BANJIR: DUNIA SUDAH TUA DAN TENAT

Oleh: Ibnu Majid

Setiap saat, kita berjalan di atas bumi yang mungkin boleh retak bila-bila masa. Kita bernafas dengan udara yang boleh bertukar dalam sekelip mata. Kita belayar di atas lautan yang menunggu mangsa untuk ditenggelamkan. Namun mengapa semua itu tidak berlaku… dan kita masih mampu hidup di bumi Allah ini dengan aman? Jawapannya hanya satu; kerana Allah SWT masih menahan murka-Nya.

Menurut riwayat yang disebut oleh para ulama seperti Syekh Ali Jaber Rahimahullah, laut memohon izin kepada Allah sebanyak tiga kali sehari untuk menenggelamkan manusia. Mengapakah begitu? Ia kerana lautan teramat ‘sakit hati’ melihat maksiat yang dilakukan oleh manusia di atasnya. Hedonisme, seks bebas, perjudian dan segala macam maksiat berlaku setiap hari di atas lautan. Oleh kerana kekaburan dengan undang-undang di perairan antarabangsa, sesetengah manusia mengambil kesempatan untuk melakukan bermacam jenis maksiat dan jenayah, dan lepas dari undang-undang dunia.

Di lautan juga, manusia dengan tanpa rasa bersalah membuang sisa toksik dan sampah dengan begitu banyak. Manusia tidak bertanggungjawab ini merosakkan keseimbangan yang Allah kurniakan kepada alam, hingga lautan tidak tahan dengan maksiat dilakukan manusia. Tetapi Allah menjawab: “Jangan dulu. Masih ada hamba-Ku yang beriman.” Begitu besar rahmat Allah — bahkan kepada mereka yang melanggar perintah-Nya di atas nikmat ciptaan-Nya sendiri. Namun apabila Allah mengizinkan — seperti di dalam kisah Nabi Nuh AS — lautan menjadi azab yang tidak dapat ditahan oleh sesiapa pun yang menghadapinya.

Malah bukan lautan sahaja, tetapi bumi dan angin juga menyaksikan kezaliman dan kemaksiatan manusia. Makhluk Allah berdua ini juga “ingin” menghukum pelaku-pelaku kezaliman. Allah berfirman dalam Surah Al-Qashash ayat 59: “Dan tidak pernah Kami membinasakan satu negeri, kecuali setelah penduduknya melakukan kezaliman.”

Dalam kisah Nabi Hud AS, kaum ‘Ad dibinasakan dengan angin ribut yang berlarutan selama lapan hari tujuh malam, tanpa henti. Dalam kisah Nabi Shaleh AS, kaum Tsamud ditimpa gempa bumi yang dahsyat dan guruh — kerana mendustakan ayat-ayat Allah SWT. Alam ini tunduk kepada perintah Tuhan. Tetapi apabila manusia melampaui batas, Allah akan jadikan alam itu sebagai alat untuk menurunkan azab dan keadilan-Nya.

Justeru mengapa semua ini belum berlaku pada manusia di zaman ini? Kerana Allah masih memberi tangguh. Masih membuka ruang taubat. Allah berfirman dalam Surah Al-Isra’ ayat 70: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”

Ayat ini menceritakan tentang jasa Allah SWT kepada insan di dunia. Setelah menggambarkan anugerah-Nya di laut dan di darat, baik terhadap yang taat mahu pun yang durhaka, ayat ini menjelaskan anugerah itu adalah kerana manusia merupakan makhluk unik yang memiliki kehormatan dalam kedudukannya sebagai manusia – baik dia taat beragama maupun tidak. Kemudian di dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman: “Wahai hamba-Ku, seandainya dosa kamu setinggi langit lalu kamu datang kepada-Ku memohon ampun, Aku akan ampunkan kamu…” - (HR Tirmidzi)

Justeru kepada setiap manusia yang ada di bumi hari ini, mesejnya jelas. Selagi mata masih terbuka, Selagi nadi masih berdetak, Pintu taubat masih terbuka. Ramai manusia hanya insaf selepas bencana. Baru mula solat selepas banjir. Baru tutup aurat selepas kemalangan. Baru sedar selepas kehilangan. Tetapi, mengapa perlu tunggu sehingga semuanya hilang, baru mahu mencari Tuhan?

Nabi SAW bersabda: “Bersegeralah kamu melakukan amal soleh sebelum datang fitnah seperti potongan malam yang gelap…” - (HR Muslim) Jika langit, bumi, laut dan angin sudah menahan sabar — sampai bila kita mahu terus leka? Allah SWT memberi kita pilihan. Untuk tunduk, atau terus sombong.

Untuk kembali kepada-Nya, atau mencari tuhan-tuhan selain Dia. Tetapi ramai di kalangan kita memilih untuk mengejar dunia dan lupa kepada akhirat. Kita agungkan yang material, abaikan sifat bersyukur. Kita hidup dalam nikmat, tetapi derhaka kepada Pemberi nikmat. Allah tidak zalim. Manusia yang menzalimi diri sendiri.

Bila laut bergelora, bumi bergegar, dan angin mengganas — itu bukan hanya bencana semata-mata. Ia adalah teguran. Jangan tunggu sehingga Allah cabut segala rahmat yang diberikan kepada manusia. Kembalilah. Bertaubatlah. Perbaiki solat. Perbaiki hubungan dengan Allah, dan sesama manusia. Kerana ketika saat azab itu turun, tiada siapa yang mampu menahannya.

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com