BILAKAH TRUMP ANGKAT SUMPAH PM ISRAEL?

Dalam satu wawancara semasa kempen pilihan raya separuh penggal kepresidenan, Donald Trump menjawab pertanyaan dengan berseloroh, jika Republikan kalah beliau akan pindah ke Israel dan akan menjawat jawatan Perdana Menteri Israel. Trump berkata demikian setelah blok parti yang menyokong Benjamin Netanyahu tidak mencapai undi yang mencukupi bagi membolehkannya kekal sebagai Perdana Menteri.

Benjamin Netanyahu "kusut masai" dengan kekalahan tersebut, tetapi kekalahan Republikan masih mampu kekalkan kedudukan Donald Trump. Ini kerana Trump masih ada tempoh kekuasaannya di Rumah Putih untuk dua tahun lagi.

Keputusan pilihan raya separuh penggal menyaksikan Republikan terpaksa "menerima hakikat" sokongan rakyat Amerika Syarikat semakin menyusut. Demokrat berjaya menguasai dua dewan - dewan perwakilan dan dewan senat - menjadikan setiap hal yang inginkan dilakukan oleh Donald Trump semakin sukar.

Ia mungkin akan membawa kepada kekalahan Republikan seterusnya apabila Pilihan Raya Presiden yang bakal berlangsung pada 20 November 2028.

Menyoroti kekalahan Republikan, Netanyahu memohon agar kiraan semula undi diadakan. Ketika parti pimpinannya gagal melepasi majoriti mudah, Netanyahu menuduh kejayaan besar parti-parti Arab disebabkan pembabitan negara luar, yakni dana daripada Qatar.

Namun, sehingga kini, tidak ada bukti mengenai dakwaan tersebut. Netanyahu dilihat semakin "tidak dipercayai" oleh rakyatnya sendiri, sama seperti yang dialami oleh Donald Trump tatkala tujuh kawasan tradisi Republikan berjaya dirampas oleh calon Demokrat.

Kemenangan bersejarah buat calon Demokrat yang mewakili Michigan, Dr Abu el-Sayed menyebabkan Trump malu besar kedua kaki setelah menghinanya. Kali pertama, Trump terpukul dengan kemenangan Madani sebagai wakil Demokrat sebagai Datuk Bandar New York.

Kali kedua, kemenangan Dr Abdul al-Sayed pakar epidemiologi yang berusia 42 tahun mewakili Michigan. Ayahnya adalah imigran dari Mesir. Ketika berkempen, Trump menyerang keras pencalonan al-Sayed, tetapi al-Sayed tetap tenang menjawabnya. Antara yang dikecam ialah tentang nama Muhammad, yang bagi setengah orang merujuk kepada Nabi Muhammad SAW.

Dengan tenang al-Sayed berkata kepada penyokongnya, mulai malam ini boleh memanggil saya Muhammad sebagai nama pertama. Begitu juga apabila Trump berkata, pengundi wajib menolak al-Sayed kerana anti Israel dan kekal menyokong Palestin.

Dr al-Sayed mengatakan beliau akan terus berjuang untuk menyokong penubuhan negara Palestin, bukan mengiktiraf negara Israel.

Dr Abdul el-Syed semasa kempen tidak menerima dana daripada korporat, hanya bersetuju menerima derma kempen daripada rakyat biasa walaupun sekadar USD 5 atau USD 10. Beliau menolak cengkaman oligarki yang cukup kuat dalam menentukan undi dan pengaruh politiknya. Ia menjadikan Dr Abdul el-Syed sebagai calon Islam pertama yang dipilih menyertai Senat.

Secara keseluruhannya, pilihan raya separuh penggal kali ini telah menempatkan seramai 12 orang tokoh Muslim dalam Dewan Perwakilan dan Senat Amerika Syarikat. Ia merupakan sejarah baharu yang secara tidak langsung membuktikan, semakin kuat Islam dihujat (dikecam), Islam semakin diterima oleh masyarakat Amerika Syarikat. Ia bukan persoalan "membenci Islam" tetapi Islam itu mengajar manusia erti kemuliaan dan keindahan hidup serta bermasyarakat.

