BELI BUDDHA, JUAL RUMI (II)

Dalam kerangka analisis kajian budaya dan falsafah (Buying Buddha, Selling Rumi), Dr Sophia Rose Arjana melihat bahawa orientalisme cukup ghairah untuk meneruskan projek kolonialnya demi menguasai dunia bukan Barat', yakni masyarakat Timur dan sebahagian daripada Afrika.

Masyarakat Barat kurang melakukan perkara yang sama ke atas masyarakat di Amerika Latin, kecualilah di benua Australia yang sudah dikuasainya dengan kaedah "penjajah-pemukim" atau "settler-colonialisme" sebagaimana telah dan sedang berlaku di Palestin oleh aktivis dan pemuka Zionisme.

Kisah kejam di Palestin dapat dibaca dalam rangkuman sejarah 100 tahun yang ditulis oleh Rashid Khalidi, penyandang kerusi Edward W Said dalam bidang kajian Arab Moden di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, The Hundred Years' War on Palestine: A History of Settler Colonialism and Resistance, 1917-3017 (Metropolitan Books, 2020).

Menurut Raymond William, Keywords: A Vocabulary of Culture and Society (1985), peradaban sekurang-kurangnya mengandungi tiga makna: sebagai satu bentuk pembangunan sejagat; sebagai tahap perkembangan kolektif manusia; dan sebagai budaya khusus sesuatu kelompok.

Secara zahirnya, ketiga-tiga makna ini meresapi aspirasi Eropah (Barat) iaitu meletakkan dirinya sebagai bangsa yang superior, yakni penanda aras kepada sesebuah bentuk yang dinamakan sebagai kemajuan dan kesempurnaan tamadun.

Bangsa-bangsa bukan Barat digambarkan cukup inferior, dan untuk mencapai tahap yang ditentukan sebagai "moden, maju dan membangun", ia perlu menukarkan nilai dan bentuk tradisi dengan kerangka peradaban Barat. Sekurang-kurangnya itulah yang ditanggap oleh Napoleon Bonaparte ketika melakukan penjajahan ke atas Mesir, yang dilihat sebagai pintu masuk ke Timur selama tiga tahun, 1798-1801.

Namun, jauh sebelum itu, kuasa-kuasa Barat sudah pun menguasai kawasan Timur dalam usaha mereka untuk menguasai perdagangan dan menyebarkan dakyah Kristian, terutama Katholik yang dikuasai oleh pemuka gereja Romawi. Ia sebagai satu "cabaran" untuk menghapuskan Kristian Othordoks yang berada di Timur, yang dilihat lebih mendekati ajaran Kristian sebenar, dan mempertahankan tradisi agama yang dibawa oleh Jesus.

Talal Asad, kelahiran Arab Saudi (Madinah) dan merupakan ahli antropologi British, Formation of the Secular: Christianity, Islam, Modernity (2003) menjelaskan bahawa Barat sering menunjukkan keunggulan dirinya melalui pencapaian material, yang boleh diukur dan didokumentasikan secara empirik.

Dan, kerana itu mereka (Barat) meletakkan satu bentuk pemahaman dan kayu ukur berdasarkan faham ilmiah atau saintifik yang mereka bina sebagai kerangka, manakala yang tidak boleh diukur dalam mana-mana skala dilihat sebagai hal yang kabur, tidak munasabah dan bersifat tidak objektif.

Ketika kolonialisme menjadi sesuatu yang cukup mencengkam masyarakat dunia, pada Abad ke-18 ia memperlihatkan munculnya satu paradigma pemikiran di mana-mana masyarakat atau bangsa yang tidak memiliki dokumentasi sejarah bertulis dianggap "Barbarik" atau "liar".

Atas persoalan itulah Barat menganggap masyarakat Asia dan Afrika sebagai "kabur" kerana tidak memiliki sejarah tersendiri. Inilah projek terbesar kolonialisme yang hingga hari ini terus dilaksanakan menerusi penjajahan budaya dan pemikiran, setelah mereka memahami beberapa asas tentang masyarakat di luar Barat.

Semasa kolonial, Barat menghantar pelbagai pakar ke Timur untuk mengkaji pelbagai perkara, dengan tujuan untuk mengekalkan kedudukan sebagai bangsa penjajah selain merombak nilai-nilai ketimuran yang sudah bersebati dan menjadi amalan yang cukup kuat sebagai asas kelangsungan sesebuah tamadun.

Serlahan itu dapat dibaca dalam karya Jurgen Osterhammel, The Transformation of the World: A Global History of the Nineteenth Century (2014) dan Unfabling the East: The Enlightenment's Encounter with Asia (2018), atau juga karya Tamin Anshary, seorang pakar sejarah Islam Afghanistan-Amerika, The Invention of Yesterday: A 50,000-Year History of Human Culture, Conflict, and Connection (2019).

(bersambung)

KAMARUN KH

 

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com