BERAJA DI MATA BERSULTAN DI HATI

Oleh A Kadir Jasin

SATU sudut perang Israel-Amerika terhadap Iran adalah angan-angan saki baki keluarga diraja Iran hendak kembali bertakhta.

2. Pada tahun 1970-an, rakyat Iran bangkit menentang Shah Mohammad Reza Pahlavi kerana dituduh boros, rasuah dan elitis. Setelah gagal patahkan pemberontak, pada tahun 1979 Shah Reza lari ke Amerika Syarikat. Sekarang anaknya, Reza Pahlavi, berangan-angan balik jadi raja.

3. Di United Kingdom, keluarga diraja bergolak kerana adik Raja Charles dituduh lakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur yang dibekalkan oleh pedofil Mendiang Jeffrey Epstein. Akibatnya, Putera Andrew dilucutkan gelaran diraja dan dinyahkan dari istana. Turut dikaitkan dengan Epstein adalah Puteri Mahkota Norway, Mette-Marit, manakala bekas Raja Sepanyol, Juan Carlos I, pula terpalit dengan skandal rasuah.

4. Jadi, cerita raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah ini bukanlah mitos atau khayalan. Ia adalah fakta sejarah.

5. Al Quran meletakkan syarat yang jelas ke atas seorang pemimpin. Dalam ayat 41 Surah Al-Hajj, Allah berfirman: “Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan ingatlah, bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

6. Jadi janganlah sekali-kali memperalatkan kuasa, amanah dan kehormatan jawatan. Rasullah SAW bersabda: “Tidaklah seseorang hamba yang Allah berikan kepercayaan untuk memimpin rakyat, kemudian dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya, melainkan Allah mengharamkan syurga baginya.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

7. Banyak contoh dan cerita pemerintah kejam, tidak bermaruah, sakit jiwa malah gila. Banyak raja Eropah menjadi gila akibat jangkitan sipilis, khususnya dari abad ke-16 hingga 19. Antara mereka adalah Charles VIII (Perancis), Ivan (Rusia), Edward IV (England) dan Ludwig II (Bavaria).

8. Manakala di China pula, beberapa orang Maharaja Dinasti Qing dan pembesar mereka ketagihan candu. Ini menyumbang kepada rasuah, kelemahan pentadbiran dan akhir sekali kepupusan.

9. Diceritakan dalam hikayat Merong Maha Wangsa yang raja menjadi kejam kerana ketagihan darah. Sekarang mereka tidaklah ketagihan darah. Sebaliknya mereka ketagihan arak dan bahan-bahan lain yang mengkhayalkan sehingga hilang ingatan.

10. Dalam UKM Journal Article Repository, terdapat kisah penagihan candu di kalangan pembesar Melayu, termasuk beberapa orang Sultan pada zaman penjajahan Inggeris.

11. Ini tidak menghairankan kerana pada abad ke-19, antara 50 dan 60 peratus hasil Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu adalah berkaitan candu. Hanya pada tahun 1952 barulah candu diharamkan.

12. Dalam drama “Games of Thrones”, King Aerys II Targaryen, yang dikenali sebagai “Mad King” (Raja Gila), mengamok kerana gangguan mental (paranoia).

13. Gangguan mental menyebabkannya Baginda mengkhayalkan perkara-perkara aneh, seperti berasa dirinya terlalu penting atau percaya bahawa orang lain sentiasa meng­ancamnya.

14. Oleh sebab berasa terancam, ada raja yang menyembunyikan diri dalam Istana dan membawa pengiring bersenjata yang ramai apabila keluar istana.

15. Salah seorang daripadanya adalah Charles VI, Perancis (1368-1422) yang digelar “Charles the Mad” (Charles yang Gila). Baginda menderita masalah mental (psikosis) yang membuatkannya percaya dia adalah kaca yang akan pecah berkecai jika disentuh. Akibatnya, dia bersembunyi dalam istana, enggan mandi atau menukar pakaian.

16. Dalam zaman moden ini pun masih kedengaran cerita golongan aristokrat berkelakuan tidak baik, mabuk, kurang siuman, gila seks dan seumpamanya, macam bekas putera Andrew itu.

17. Sekarang mereka tidaklah ketagihan darah atau candu. Sebaliknya mereka ketagihan seks, minuman keras dan bahan-bahan khayal (psychoactive compounds).

Sekian.

Terima kasih.

(Sumber: https://www.facebook.com/share/p/1DNpZDPYsm/?mibextid=wwXIfr)

Sumber: bebasnews.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com