Kemenangan dua institusi politik ini memberikan tekanan yang cukup hebat kepada Trump yang masih ada dua tahun lagi. Trump terpaksa menerima hakikat bahawa pengundi Amerika sebenar menolak sikap dan pendirian ekstremis Trump, termasuk mendesak agar Perang ke atas Iran dihentikan segera.

Langkah awal yang diumumkan Trump ekoran kekalahan Republikan ialah tidak akan menyalurkan bantuan dana kepada Israel bermula tahun depan. Bantuan tahunan Rumah Putih kepada Israel berjumlah USD 3.8 bilion.

Kesan daripada kekalahan Republikan di Dewan Perwakilan dan Senat akan menyukarkan keputusan dasar Presiden. Atas sebab itu, Trump mungkin akan kehilangan kuasa politik kerana setiap apa yang akan dilakukan akan ditentukan oleh Dewan Perwakilan dan Senat yang secara politiknya "tidak berpengaruh"

Hal yang sama sedang berlaku di Israel. Ketika ini, walaupun parti yang mendokong Netanyahu kalah, kabinet baharu Israel masih belum dapat dilantik. Netanyahu masih berkuasa melalui konsep politik "caretaker government" tetapi beliau tidak boleh membuat keputusan-keputusan lebih besar, hanya sekadar "house keeping".

Ia berbeza dengan Trump, masih boleh membuat keputusan dasar yang besar, tetapi ia bukan lagi sesuatu yang mudah. Setiap apa yang ingin dilakukan terpaksa mendapat keputusan Kongres - Dewan Perwakilan dan Senat. Kedua-dua dewan kini dikuasai oleh Demokrat.

Netanyahu bila-bila masa akan ditunjuk keluar sekiranya Parti Arab dan Pembangkang (diketuai oleh Gadi Eisenkot). Presiden Israel sedang menimbang kemungkinan untuk menyerahkan usaha membentuk kerajaan campuran kepada Benjamin Netanyahu.

Setakat ini, tidak ada keputusan sama ada gabungan parti pimpinan Eisenkot mahupun Parti Arab bersedia untuk bekerjasama dengan Netanyahu. Agaknya kerana kebuntuan itulah Trump berseloroh berkata, jika rakyat Amerika menolaknya, beliau boleh berhijrah ke Israel dan menjadi Perdana Menteri.

Chuck Baldwin (Republikan) pernah mengingatkan, dua manusia yang semakin luntur nilai kemanusiaan inilah yang sudah dan sedang menghuru-harakan dunia termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas. (https://www.facebook.com/share/r/1CCd6GoV5T/)

Bolehkah masyarakat Israel menerima Trump yang dikenali sebagai seorang pemimpin keras kepala dan Narsisistik? Soalnya sekarang, pengundi Israel sudah menolak Netanyahu dan Ben-Gvir, dan pengundi Amerika sudah menghantar amaran kepada Trump, apakah hubungan akrab Trump-Netanyahu akan berkekalan?

Sebahagian besar pengundi Israel mahukan parti yang ditunjangi oleh Ensekot bekerjasama dengan Parti Arab. Dalam beberapa perhimpunan diadakan, penunjuk perasaan mahukan Netanyahu berundur dan tidak lagi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Israel disebabkan terlalu banyak kerosakan pada zaman pemerintahannya.

Berdasarkan perkembangan terbaharu, pembangkang dan Parti' Arab sudah berunding untuk membentuk kerajaan campuran. Jika benar-benar berlaku, kedudukan Netanyahu sebagai PM Israel akan berakhir. Ini akan membawa kepada beberapa persoalan yang mungkin berlanjutan kepada suasana politik yang tidak tenteram.

Kelompok penyokong parti yang diterajui Netanyahu akan membuat kacau, termasuk salah seorang menteri kanan kabinet lama yang banyak melakukan provokasi, iaitu Itamar Ben-Gvir. Semasa kempen, Parti Arab menginginkan beliau pulang ke negara leluhurnya, iaitu Amerika Syarikat.

Ketua Demokrat di Senat yang baharu, Chuck Schumer (senator dari New York) sudah memberikan ketetapan bahawa akan dicuba menamatkan perang ke atas Iran dalam masa terdekat. Ini boleh membawa suasana politik yang tegang dengan Donald Trump yang masih berdegil untuk terus melancarkan perang bagi menghancurkan Iran.

