adalah "kafir".

Itulah dogma politik yang mereka bina sejak lebih tujuh dekad, tetapi Allah tetap mentakdirkan bahawa parti itu belum tiba masa untuk menjadi pemerintah di peringkat pusat secara mutlak. PAS walaupun telah menang 43 kerusi, pencapaian tertingginya sejak pilihan raya umum diadakan, belum mampu membentuk kerajaan pusat secara bersendirian.

Namun, dalam Muktamar terbaharu, Presiden PAS memberikan harapkan, PAS akan melakarkan kejayaan besar apabila tiba waktunya, bersabarlah dan susunkan strategi yang berkesan untuk meraih kejayaan sebuah perjuangan yang diimpikan. Seboleh-bolehnya, untuk tempoh selanjutnya, PAS perlu menguasai 80 kerusi Parlimen, iaitu meningkat 37 kerusi daripada apa yang dicapai masa kini (43). Ia adalah satu harapan besar, seumpama "lonjakan saujana" atau quantum leap (86 peratus) kedua dalam sejarah parti.

Lompatan saujana pertama ialah daripada 18 kerusi (PRU ke-14, 2018) kepada 43 kerusi pada PRU ke-15 (2022). Ia merujuk kepada lonjakan yang cukup besar iaitu 136 peratus, yakni lebih sekali ganda. Lonjakan itulah yang membuatkan PAS semakin sombong dan angkuh. Bukan sahaja menjadi angkuh kepada UMNO yang dianggap musuh tradisi, bahkan juga terhadap parti-parti lain yang ikut merebut undian dalam kalangan pengundi Melayu.

Ia menjadi semakin angkuh apabila berjaya menguasai DUN Perlis setelah cukup lama mencubanya. Untuk PRU ke-16, PAS cukup yakin akan dapat menawan Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Ia adalah hitungan berdasarkan apa yang mereka "boleh baca" tentang sokongan yang mereka sendiri bayangkan.

Kata Timbalan Presiden PAS, Pahang "dalam genggaman", maka itulah sebabnya perlu menyerang habis-habisan UMNO dan PKR. Jika gabungan longgar itu terus kekal dan semakin mantap, peluang untuk PAS menang adakah sukar, PAS akan kempunan lagi, mungkin terpaksa menunggu "tiba masanya" dalam tempoh yang agak lama.

Jika UMNO yang telah menjadi kerdil tetapi masih menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat ditakdirkan bangkit kembali daripada kelumpuhan dan mengendalakan hasrat PAS, ia adalah suatu perkara yang menakjubkan kerana belajar daripada kesilapannya. PAS sebenarnya tidak belajar daripada kesilapannya, walaupun cuba menunjukkan ada hasrat berbuat demikian, kerana apa yang ditunjukkan sangat mengarahkan budaya politik sombong. Contoh yang paling jelas ialah "meruntuhkan" semangat setiakawan, dan kini sedang memaksa Bersatu untuk tunduk kepada kehendak PAS.

Tentunya, jika tanpa kerjasama dengan Bersatu, PAS tidak mungkin mencapai prestasi yang cemerlang, kerana sejarah sudah membuktikan, bertanding secara solo di peringkat pusat, kedudukan PAS tidak melepasi makna "melukut di tepi gantang". Apabila bekerjasama dengan UMNO membentuk BN, PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat, begitu juga apabila terbabit dengan Langkah Sheraton.

Tetapi, apabila bersama PN, kerusi PAS melonjak naik, belum membolehkan parti itu menjadi sebahagian kerajaan. Kini, kerjasamanya dengan Bersatu dalam persimpangan, PAS seolah-olah sedang menekan Bersatu. Bersatu yang ada genetik UMNO cukup sukar untuk menerima tekanan, kerana Bersatu ada impian besarnya walaupun dari dalam Bersatu muncul gelombang "sekat Muhyiddin". PAS merasakan itu adalah peluangnya, yang mungkin tidak mudah untuk diambil kesempatan.

Bersatu tidak akan mudah tunduk kepada PAS sebabnya, Bersatu masih merasakan partinya kuat dan mampu meraih sokongan orang Melayu, terutama dari kelompok DNA UMNO yang tidak sehaluan dengan Presiden UMNO, Zahid Hamidi. Maknanya, PAS dan UMNO masih memerlukan tongkat orang Melayu, kerana kedua parti itu lahir dalam "rahim politik Melayu". Cuma mereka berbeza pada penekanan dan orientasi ideologinya. Imajinasi kemenangan tetap bergantung harap orang Melayu.

PAS sukar diterima oleh bukan Melayu dan ini diakui oleh pemimpin mereka sendiri. Begitu juga dengan Bersatu. Sebab itulah kedua-dua parti itu secara sedarnya sangat menghadapi sokongan bukan Melayu, tetapi ia agak sukar. Bukan Melayu tidak menghubungkan politik dengan agama, sebaliknya, politik yang mereka perjuangkan ialah kelangsungan bangsa dan budaya mereka, termasuk persoalan bahasa, adat dan peluang ekonomi yang lebih besar.

Setakat ini, PAS tidak mampu menawarkan peluang ekonomi yang memadai untuk mereka, walaupun ramai yang tahu, sebahagian projek yang mereka berikan adalah kepada bukan Melayu. Orang Melayu terus mempersoalkan, apakah PAS benar-benar menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam atau hanya sekadar retorik politik sebelum mendapat kuasa? Mereka mengatakan kenapa ada bukan Melayu yang mengusahakan ladang hutan yang besar di Kelantan. Siapa yang menanam sayur-sayuran di tanah tinggi Lojing dan siapakah yang mendapat manfaat daripada retorik "membangun bersama Islam"?

Soalnya sekarang, PAS belum mampu menunjukkan kejayaan terbesar mereka dalam menterjemahkan program pembangunan berteraskan Islam walaupun lebih tiga dekad menggunakan slogan terbabit. Orang ramai mahu melihat kejayaannya, bukan mendengar celoteh aktivis kempen PAS biarpun ada dakwaan mengatakan kemenangan besar itu disumbangkan oleh kebolehan "wira keyboard" mengeksploitasikan isu dana membentuk persepsi.

Sekarang, mereka yang percaya semakin tidak lagi percaya, sebab PAS boleh ubah apa pun menurut citarasa sendiri biarpun yang diubah itu tidak menepati syarie atau ajaran Islam sebenar. Bohong, fitnah, mengecam, melondeh, menghukum dan tidak konsisten cukup mudah dibuat walaupun maklumatnya hanya sekadar hearsay, atau imajinasi. Watak-watak binatang kekal menjadi sindiran sedangkan sindiran itu sedang beralih menghilir mudik kepada diri dan parti sendiri.

Pesan Jalaludin Rumi al-Balkhi (1207-1273):

Bayangkan jika setiap perangai burukmu adalah duri

Berkali-kali duri terpijak oleh kakimu sampai tubuhmu ikut terasa sakit

Engkau pun letih dengan perbuatanmu, berulang kali

Tetapi engkau tidak merasai, atau mungkin engkau tidak peduli

Jika engkau lupa dengan luka yang engkau semai menerusi sifat buruk tentunya engkau sentiasa ingat rasa sakit yang pernah engkau alami.' (Jalaludin Rumi, Masnawi Ma'nawi, Jilid 2, bait 1240-1242)

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com