APABILA TAMBUN TAK SELAMAT LAGI

Oleh A Kadir Jasin

KALAU kerusi Parlimen Tambun yang disandang oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, pun tidak selamat lagi, apakah harapan PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-16 nanti?

2. Sehingga awal Mei tahun ini, kerusi Perak itu tidak lagi dianggap selamat, sebaliknya telah dikategorikan sebagai “tier 2B” iaitu marginal. Kalau PKR sendiri mengakui yang sokongan pengundi kepadanya semakin menurun, ke manakah para pemimpin atasanya hendak pergi untuk mencari kerusi selamat?

3. Ini bukan berita palsu media sosial atau propaganda yang sengaja diada-adakan oleh musuh PKR. Ini adalah hasil analisis strategik dalaman PKR, yang menurut Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar, lahir daripada semangat penilaian diri dengan tujuan merapatkan barisan, mengukuhkan jentera dan membulatkan tekad bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat jelata.

4. Anwar memenangi kerusi Tambun dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, pada tahun 2022 lalu, dengan majoriti 3,735 undi. Inilah kerusi Parlimen ketiga yang beliau tandingi dan menang. Yang lain adalah Permatang Pauh dan Port Dickinson.

5. Dalam PRU 2022 saya masih menyokong Pakatan Harapan (PH). Walaupun saya tidak berkempen secara cergas, saya melawat Tambun dan beberapa kawasan lagi di Perak. Sejak Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri di enam buah negeri pada tahun 2023, saya tidak lagi menyokong PH dan tidak juga menyertai parti lain.

6. Dari awal lagi, kehadiran Anwar di Tambun adalah menarik. Ia simbol keyakinan beliau iaitu di mana pun beliau bertanding, beliau boleh menang. Pada waktu itu pun, menurut laporan media yang memetik bekas Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli, Tambun bukanlah selamat sangat.

7. Hari ini, kalau PKR sendiri berkata Tambun tidak selamat lagi dan sudah menjadi kerusi marginal, maksudnya sesuatu yang tidak baik dan luar biasa telah berlaku sejak lebih sikit tiga tahun Anwar menerajui negara.

8. Pertama, Anwar tidak berjaya mengukuhkan sokongan terhadap diri beliau sendiri sebagai Perdana Menteri. Kedua, orang di kawasan beliau tawar hati. Dan ketiga, sokongan orang ramai terhadap PKR/PH semakin menurun.

9. Inilah kali pertama seorang Ahli Parlimen dari Perak, walaupun bukan anak negeri, menjadi Perdana Menteri. Bukan mudah bagi mana-mana kawasan pun mendapat calon yang jadi Perdana Menteri. Sepatutnya, sokongan pengundi bertambah kuat.

10. Namun, analisis dalaman PKR itu tidaklah memeranjatkan sangat kalau kita halusi keputusan PRU Tambun tahun 2018 dan 2022, serta pilihan raya di tujuh buah negeri selepas itu.

11. Dalam PRU 2018, Ahmad Faisal Azumu dari Bersatu yang bertanding bagi pihak PH atas nama dan lambang PKR menang dengan memperoleh 44.46 peratus undi mengalahkan Barisan Nasional (BN) dan Pas.

12. Kalau kita masih ingat, kerajaan BN pimpinan Mohd Najib Abdul Razak ketika itu menyukarkan pendaftaran PH dan lambangnya. Ini memaksa PH, yang pada waktu itu dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad, menggunakan lambang PKR.

13. Dalam PRU 2022, Anwar berjaya memenangi Tambun tetapi dengan peratusan undi yang lebih kecil iaitu 39.77 peratus berbanding 44.66 peratus yang Ahmad Faisal peroleh pada 2018. Dalam PRU 2022, Ahmad Faisal yang bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) mendapat 36.78 peratus manakala calon BN 22.55 peratus. Pejuang kalah terus dengan mendapat kurang daripada satu peratus.

14. Natijahnya, Ahmad Faisal mendapat lebih banyak undi sebagai calon PKR pada tahun 2018 berbanding Anwar yang bertanding sebagai calon PH dan bakal Perdana Menteri pada tahun 2022.

15. Soalnya sekarang, adakah Anwar akan mempertahankan Tambun atau berpindah ke kerusi lebih selamat?

16. Berdasarkan analisis PKR yang dilaporkan oleh Malaysiakini itu, daripada 66 kerusi Parlimen yang menjadi tumpuan, termasuk 31 yang dimenangi oleh PKR, kebanyakannya kini berada dalam kategori risiko tinggi.

17. Kalau kita selidik keputusan pilihan raya yang diadakan selepas PRU 2022, iaitu PRN 2023 dan PRN Sabah November lalu, kita akan dapati pencapaian PH dan Barisan Nasional (BN) adalah sangat buruk.

18. Kesimpulannya, dengan Umno-BN sudah bergebang hendak “go solo” dan penyokong PH, dalam perhimpunan besar di Seremban, berteriak, “tolak Umno”, PRU ke-16 nanti adalah “free-for-all” untuk parti-parti utama Semenanjung.

Terima kasih.

Sumber: https://www.facebook.com/share/p/1aKRt6DxBf/?mibextid=wwXIfr

Petikan daripada bebasnews.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com