BELI BUDDHA, JUAL RUMI (III)

Dengan kerangka yang dibina bersama Kayla Wheeler (sarjana dalam bidang kajian gender dan cukup dikenali dalam kajiannya mengenai wanita Black Muslim sebagai "material culture", agama digital dan Islam kontemporari di Amerika Syarikat) , Dr Sophia Rose Arjana yang sudah menyiapkan tiga buah monograf mengenai kajian Islam, Hindu, Buddha dan Orientalisme, melihat dengan lebih mendalam mengenai perniagaan mistik yang dilakukan oleh orang perseorangan di Amerika Utara, Maghribi, Mesir, Syria, Turkiye, Iran, Jepun dan Indonesia.

Sebagai sarjana kajian agama, Dr Sophia cuba melihat pendekatan sisi terbaik daripada urusniaga tersebut, namun, apa yang dijumpainya ialah semakin maju perniagaan terbabit, nilai-nilai agama yang sakral, yang membawa kepada kelahiran objek terbabit semakin diselewengkan sehingga tiada rohnya lagi, hanya sekadar eksploitasi spiritual.

Menurut Erich Fromm, To Have or To Be (1997), akibat kemajuan dan penekanan kepada keperluan industrialisasi, manusia seolah-olah kehilangan "janji besar" dalam "kemajuan tanpa batas" -dominasi terhadap alam, kelimpahan material, kebahagiaan tertinggi dan kebebasan tanpa batas- ketika "peradaban dimulai apabila ras manusia mulai mengambil kendali aktif atas alam.

Kata Erich Fromm, "dengan kemajuan industri, digantikan tenaga haiwan dan manusia dengan kekuatan mesin dan kuasa nuklear hingga digantikannya pula akal manusia dengan komputer, kita boleh merasai bahawa kita sedang menuju pengeluaran tanpa batas, dan akhirnya, membawa kepada penggunaan tanpa batas."

Perubahan itu membuat kita cukup berkuasa - sains membuat manusia maha tahu, Kita menuju ke arah menjadi tuhan, wujud tertinggi yang mampu mencipta dunia kedua, menggunakan dunia alam sebagai binaan ciptaan-ciptaan baru itu.

Namun tidak semua yang dikejar, dibayangkan dan diusahakan itu mencapai matlamatnya. Jika sekalipun matlamat itu tercapai, ia masih belum meletakkan manusia dalam situasi "bahagia tertinggi" atau mencapai makna sebenar "sebuah kehidupan yang sempurna". Itulah dilema jiwa manusia, dilema yang tidak pernah berhenti dan dimuktamadkan.

Bahkan, dalam proses kemajuan dan "keinginan tanpa batas" itulah sebahagian manusia mula mencari dari dalam diri, apa sebenarnya yang mereka cari dalam hidup ini. Pencarian itu menuju kepada "pengisian spiritual" tetapi amat jarang di isi semula dengan "jiwa agama", kerana agama dilihat sebagai impuls yang "menakutkan", menyekat kebebasan dan membelenggu setiap tindakan yang bakal diambil.

Fenomena itu telah membawa kepada masyarakat tanpa agama, kelompok tidak percayakan tuhan (ateis), kumpulan yang percayakan tuhan tetapi tidak mengamalkan apa yang diperintahkan Tuhan (agnostik), dan lebih malang lagi, muncul kelompok pseudo sains dan New Ages.

Dalam kehendak industri, juga kehendak budaya konsumerisme itulah Erich Fromm melihat telah muncul suatu bentuk "agama" walaupun tidak dinamakan sebagai agama terutama dalam masyarakat Kristian. Agama itu dinamakan sebagai "agama industri", di mana "dihapuskan elemen Ibu dalam gereja, iaitu masyarakat dibentuk atau dibingkaikan oleh dua acuan: patrisentrik (atau patriarki) atau matrisentrik (matriarki).

Matrisentrik, berpusat pada sifat seorang ibu yang penyayang, cinta tanpa syarat. Sebaliknya, patrisentrik adalah bersyarat, cinta yang dibingkaikan oleh prestasi dan perilaku baik. Cinta seorang ayah (lelaki) boleh hilang, dan boleh diraih kembali dengan bertaubat dan memperbaharui kepatuhan. Cinta ayah adalah "keadilan" dan cinta ibu, adalah "keampunan" dan "kasih".

Agama industri, kata Erich Fromm "memiliki landasannya dalam karakter sosial baru. Pusatnya adalah rasa takut dan ketundukan pada otoriti lelaki yang berkuasa, terpeliharanya rasa bersalah pada ketidakpatuhan, terputus ikatan solidariti manusia oleh supremasi egoisme dan antagonism bersama. Sesuatu yang "sakral" dalam agama industri adalah kerja, harta, keuntungan, kuasa, meskipun semuanya mendorong individualisme dan kebebasan dalam lingkungan prinsip-prinsip umum.

Dengan mengubah Kristian sebagai agama patriarki, ekspresi agama industri dalam terminologi Kristian masih memungkinkan." Kesemuanya ini telah membawa kepada "perubahan karakter", kerana kapitalisme membenarkan manusia menjadi "komoditi" di mana nilainya berubah daripada "nilai guna" kepada "nilai tukar."

Walaupun Dr Sophia tidak cuba membangunkan teori etnografi atau kajian budaya yang dikerangkakan dalam Buying Buddha, Selling Rumi, secara sedarnya saya menemui "rumusan" itu. Awalnya, agama seringkali dikaitkan dengan ras (race), tetapi setelah agama mula berkembang sebagai "keperluan mengisi spiritual", ia sudah menjadi langkau rasa, budaya dan geografi. Walaupun agama dianggap hanya sekadar "kepercayaan", ia sudah membentuk kerangka yang cukup berpengaruh.

Namun, setelah dunia dan kehidupan berkembang, kapitalisme telah membawa kepada perubahan makna agama dan corak pengamalannya, bukan lagi bersifat kemasyarakatan, tetapi lebih kepada "penghayatan peribadi". Akhirnya, disebabkan tidak ada lagi "kesatuan dalam beribadah", maka jadilah "pengorbanan nilai-nilai agama" hanya sebatas amalan spiritual, tanpa ada makna "sebagai ketundukan kepada Yang Berkuasa":

"Spirituality is a commodified and contemporary from of mysticism that universalized religious traditions and markets them- often in the service of wellness industry -...Mysticism was framed as a symptom ...spiritual excess. It also became embedded in both the comparative study of religion and the evolutionary theory of religion." (hal.28-29).

(bersambung)

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com