BATALKAN RAIN RAVE WATER MUSIC FESTIVAL 2026 DEMI MENJAGA MARUAH DAN RAKYAT

Oleh Abdul Razak Idris

SHAH ALAM Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membantah sekeras-kerasnya penganjuran Festival muzik berkonsepkan air, Rain Rave Water Music Festival 2026 yang menghimpunkan artis tempatan dan antarabangsa dijadual berlangsung bermula 30 April hingga 2 Mei depan.

Menurut Pemangku Presiden PERKASA, Borhan Ahmad Zakaria, program sedemikian perlu dibatalkan demi menjaga maruah dan menjaga rakyat negara ini.

“Ini bukan soal hiburan. Ini soal maruah negara, soal adab, dan soal keutamaan rakyat yang semakin terabai.

“Ini bukan budaya kita.Pesta air yang mencampurgaulkan lelaki dan perempuan secara terbuka bertentangan dengan nilai ketimuran dan norma masyarakat Malaysia. Ia membuka ruang kepada maksiat, bukan mengangkat martabat rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Acara berskala besar itu dijangka menjadi antara tarikan utama sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dengan konsep unik yang menggabungkan muzik, elemen air dan visual interaktif.

Antara artis tempatan yang bakal membuat persembahan di pentas utama ialah Joe Flizzow, Mimifly, Killa Driz, DJ Cza, Dolla dan De Fam, yang mewakili gabungan genre hip hop, pop dan muzik elektronik.

Borhan berkata, Malaysia bukan tempat pesta maksiat yang boleh diadakan sewenang-wenangnya seperti negara lain.

Jelasnya lagi, sepatutnya pihak berkuasa mengutamakan rakyat dan bukannya penganjuran acara hiburan yang berlebihan di saat ekonomi tidak menentu akibat perang di negara teluk.

“Ketika kos sara hidup mencekik, ketika air masih menjadi isu di beberapa kawasan, ketika jalan raya sesak setiap hari, kerajaan memilih membazir wang rakyat untuk karnival yang tiada manfaat.

“Ini adalah pembaziran air, pembaziran wang dan pembaziran masa. Bukit Bintang bukan gelanggang liar,” katanya.

Katanya lagi, kawasan Bukit Bintang akan lumpuh dengan gangguan lalu lintas, pencemaran, dan kerosakan prasarana.

Tambahnya lagi, peniaga kecil dan penduduk sekitar yang akan menanggung akibatnya, bukan penganjur yang duduk dalam bilik berhawa dingin.

“Perkasa menuntut penganjuran ini dibatalkan serta-merta. Kami tidak menolak hiburan yang sihat dan membina. Tetapi kami menolak sekeras-kerasnya acara yang mengabaikan sensitiviti agama, meniru budaya Thailand, bertentangan dengan adat resam Malaysia dan mengabaikan kesusahan rakyat,” ujarnya lagi.

Sumber: bebasnews.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com