BELI BUDDHA, JUAL RUMI

Menarik sungguh tema yang cuba dianalisis oleh Dr Sophia Rose Arjana dari Western Kentucky University, dalam merungkaikan bagaimana nilai-nilai spiritual berjaya dikomoditikan dalam pelbagai dunia kapitalisme, sehingga memunculkan apa yang dipanggilnya sebagai "mystic marketplace", atau pasar mistik.

Ia bukan sekadar hadir dalam bentuk "komersialisasi agama" kerana kehadirannya adalah daripada perasaan atau jiwa manusia yang telah hilang sosok jiwanya yang terdalam, iaitu sesuatu yang sebenarnya wajib ada atas perubahan zaman dan ekologi persekitaran material dan individualisme yang membawa kepada "pancingan dan keluhan" kekosongan dalaman. Kita tahu, sisi dalam inilah yang membezakan seseorang, juga antara manusia dan makhluk hidup yang lain.

Ekologi persekitaran, tuntutan kehendak dan pengaruh eksternal telah berjaya merubah dan mengubah, sehingga manusia "lupa Tuhan" yang mengalir dalam setiap denyutan nadi, juga ada pula cukup berani mencabar "kuasa Tuhan" sehingga ramai yang berfikir, bersikap kejam terhadap-Nya. Tetapi, Tuhan tetap tidak mengharapkan dari manusia, Tuhan tetap mencurahkan kasih dan rahmat-Nya kepada seluruh alam.

Itulah sebabnya, ramai yang hilang pegangan agama, amalan ritual yang pernah mendisiplinkan kehidupan akhirnya boleh percaya, yakin dan mencari "ruang spiritual" untuk mengisi kekosongan yang berlaku, setelah sekalian berevolusi dengan masa dan menggulirkan kehidupan tanpa melihat, sama ada ia adalah sebuah "takdir" atau "anugerah"; hanya melihat setiap "kebahagiaan" atau "pemenuhan kehendak" atas kepintaran mengurus masa mahupun berfikir berbanding "menyerah" atau "mengeluh."

Sebuah pertarungan antara materialisme dan spiritualisme, sehingga menonjolkan ruang jiwa yang nihilisme, tetapi terasa kosong roh kehidupan dari dalam. Atas manipulasi itulah muncul pelbagai gerakan spiritual yang berusaha mengisi kekosongan dan dalam masa yang sama menggapai laba dengan mengkomersialkannya sama dalam konteks pelancongan rohani mahupun pemenuhan keperluan batiniyah dengan membebaskan keyakinan beragama atau menjadikan agama sebagai komoditi. Dr Sophia Rose Arjana cuba mencari sesuatu yang hilang itu, tetapi ia menemui banyak hal yang cukup mencengangkan kerana:

"Popular code words like mysticism and spirituality are used to sell product and experience to the bliss cheque, casual sufi, imitation Hindu, and hipster Buddhist. Individuals can combined these tradition with others- like Kabbalah, African spirituality, and Native American mysticism- without ever being identified as part of a religious community.

"One of the appeals of Orientalized mysticism to spiritual seekers, which may include ex-Christians, self-declared secularist, and the Nones, the group who claim to be "spiritual, but not religious" (also called "metaphysicals"), is that it rejects religious hierarchies and the institutions that support them. This is modern mysticism.

"The search for religious meaning in modernity often involves the colonialization of other cultures. This is often unintentional and unconscious, where consumer browse a kind of mystical flea market in which the bright, shiny, and colourful objects stand out.

"The Orient is, for historical and aesthetic reasons...a confused hodgepodge of images and culture, symbols, and traditions. The phenomenon I called muddled Orientalism sustain a marketplace populated with mystical and spiritual products and experiences.

"Modern mysticism exists in a system of cultural exchange born of colonial encounters and transformed into entrepreneurism, dilettantism, and spiritual voyeurism through the creative force of the Orientalism.

"The twenty-first century is characterized by capitalism, globalism, and consumption, all affecting the ways in which individual explore and experience religion. Scholarships on religion and consumption has often focused on individuals consuming products that are identified with specific tradition. For instance, American Hindu produce a large number of religious goods and also are active consumers of religious items."

Dengan mengambil sebuah rumusan oleh seorang sarjana (Semontee Mitra, seorang sarjana dalam analisis budaya dari Pennsylvania State University, pakar bidang folklore dan analisis festival keagamaan imigran di Amerika Syarikat, terutama dalam kalangan penganut/imigran Hindu), Dr Sophia merungkaikan:

"A vast array of objects and items carrying religious symbolism is associated with the everyday religious practices and rituals of Indian American Hindus, including sculpted and painted pictures, bells, incense sticks, deity-specific items, prayer altars, and more transient items like fresh fruits, flowers and leaves for making garlands and decoration."

