BERAKHIRNYA KONFLIK PANJANG IRAN-ARAB SAUDI (II)
Pelbagai entiti ekonomi yang dahulunya menjadi kebanggaan masyarakat barat, semakin dikuasai oleh firma China. Ini menjadikan Amerika Syarikat semakin bimbang apatah lagi apabila diramalkan China bakal menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia, menyingkirkan Amerika Syarikat pada tahun 2038, iaitu dua belas tahun lebih awal daripada ramalan asal (2050). Ertinya, Amerika Syarikat mempunyai masa selama sepuluh atau selewat-lewatnya lima belas tahun lagi untuk mengekang kemaraan China.
Amerika Syarikat, dalam situasi sekarang dilihat tidak mampu mengekang China walaupun pada tahun-tahun 1980-an, ketika berdepan dengan kemelesetan berjaya dipulihkan dengan kerjasama Jepun. Amerika juga pernah meminta China mengkaji semula nilai mata wangnya.yakni menaikkan nilainya.
Namun China tidak bersetuju. Tujuan dinaikkan nilai agar mata wang Remimbi dapat mengimbangi harga produk, produk Amerika Syarikat dan keluaran Eropah mampu bersaing.
Dengan termeterainya Perjanjian Arab Saudi-Iran menjadikan Amerika Syarikat terpaksa memikirkan semula peranannya sebagai pendamai yang gagal di Timur Tengah dan percaturannya untuk mengagih-agihan telaga minyak.
Walaupun Amerika Syarikat telah berjaya menguasai Irak, keputusan-keputusan politik menunjukkan pengaruh Amerika Syarikat terpaksa dinilai semula selepas Iran dan Arab Saudi bakal menjadi kuasa penentu, manakala Israel terpaksa berhati-hati setiap tindakannya.
Iran dan Arab Saudi, dengan termeterai perjanjian tersebut bukan sahaja menamatkan konfik sekterian yang sekian lama berakar umbi (Syiah-Sunii sejak Khalfah ar-Rasyidin sehingga menyebabkan terbunuhnya Khalifah Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib, posisi yang diambil semasa Perang Teluk, sikap Arab Saudi membantu Amerika Syarikat mengganyang negara-negara Afrika dalam Perang Iran-Irak dan sebagainya), ia bakal dilihat kesatuan Arab akan mula terbina.
Usaha tersebut akan menjadikan Arab Saudi dan Iran sebagai kuasa ekonomi yang baharu memandangkan banyak kepakaran dimiliki oleh rakyat Iran, termasuk kepakaran nuklear yang dianggap semakin penting disebabkan pengeksploitasian minyak dan gas akan mencapai tahap maksimun, bakal kehabisan pada suatu masa.
Jadi, sebagai persediaan untuk membangunkan sumber tenaga alternatif, nuklear sudah dibuktikan mampu berbanding asas-asas yang lain termasuk biomass, biofuel dan sebagainya.
Pontensinya yang lain ialah tenaga solar, tetapi dnegan krisis yang berlaku di Ukraine, menyebabkan banyak negara mula memikirkan semula peranan Amerika Syarikat dalam dasar nuklearnya, tidak membenarkan lain-lain negara menguasainya, kecuali yang mendapat telunjuk Washington seperti India, Jepun, Korea Selatan dan Israel.
Setelah perjanjian ini dapat dimuktamadkan sepenuhnya, ia akan mengubah corak dan dasar luar negara Amerika Syarikat kerana Iran yang sudah bekerjasama dengan Rusia akan terus melangkah lebih jauh. Manakala kerjasama antara China dan Rusia akan membuka jalan baharu, yang bakal meraikan kemenangan China untuk terus gigih melengkapkan Belt Road Initiative (BRI), yang diilhamkan daripada sejarah Laluan Sutera dalam perdagangan zaman silam.
BRI bukan sahaja akan membuka ruang pengaruh geopolitik yang lebih besar kepada China, ia juga akan memberikan posisi yang lebih besar kepada Rusia setelah kedudukannya sebagai kuasa pengimbang – komunisme dan kapitalisme – saling bercakaran dan kemudian berjaya ditundukkan menerusi doktrin Perang Dingin.