Beliau juga dikatakan sedang menyediakan perancangan 100 hari pertama bagi Parti Demokrat di Sanet.Tentunya, salah satu perkara yang ingin dilakukan ialah mendesak Israel agar tidak meneruskan genosid terhadap rakyat Palestin.

Iran tidak pernah gentar dengan ancaman Trump sebaliknya Iran berhasrat untuk meningkatkan serangan ke atas aset dan kepentingan Amerika di Timur Tengah. Ini akan menyebabkan semakin besar kerugian dan maruah Amerika terjejas, lebih hampir ke negara pariah.

Pada tahun 1979, berlaku Revolusi Iran dan seterusnya penawanan kedutaan Amerika Syarikat di Tehran..Selepas 47 tahun berlaku, Iran buat pertama kalinya menaikkan billboard gergasi di tengah Tehran dengan kata-kata "we will kill Trump".

Papan tanda gergasi ini jelas menunjukkan keazaman IRGC bersedia melakukan apa yang dipaparkan itu memandangkan Amerika telah mencerobohnya, atas arahan dan ketetapan Donald Trump.

Ramai juga rakyat Israel tidak mahu Trump mengangkat sumpah Perdana Menteri, dan kerana itu, ada di antara bersedia meninggalkan Israel sekiranya "seloroh" itu menjadi kenyataan. Bagi mereka, bila Trump menjadi Perdana Menteri Israel, kehidupan rakyat akan menjadi lebih cemas sebagaimana telah mereka rasai semasa pentadbiran Benjamin Netanyahu, kedua-duanya adalah pemimpin gila perang dan pelaku genosid.

Rakyat mahu hidup dalam situasi aman dan damai, bukan hari-hari tanpa ketentuan "apakah esok masih ada" untuk bernafas dan menghabiskan masa bersama orang tersayang. Mereka boleh berkongsi hidup dengan Palestin, tetapi mereka tidak sanggup lagi hidup dalam ketidaktentuan dan perang tanpa berkesudahan.

Kekalahan Republikan telah membawa kepada satu kesimpulan: membina semula Amerika yang lebih baik bererti mesti meruntuhkan legasi yang dilakukan oleh Donald Trump. Itu dapat dilakukan sekiranya momentum kemarahan terhadap Donald Trump dilanjutkan tatkala Pilihan Raya Presiden yang baharu tidak lagi memilihnya atau calon Republikan.

Dalam tempoh dua tahun akan datang, kempen parti Demokrat hendaklah kekal dengan momentum sedemikian dan salam masa yang sama, memilih bakal calon yang boleh diterima oleh semua kelompok serta bebas daripada cengkaman oligarki.

Misalnya, tindakan Elon Musk bukan sahaja mengeluarkan dana lebih USD 2 bilion untuk kempen Republikan, bahkan dalam kempen pilihan raya separuh penggal berusaha untuk "membeli Texas". (https://www.facebook.com/share/r/1CCd6GoV5T/).

Tentunya, golongan kaya di Amerika Syarikat, yang hanya mewakili 1 peratus populasi akan tetap mencari jalan untuk menambahkan kekayaan mereka dengan "memasuki politik" atau "menaja kempen politik" dengan harapan, parti yang memenangi pilihan raya akan "membalas budi". Inilah kelemahan demokrasi di Amerika Syarikat, keputusan politik banyak dipengaruhi oleh mereka yang kaya, yang dipanggil kelompok oligarki.

Generasi muda Amerika Syarikat semakin celik politik, dan keputusan pilihan raya separuh penggal yang berlangsung beberapa hari lalu jelas menunjukkan mereka sedang menuju kepada penolakan pengaruh oligarki. Dalam masa yang sama, rakyat Amerika Syarikat juga menolak ahli politik yang setelah berkuasa menunjukkan tindakan yang semakin bersifat diktator, kerana mereka faham, "One man, one vote" bukan "money can buy freedom" dan "oligarki mengawal demokrasi." Mereka tidak mahu demokrasi "mati" kerana kepentingan golongan kecil yang kaya raya, mereka mahu demokrasi benar-benar menepati "dari rakyat, untuk rakyat dan kepada rakyat".

KAMARUN KH

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com