BERHATI-HATI MENJATUHKAN HUKUMAN

Pada 23 Ogos 2022, bekas Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak telah dijatuhkan hukuman penjara, atas kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang secara haram di bawah akta AMLA.

Rakyat Malaysia sekali lagi berbeza pendapat, ada yang riang dan bertepuk-tangan mendengar berita ini, dan ada yang sedih dengan keputusan mahkamah. Inilah lumrah manusia, setiap orang mempunyai hati dan akal fikiran yang mustahil sama.

Negara kita juga akan berdepan dengan kes-kes yang lain seperti kes pecah amanah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Penang Lim Guan Eng, dan kes pecah amanah, penyelewengan wang dan pengubahan wang haram bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Jadi, bagaimanakah reaksi seorang muslim, apabila seseorang itu telah dijatuhkan hukuman?

Menjadi hak tertuduh untuk mendapatkan ruang pembelaan semaksimanya, kerana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Itu kaedah Islam yang telah terpakai dalam dunia perundangan semasa hari ini.

Oleh kerana itu wujud satu bidang kerja profesional dinamakan guaman.

Berasaskan kaedah perundangan Islam dan keadilan kemanusiaan, sesiapa sahaja yang dituduh di mahkamah berhak mendapat pembelaan sewajarnya bagi mempertahankan diri daripada tuduhan, agar mahkamah tidak tersilap menghukum seseorang yang tidak bersalah.

Membiarkan tertuduh dihukum dan diadili oleh media juga tidak adil dan zalim kepada tertuduh. Pemberitaan demi pemberitaan berasaskan fakta yang dibentang oleh pendakwa membawa masyarakat awam menjadi hakim sebelum hakim membuat keputusan. Itulah adalah satu kezaliman terhadap hak dan maruah tertuduh.

Syeikh Dr Yusuf Qardhawi pernah menukilkan dalam tulisannya;

“Dan wajib kepada masyarakat Islam untuk memberi peluang kepadanya, memelihara hak kebebasan dalam mempertahankan diri dengan apa sahaja yang dia mampu samada dengan kata-kata lisan atau tulisan dalam akhbar atau bicara di radio dan televisyen apatah lagi jika dia merupakan seorang tokoh masyarakat yang ada nilai dan pengaruh. Maka tidak harus dari sudut Syarak membiarkan taring-taring musuhnya memangsakannya siang dan malam secara terbuka sedang masyarakat hanya memerhati, tidak menggerakkan orang yang diam, sedang pintu-pintu pula tertutup ke atas tertuduh yang tidak bersalah, dia tidak mampu menolak senjata musuhnya yang memiliki segalanya manakala dia pula ditelanjangkan daripada segalanya.”

Benci Perbuatan, Bukan Orangnya.

Akan tetapi, seringkali kita tak mau tahu dengan kesalahan yang orang lain lakukan. Sekali dia melakukan kesalahan pada diri kita, maka saat itulah kita akan mulai benci padanya dan tidak mempercayainya. Itulah yang sering terjadi.

Seharusnya, kita tidaklah membenci orang yang melakukan kesalahan. Namun, bencilah perbuatannya. Setidaknya, begitulah yang telah diajarkan oleh salah seorang Sahabat Rasulullah yang hidup di generasi terbaik umat ini.

Abu Qalabah bercerita;

“Suatu hari, Abu Darda’ melewati seorang laki-laki yang telah melakukan satu kesalahan, lalu dimaki-maki oleh banyak orang. Abu Darda’ mencegahnya seraya berkata, “Jika kalian mendapatinya terperosok dalam satu lubang, apakah kalian akan mengeluarkannya?”

Mereka menjawab, ‘Ya.’

Lalu dia berkata, “Kalau begitu, janganlah kamu mencelanya. Bersyukurlah kepada

Allah yang telah menyelamatkan kalian dari dosa dan kesalahan.”

Mereka bertanya, ‘Apakah engkau tidak membencinya?’

Dia menjawab, “Yang ku benci adalah perbuatannya. Jika dia meninggalkan kesalahannya, maka dia saudaraku.”

Itulah mengapa, Islam begitu indah. Tiada rasa benci pada sesama muslim meskipun mereka melakukan kesalahan. Selama dia mau mengakui kesalahannya seraya bertaubat dari perbuatan itu, maka dia masih saudara kita dalam Islam.

Maka, bencilah kesalahannya jangan membenci orangnya.

Setiap orang, pasti pernah melakukan kesalahan. Tiada seorang pun yang bebas dari tindakan salah. Melakukan kesalahan, adalah salah satu tabiat manusia, satu proses untuk menjadi insan yang lebih baik.

Seorang muslim juga harus berpegang erat dengan kepercayaan bahawa keadilan hakiki milik Allah SWT. Dialah Al-Adil. Sebagai hambanya, kita hanya mampu menilai dengan kearifan dan kefahaman yang terhad. Setiap manusia, setinggi manapun pangkatnya di dunia ini, tidak terlepas dengan sikap prejudis di dalam hatinya, sekecil mana sekalipun. Tetapi kita perlu menghayati firman Allah SWT dalam Surah An-Nisaa Ayat 58 yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah perintahkan kamu supaya menunaikan amanah kepada ahlinya. Dan apabila kamu berhukum di antara manusia, bahawa kamu menjatuhkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang mengingatkan kamu dengannya. Sesungguhnya Allah, Dia lah Tuhan yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”

Mustahil untuk kita sebagai orang awam, bersikap adil dalam menghukum seorang pesalah. Ini kerana kita hanya bergantung dengan apa yang disajikan dalam media sosial, hantaran whatsapp dan perbincangan kedai kopi. Kita tiada kepakaran, tetapi ingin juga mengeluarkan analisa dan pendapat yang berpaksikan emosi sepenuhnya.

Justeru itu, elakkan untuk menghina seseorang yang telah dijatuhkan hukuman. Sebaliknya, adalah lebih baik untuk kita fokus kepada menjernihkan hati kita, dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk dijauhkan daripada sifat-sifat mazmumah.

Kerana apabila kita berfikir seolah-olah kita ini lebih baik daripada si pelaku, maka perasaan sombong dan angkuh telah meresap ke dalam hati, dan inilah dosa paling besar, yang dilakukan Iblis.

“Dan Allah telah menjadikan langit yang tinggi, serta Dia mengadakan neraca keadilan (undang-undang). (7);

Supaya kalian tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. (8); Dan betulkanlah timbangan itu Dengan Adil, Dan Janganlah Kalian Mengurangi Neraca Timbangan. (9).” (Surah Al-Rahman: 7-9)

Catatan :  Ibnu Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com