Runtuhnya Kesatuan Sosialis Republik Rusia, perubahan dasar Tembok Besi dan runtuhnya Tembok Berlin yang disambut sebagai kemenangan Kapitalime Liberal bahkan kemenangan tersebut dipersepsikan sebagai ‘berakhirnya sejarah’ oleh Francis Fukuyama, The End of History and the Last Man, New York: Free Press, 1992) .
Menjadikan Rusia dan China semakin bermuafakat. Ini dapat dilihat daripada tindakan China membeli gas dan petrol yang dihasilkan oleh firma Rusia setelah disekat oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah ekoran Perang Ukraine (24 Februari 2022).
Ia bermula dengan kebimbangan Rusia ke atas Amerika Syarikat yang menjadi dalang kepada penyertaan Ukraine dalam NATO –North Atlantic Treaty Agreement- iaitu suatu kesepakatan ketenteraan yang asalnya kerjasama perdamaian Eropah dan Amerika Syarikat membantu sebarang bentuk serangan ketenteraan, yang dibentuk pada tahun 4 April 1949 dengan keanggotaan 28 buah negara.
Matlamat utama ketika itu ialah membendung kemaraan komunisme dengan keyakinan bahawa akan berlaku seperti permainan domino, bila sesebuah negara jatuh maka negara lain akan ikut, yang membentuk Teori Domino.
Ini kerana sebahagian Eropah Timur cenderung komunisme, manakala Eropah Barat cenderung kapitalisme dan demokrasi.
Atas sebab yang sama juga Amerika Syarikat mengerahkan ketumbukan tentera campur tangan di Vietnam kerana ingin membendung negara-negara Asia Tenggara terus dikuasai oleh komunisme. Eropah juga perlu dibendung, tetapi ia dilaksanakan menerusi kesepakatan ketenteraan.
Selepas mengakui kalah di Vietnam (1974), Amerika Syarikat menggunakan pengaruhnya untuk memperkuatkan ‘serangan ideologi komunisme’ dengan menggunakan matlamat Perang Dingin (1947).
Manakala untuk meruntuhkan keyakinan awam terhadap komunisme, Amerika Syarikat menggunakan helah demokrasi atau wilsonisme sehingga menjadikan Rusia berpecah ekoran dasar dan pemerintahan Mikhail Gorbachev dengan glassnot dan prestorika.
Selepas itu munculnya negara-negara baharu yang berpecah daripada KSSR, dan kemuncaknya, penyatuan Jerman yang dipisahkan antara Jerman Barat (kapitalis dan demokrasi) dengan Jerman Timur (komunis dan ekonomi tertutup).
Ia dilakukan secara simbolik dengan meruntuhkan Tembok Berlin (9 November 1989) dan seterusnya pengunduran Rusia di Afghanistan (1989) selama 10 tahun (1979).
Jadi dengan termetrainya perjanjian diplomatik ini, akan membentuk blok baharu di Timur Tengah menyebabkan peranan Amerika Syarikat menjadi semakin kecil di atas kekuatan ekonomi China dan Rusia, dua negara dalam kelompok BRICS.
China juga dilihat semakin berpengaruh di Brazil di atas ‘kedermawaan’nya dalam usaha membantu banyak negara kecil menyelamatkan rakyat daripada menjadi mangsa pandemik COVID-19.
Amerika Syarikat juga sedang mencari alasan untuk menyalahkan China akibat penularan wabak tersebut, termasuk profil makmal yang terbabit di Huabei. Virus tersebut dikatakan dicuri oleh dua orang saintis China dan kemudian dibawa balik ke China.
Virus itu kemudiannya bocor walhal pada awalnya dituding ke atas pasar yang menjual binatang eksotik.
Walaupun China menafikannya, Amerika Syarikat tetap akan lakukan propaganda memburuk-burukkan China agar kedudukan hegemoninya terus kekal. Tetapi, kali ini Amerika Syarikat benar-benar menghadapi cabaran yang cukup besar, termasuk tindak balas kapitalisme China.
Xi Jin Ping telah dipilih semula sebagai Presiden China awal tahun 2023 selepas menamatkan pemerintahan selama dua penggal (10 tahun mulai 14 Mac 2013). Ia memberikan gambaran bahawa Xi Jin Ping sangat disukai oleh politburo (kepimpinan pusat parti) dengan memilih semulanya.