(hal. 2-3).

Maknanya, komersialisasi apa sahaja yang berkaitan dengan ritual agama, berlaku apabila munculnya kajian-kajian dan pengalaman para orientalis ke atas budaya, agama dan sosial masyarakat Timur. Bagi mereka, Timur bukan sahaja dianggap mundur, terpuruk bahkan cukup terkongkong dalam adab, budaya, kepercayaan dan pegangan keagamaan. Mereka hidup dalam jiwa kehambaan, maka jiwa itu mesti dikaburkan dengan membawa mesej, orang Timur wajib berubah dan menjadi atau mengadopsi nilai-nilai Barat jika mereka ingin berubah, ataupun maju.

Nilai-nilai sekular dan individualisme menerusi pelan kebebasan, komersialisasi, mula diperkenalkan sebagai konsep "kemerdekaan diri" dan pola itulah yang membawa kepada hakisan pegangan agama, kerana agama bukan lagi pelindung kemasyarakatan, ia adalah "penyelaman peribadi" yang tidak berkongsi dengan orang lain ataupun apa-apa yang dilihat sebagai doktrin politik dan kenegaraan.

Bagi saya, buku ini cukup penting untuk memahami bahawa manusia sebenarnya sedang berjuang di dua kontinuum kehidupan yang berbeza, walhal dua kontinuum itu sebenarnya menuju kepada martabat kehidupan dan nilai kemanusiaan yang jujur, ikhlas dan menepati roh penciptaan manusia itu sendiri. Tetapi, sekularisme yang hadir dalam pelbagai bentuk dan nilai, juga dikerangkakan dalam doktrin kapitalisme dan "nyah-agama" atau falsafah nihilisme telah membawa mangsa manusia kepada jurang kehidupan yang saling bertentangan. Namun, dalam kemelut pencarian itulah muncul semangat yang terputus dengan agama, mereka hanya mencari telapak jiwa dalam konteks kerohanian tanpa agama, spiritual tanpa roh dan jiwa "kehambaan", maka itulah yang cuba dikatakan oleh Dr Sophia sebagai "Buying Buddha, Selling Rumi". Ertinya, agama yang dahulunya dianggap suci dikomersialkan sehingga roh dan kekudusanya bercampur antara bathil dan kebenaran, kerana kebenaran itu semakin tertakluk kepada apa yang dipersepsikan, bukan apa yang disempadankan oleh ketentuan agama.

Buku ini diterbitkan oleh Oneworld Publications yang beribu pejabat di London, pertengahan tahun 2020. Saya cukup terpikat dengan perbincangan yang bukan sahaja ilmiah, bahkan mengusul realiti pelancongan rohani yang terdapat di Indonesia (khususnya di Pulau Bali), Amerika Utara (aliran spiritual, New Ages dan keterikatan bukan Islam terhadap psikologi sufi) dan sebagainya, sehingga teks-teks yang berasal daripada tradisi agama, tafsiran nilai keagamaan diambil secara bebas, seperti yang berlaku dalam puisi-puisi Jalaludin Rumi oleh orientalis, seperti Coleman Barks, pengamal New Ages, Deepak Chopra dan gubahan lagu-lagu pop yang dinyanyikan oleh Madonna.

Bukunya yang terdahulu, Muslim in the Western Imagination (2014) telah memenangi anugerah A Choice 2015 Outstanding Academic Title Through History dan bukunya yang lain Pilgrimage in Islam (2017) ikut menjadi bahan perbincangan menarik dalam kalangan bukan Islam untuk memahami ritual agama yang diwajibkan bagi setiap Muslim sekali seumur hidup.

Dr Sophia mengajar dalam bidang falsafah dan teologi merupakan seorang penulis dan pengkaji yang cukup memahami Islam bukan sekadar tradisi keagamaan bahkan nilai-nilai spiritual yang membawa kepada beberapa perbezaan ketara dalam mana-mana agama termasuk dua lagi agama samawi - Judaisme dan Kristian- dan agama-agama yang berasaskan produk budaya dan pemikiran manusia seperti Buddha, Hindu, Baha’I dan New Ages.

Latar belakang kelahirannya dan pegangan agama dianggap bersifat terlalu peribadi, beliau hang mahu dikenali sebagai seorang ahli akademik dan falsafah, termasuk falsafah teologi. Meraih sarjana muda pada tahun 1993 di Hawaii Pacific University, Sarjana (1994) dari Columbia University dan sekali lagi pada tahun 1997, dari Emory University, Atlanta dalam bidang Kajian Teologi. Tahun 2011, lulus ijazah kedoktoran (PhD) dari University of Denver, Colorado (universiti swasta yang terkenal dalam bidang penyelidikan) dan kini, adalah profesor Madya di Western Kentucky University.

(bersambung)

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com