BERSATULAH KELUARGA BESAR PN

NASIHAT ORANG KERDIL KEPADA MAJLIS PIMPINAN PERIKATAN NASIONAL

Oleh Dato’ Dr. Ibrahim Ali

SAYA menulis ini sebagai seorang yang kerdil dalam politik tapi ada sedikit pengalaman melalui penglibatan berbagai pergolakan dan peristiwa politik tanah air, dan bukan sebagai orang yang buta membaca gerak kuasa. PAS ialah parti Islam yang matang dan berpengalaman.

BERSATU pula lahir daripada keresahan rakyat terhadap politik lama, dengan pengalaman pentadbiran di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin. PAS ada jentera dan disiplin akar umbi.

BERSATU ada pengalaman mentadbir kerajaan dan jaringan kuasa. Dua kekuatan ini jikalau digabungkan mampu menumbangkan kerajaan Madani yang hiruk piruk. Kalau dipecahkan sesama sendiri, lawan hanya tersenyum.

Ada pendapat yang boleh diterima, PN amat mudah menawan Putrajaya jika PN benar-benar bersatu teguh kerana kebencian rakyat terhadap PMX, DAP, UMNO dan AMANAH atas berbagai isu yang memang teruk serta tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia sejak Merdeka.

2. Dalam perjuangan Islam, kemenangan bukan hanya tentang siapa paling kuat bercakap. Islam mengajar menjaga saf sebelum mengejar kemenangan. Saf yang bocor biasanya bukan kalah kerana musuh terlalu kuat, tetapi kerana orang dalaman yang membuka ruang kepada musuh. Sebab itu PAS dan BERSATU, jangan sampai melihat kawan sendiri lebih besar bahayanya daripada musuh sebenar.

3. PAS mesti ingat, bila rakyat melihat sesama sahabat dalam PN saling sindir dan saling serang, rakyat bukan sahaja menilai politik PAS, tetapi menilai wajah perjuangan Islam yang PAS bawa. BERSATU pula jangan melayan serangan dengan emosi. Kadang-kadang orang yang paling banyak membalas bukan nampak kuat, tetapi nampak hilang sabar. Dalam keadaan begini, yang paling tenang akan menang moral di mata rakyat.

4. Jangan terlalu mudah percaya PH dan UMNO benar-benar akan berpecah. Dalam politik, gaduh di pentas tidak semestinya bermusuh di bilik rundingan. Zahid tidak mudah meninggalkan Anwar kerana UMNO masih bergantung kepada nafas Putrajaya. Anwar pula tidak mudah membuang UMNO kerana tanpa UMNO, kerajaan Madani kehilangan tongkat Melayu paling penting.

5. Sebab itu pergaduhan PH dan UMNO boleh jadi hanya retak terkawal untuk menghilangkan label UMDAP. UMNO mahu penyokong Melayu percaya mereka masih melawan DAP. DAP pula mahu penyokong mereka percaya DAP masih berani menekan UMNO. Sedangkan kerajaan tetap berjalan, kuasa tetap dikongsi dan rundingan tetap berlaku. Jangan sampai PN termakan wayang lawan lalu memecahkan rumah sendiri.

6. Ada orang berkata PAS boleh bergerak dengan reset baharu bersama Hamzah. Saya tidak menolak kehebatan sesiapa, tetapi politik pilihan raya bukan hanya bergantung kepada siapa ada angka MP hari ini sahaja. Bila Parlimen dibubarkan, semua angka itu hilang. Yang tinggal ialah jentera, struktur, logo, emosi pengundi, calon, wang dan keyakinan rakyat. Meninggalkan PN demi sesuatu yang belum cukup akar ialah perjudian besar.

7. Begitu juga bisikan Muafakat Nasional 2.0 antara PAS dan UMNO. Itu lebih mudah disebut daripada dijayakan. Luka akar umbi PAS dan UMNO bukan boleh disapu dengan satu sidang media. Tambahan pula medan politik baharu sudah ada BERSAMA Rafizi yang lebih agresif menarik pengundi muda dan atas pagar. Kalau pembangkang berpecah banyak blok, PH-BN akan mendapat hadiah terbesar daripada pecahan undi Melayu sendiri.

8. Akhirnya saya merayu kepada seluruh Majlis Pimpinan PN dan penyokong akar umbi, tidak perlulah masing-masing berlumba menjadi hero sampai terlupa rumah sendiri sedang dibakar. Setiap kata-kata panas sedang dikutip cybertrooper lawan sebagai peluru percuma.

Jika PRU16 nanti PH dan sekutunya menang walaupun sarat kelemahan, jangan terkejut kalau puncanya bukan kerana mereka terlalu kuat, tetapi kerana PN sendiri gagal menjaga lidah, gagal menjaga saf dan gagal membezakan antara melawan musuh dengan mencederakan kawan sendiri.

Rupa-rupanya pepatah melayu zaman dahulu masih releven, menang sorak kampung tergadai (rasa kuat tetapi kalah), bunyi guruh di langit, tapi hujan tak turun, atau ayam berkokok, tetapi hari tidak siang. Rasa kuat dan hebat, tetapi gagal rampas Putrajaya PRU16. Sebabnya, masing-masing hilang akal yang waras.

9. Ini adalah luahan nasihat Tok Him, manusia kerdil bersama Parti PUTRA yang dilabel kecil tetapi berjiwa besar dan sentiasa berlapang dada, tidak hipokrit dan sentiasa rendah diri dalam kelantangan perjuangan demi bangsaku melayu, rakyat malaysia dan negara yang sedang hancur akibat Madanin yang munafik.

Bersatulah wahai keluarga besar PN jika ingin merampas Putrajaya demi Rakyat Malaysia yang mahukan kerajaan yang berintegriti dan berakhlak.

MOHON MAAF JIKA TERKASAR BAHASA
TETAPI IKHLAS DAN JUJUR

Dato’ Dr. Ibrahim Ali
Presiden Parti PUTRA
1 Jun 2026

Sumber: https://www.facebook.com/share/p/1D4tFV8bTs/

Petikan daripada bebasnews.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com