APA PENGHALANG PENYATUAN PAS-UMNO

Oleh: Mohd Shauki Abd Majid

Dari segi realiti jika terbentuknya penyatuan dua parti Melayu-Islam  antara UMNO dan PAS, pelbagai masalah yang membelenggu umat Islam di Malaysia dapat dikurangkan termasuklah permasalahan politik yang tidak menguntungkan orang Melayu-Islam. Akibat perbezaan ideologi politik, orang Melayu-Islam semakin berpecah bahkan amat mudah diperkudakan oleh bukan Islam sehingga menampakkan riak-riak kebencian terhadap apa sahaja yang dikaitkan dengan Islam.

Kerjasama ini secara tidak langsung telah membawa para intelektual Islam yang berpengaruh berbincang mencari satu titik-temu merentasi ideologi politik walaupun ada yang melihatnya dengan sinis, “mungkin boleh” tetapi “sukar” kerana masing-masing berusaha membangkitkan semula “sejarah dan senarai dosa”. Tentunya, dalam politik ada sebuah petunjuk yang jelas, kawan baik bertukar menjadi musuh atau sebaliknya bila ideologi politik tetap membawa maksud “matlamat menghalalkan cara.”

Seandainya kerjasama politik atau tahaluf siyasi benar-benar berlaku, ia bukanlah untuk survival pemimpin, ia untuk memberikan jaminan selamat bagi orang Melayu dan Islam ekoran beberapa perkembangan politik mutakhir. Beberapa pihak sudah mula mempamerkan “aksi kurang senang” dengan apa yang berlaku dalam kalangan orang Islam termasuklah tuduhan bahawa sekolah kebangsaan sebagai tempat “mengislamkan bukan Melayu” dan mengembangkan Arabisme. Ini ekoran perubahan nilai budaya dan pandangan semesta orang Melayu yang mula memahami keperluan menutup aurat dan  mengamalkan nilai-nilai Islam.

Perkembangan ini menyebabkan bukan Melayu yang lahir selepas merdeka mula melupakan “kontrak sosial” antara kaum sehingga mereka sanggup mempersoalkan beberapa tindakan kerajaan untuk memperkasakan Islam. Sesetengah orang Melayu yang berfikiran liberal turut membuat andaian bahawa kesedaran untuk memperkasakan peraturan Syariah sebagai sesuatu yang bertentangan dengan konsep liberal dan demokrasi, dan kerana itu mereka ikut menentang beberapa peruntukan yang terdapat dalam undang-undang Islam.

Penentangan tersebut turut disuarakan oleh profesional Melayu yang terpengaruh dengan fahaman liberal dan pluralisme agama, kerana bagi mereka semua agama itu mempunyai matlamat yang sama, iaitu membangunkan kehidupan bermoral sedangkan Islam bukan hanya sekadar agama, ia adalah satu cara hidup yang menyeluruh. Apa yang diinginkan oleh Islam ditafsir secara terpisah dan agama seolah-olah sama dengan maksud budaya.

Islam melangkaui makna budaya di mana Islam mencorakkan kehidupan berbudaya, bukannya budaya yang mencorakkan nilai agama. Sebab itulah sesetengah pandangan melihat “sukarela” itu sebagai satu faktor sama ada menentukan sesuatu kesalahan, sebagaimana dianggap terhadap insiden berkhalwat di premis persendirian. Kesalahan hanya boleh didakwa jika melakukan perbuatan sumbang di kawasan terbuka.

Situasi sedemikian boleh meruntuhkan nilai Islam kerana khalwat bukan lagi satu dosa besar. Islam melihat perbuatan khalwat boleh memburukkan lagi masalah kehidupan kerana ia menyumbang kepada lebih banyak krisis sosial, termasuklah kes-kes pembuangan bayi, seks bebas dan pemerdagangan seks. Porak peranda masyarakat akan mudah berlaku, dan ia boleh menjejaskan kestabilan sosial.

Begitu juga dengan situasi politik. Sekiranya PAS dan UMNO boleh bekerjasama, maka tidak ada sebab rakyat Malaysia berpandangan sinis. Setiap rakyat Malaysia perlu memahami, perpaduan Melayu-Islam mampu menjadikan kedudukan bukan Melayu lebih terjamin.

Islam tidak pernah mengetepikan bukan Islam, dan sejarah telah membuktikan bahawa bukan Melayu banyak yang hidup tenang dan kaya ketika berada dalam komuniti Melayu, sebagaimana dibuktikan di Kelantan. Bukan Melayu tidak pernah diherdik atau dijadikan sasaran selagi mereka menghormati nilai dan budaya Melayu-Islam.

Perkara yang sama tidak berlaku dalam kelompok majoriti bukan Melayu. Paling mendukacitakan persekitaran tersebut ikut memaksa orang Melayu menerima nilai mereka, termasuklah larangan menggunakan pembesar suara bila mengumandangkan azan subuh. Tulisan-tulisan jawi dianggap sebagai tulisan yang boleh mengancam budaya bukan Melayu, sedangkan keadaan itu tidak berlaku di Kelantan.

Riaknya, ada pemimpin yang curiga dan kecurigaan itulah sebenarnya tembok penghalang. Ia boleh dianggap dosa besar, dosa yang sukar diampunkan oleh orang Melayu-Islam yang cintakan keamanan. Mereka walaupun beragama Islam sebenarnya tidak bersungguh-sungguh untuk mengikat hubungan baik sesama manusia.

Walaupun memahami maksud Surah Imraan, ayat 159, “ Maka dengan sebab rahmat Allah, engkau telah bersikap lunak kepada mereka dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.  Oleh itu, maafkanlah mereka dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu, kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang bertawakkal kepada-Nya.”

Presiden Ikatan Alumni Al-Azhar Internasional (IAAI) Indonesia, Profesor Dr Muhammad Quraish Shihab  memberikan maksud yang jelas bahawa “penyatuan umat yang sedang diusahakan bukan bererti meleburkan atau menghapus identiti keragaman yang ada agar menjadi satu wujud yang sama, karena keragaman ialah suatu yang dikehendaki oleh Allah. Untuk mewujudkan persatuan yang diperlukan ialah saling menghormati dan menghargai pendapat yang berseberangan, namun bukan bererti menerima pendapat tersebut.”

Dua pemimpin tertinggi umno dan pas sudah menunjukkan ruang tidak tertutup terus selepas “pintu rundingan” hampir terkunci kerana ingin menjaga kesepakatan sebelumnya, kerana mereka bukan hanya untuk menyelamatkan “survival masing-masing”, mereka mahu menyelamatkan agama, bangsa dan negara dari terus dikeronyokkan dari dalam dan luar kemelut ideologi serta “pertembungan peradaban.”

Anggaplah yang menentang dan memandang sinis kerjasama ini sebagai telatah anak-anak nakal yang sukar untuk berpisah dengan perangai lama, walaupun perangai lama semakin membusung dengan dendam, haloba dan keinginan mempertahankan kedudukan. Menerusi pemuafakatan, sekiranya berlaku, mereka ini akan merasai aib sendiri kerana masih berusaha mempertahankan perpecahan, kerana menerusi perpecahan itulah sebenarnya mereka boleh hidup dan melaksanakan agendanya.

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com