Ia suatu pengiktirafan pencapaian Xi Jin Ping untuk meneruskan iltizamnya menjadi pelopor pasaran dan mengambil alih kuasa ekonomi daripada Amerika Syarikat.
Dalam period penggal ketiga ini, Xi Jin Ping sudah menunjukkan kejayaan awalnya dengan merintis perjanjian diplomatik ke atas dua negara yang bermush sejak hampir sepuluh tahun lalu. Sedangkan, semasa Perang Perdagangan, Amerika Syarikat dan China mendapat penyelesaian walaupun Donald Trump mengakui ada harapan.
Sebenarnya, hubungan diplomatik Iran dan Arab Saudi mengalami pasang surutnya sekian lama, tetapi tidaklah mengambil masa yang panjang, bermula pada tahun 2015.
Kemelut itu bermula apabila Arab Saudi membuat keputusan menghukum mati seorang aktivis syiah, Nimr al-Nimr (Nimr Baqir al-Nimr, Nimr Bāqr an-Nimr, dan digelar Shiekh Nimr, 1959 – 2 Januari 2016).
Syeikh Nimr ialah ulama Syiah Alawiyah yang menetap di Wilayah Syarqiyah, Arab Saudi.
Syeikh Nimr ditangkap oleh penguasa Arab Saudi pada tahun 2006 setelah mendakwa dirinya ditindas oleh Mabahith (polis rahsia).
Pada tahun 2009, medakwa hak-hak minoriti seperti kebebasan tidak ada menyebabkan kelompok Syiah tidak dihormati sehingga melahirkan cadangan agar wilayah Syarqiyah berpisah daripada Arab Saudi. Sekali lagi Syeikh dan 35 orang pengikutnya ditangkap.
Sekitar tahun 2011 hingga 2012, muncul beberapa bantahan terhadap pihak berkuasa Arab Saudi berhubung ‘kezaliman’ terhadap pengikut Syiah Mereka berdemontrasi menuntut hak mereka diberikan sejelas-jelasnya dan membebaskan aktivis Syiah daripada pelbagai tekanan.
Syeikh Nimr menyeru penyokong-penyokong ‘berperang dengan tempikan suara’ menentang pihak polis yang menghalangi mereka daripada berdemo.
8 Julai 2012, pihak polis menembak Syeikh Nimr dan terkena betis.
Selain itu, dua orang pendemo terbunuh apabila terkena tembakan langsung dari pihak polis. menembak Dua orang yang terbunuh itu ialah Akbar al-Shakhouri dan Mohamed al-Felfel.
Bagi membantah ‘kezaliman’, Syeikh Nimr melancarkan ‘mogok lapar’. Pendokong-pendokongnya kemudian memohon pertolongan masyarakat antarabangsa bagi membolehkan sanak saudara, peguam dan pejuang hak asasi melawat Nimr yang dipenjarakan.
15 Oktober 2014, Syeikh Nimr dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Jenayah. Hukuman tersebut telah mengundang campur tangan asing, dan akibat tweet yang dilakukan, saudara Syeikh Nimr, Mohammad Nimr ditangkap.
Namun, hukuman mati terhadapan Nimr itu dilaksanakan pada 2 Januari 2016. Ia dilaksanakan bersama-sama 46 orang pengikut-pengikutnya.
Hukuman mati itu menyebabkan berlaku ketegangan diplomatik dengan Iran, negara yang penduduk majoritinya adalah Syiah, dan dikatakan sebagai negara penduduk Syiah terbesar.
Awal Januari 2015 berlaku serangan pendokong Syiah di Kedutaan Arab Saudi di Teheran, dan ia berakhir terputusnya hubungan diplomatik antara kedua negara.
Musim haji 2016, Iran mengharamkan rakyatnya mengerjakan haji setelah musim haji 2015, rakyat Iran mendapat ‘sekatan dan halangan’ oleh pemerintah Arab Saudi.
Kesannya semakin merebak, ikut dikecam oleh masyarakat antarabangsa dan juga beberapa buah negara Islam. Ia kemudiannya, merebak kepada dakwaan-dakwaan yang lebih banyak mengeruhkan geopolitik Timur Tengah.
Arab Saudi kemudiannya menuduh Iran menyokong puak Houthi di Yaman manakala Riyadh mengetuai pakatan tentera untuk menyokong kerajaan. Arab Saudi dan Iran turut mempengaruhi Syria, Lebonan dan Irak.
Namun, kekuatan Iran nampaknya tidak dapat disaingi oleh Arab Saudi di tiga buah negara berkenaan, atas hubungan sekterian syiah.
Sebagaimana kita ketahuin Syria dipimpin oleh Bashar al-Assad, dari kelompok Syiah Alawiyyah, manakala Lebanon dan Irak semakin menampakkan kemunculan besar pengaruh sekterian dalam urusan pentadbiran kerajaan. Turki juga didakwa semakin menuetralkan perjuangan Syiah dan menerima ideologinya, walaupun tidak mengiktiraf beberapa asas doktrinnya.
Sejak beberapa tahun kebekalangan ini, yakni sejak Arab Saudi melakukan proses pembaratan, negara itu dilihat lebih mengutamakan kesejahteraan ekonomi sendiri dengan begitu banyak menurut telunjuk Barat.
Antaranya menyalurkan dana kepada negara-negara Islam untuk menentang Syiah, radikalisme dan militanisme yang dikonsepsikan oleh Barat, dan memetik rumusan laporan-laporan badan antarabangsa yang dipengaruhi Amerika dan Eropah secara langsung.
Secara jelasnya, laporan-laporan badan antarabangsa itu bertunjangkan sebahagian besarnya maklumat agensi perisikan Israel (Mossad).
Arab Saudi juga berusaha meningkatkan pelaburan di negara-negara Islam di Asia bagi membolehkannya memainkan dua peranan secara tidak langsung sekaligus: membendung Syiah dan mengembangkan nilai-nilai wahabisme.
Lebih subtle ialah memperluaskan institusi pendidikan tinggi Arab dengan membuka cawangannya di Malaysia dan Indonesia setelah ‘terpukul’ dengan apa dilakukan oleh Lembaga Pendidikan Azhar menguasai pendidikan Islam sekian lama di Asia Tenggara. Contohnya Universiti Madinah Malaysia di Cyberjaya,
Al-Azhar berjaya membentuk rangkaian alumninya yang cukup besar sama ada di Malaysia mahupun di Indonesia kerana siswasahnya cukup ramai.
Hal ini sebenarnya mula berlaku selepas Perang Dunia II, yakni selepas dua kota Haramain (Mekah dan Madinah) tidak lagi menjadi pusat pengajian ilmu-ilmu Islam.
Ia berubah setelah konsep pendidikan dan persekitaran pendidikan alami perubahan, manakala al-Azhar mempunyai ‘feeder’nya yang cukup meluas, dikatakan mempunyai lebih 4,000 institusi pendidikan yang berafilasi dengan Al-Azhar as-Syarif di seluruh Mesir.
Ribuan lagi oleh beberapa buah negara Islam, termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.
Hal ini telah mengubah Haramian sebagai pusat pendidikan yang menarik, berpindah ke Mesir, iaitu di Universiti al-Azhar dan beberapa buah universiti lain. Arab Saudi dilihat tertinggal dan kehilangan imejnya sebagai pusat pendidikan Islam yang penting sekitar akhir Abad ke-19 dan sehingga pertengahan Abad ke-20.
Dari peringkat pendidikan berbentuk kuttab hinggalah peringkat menengah. Lepasanya kemudian diterima oleh al-Azhar dan cawangan-cawangannya, selain universiti-universiti lain yang menyedikan pendidikan percuma.
Keagresifan para pendidik al-Azhar menghasilkan pelbagai penulisan akademik, jurnal ilmiah dan kajian-kajian perbandingan agama, falsafah dan sebagainya telah membuka ruang yang besar ke atas posisi universiti tertua itu (diasaskan oleh Daulah Fatimiyyah, yang berfahaman Syiah pada tahun 970/972, dan 1961 rasmi sebagai universiti).
Al-Azhar kemudiannya menjadi institusi pendidikan Islam yang berkerangkan Sunni apada Salahuddin al-Ayubbi berjaya mengalahkan pemimpin terakhir Fatimiyyah. Kejayaan itu membawa kepada terbentuknya Daulah Ayubbiah, yang masih ada hubungannya dengan Empayar Abasiyyah yang Sunni dan Daulah Zankiyyah.
(BERSAMBUNG)
MONOSIN SOBRI
