‘BILAMANA TITAH DIRAJA TIDAK LAGI BERNILAI’

KENYATAAN PERIBADI

SEMALAM adalah satu hari yang amat menyedihkan buat keluarga kami. Walaupun saya sedar ada pihak yang gembira dan meraikannya, saya juga dapat melihat dengan jelas di media sosial wajah sebenar mereka yang memilih untuk bersorak atas keputusan semalam.

Saya kenal ayah saya. Bossku tidak akan mengalah. Beliau akan terus berjuang. Namun sebagai seorang anak, dengan setiap halangan dan ujian yang berpanjangan ini, saya tidak dapat menahan persoalan — bilakah semua ini akan berakhir? Bilakah ia dianggap cukup bagi mereka?

Keputusan semalam amat menyedihkan buat saya, bukan semata-mata kerana ayah saya, tetapi kerana makna di sebalik keputusan itu. Selama puluhan tahun, UMNO memperjuangkan prinsip tertinggi — menjunjung kedaulatan Raja-Raja Melayu dan mematuhi setiap titah serta perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Namun dalam sekelip mata, semalam, maruah dan kedudukan institusi tersebut seolah-olah runtuh. Keputusan itu membawa maksud bahawa apa-apa titah atau dokumen Diraja tidak mempunyai nilai tanpa melalui proses kerajaan. Ini satu implikasi yang amat besar dan mendalam terhadap sistem yang selama ini kita junjung.

Jika ini pendirian kerajaan, mengapa perkara ini tidak dinyatakan dari awal?
Mengapa kami perlu berulang-alik ke mahkamah selama ini, memperjuangkan kewujudan satu addendum yang kini dikatakan tidak sah kerana isu proses?

Saya secara peribadi percaya addendum itu adalah sah. Selama ini, kefahaman saya — dan kefahaman ramai — ialah Lembaga Pengampunan hanyalah bersifat nasihat, manakala kuasa sebenar terletak pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Namun semalam, mesej yang diterima amat jelas: kuasa itu kini terletak pada kerajaan, dan tanpa proses kerajaan, dokumen Diraja tidak membawa sebarang nilai.

Jika begitu, bagaimana pula dengan kes-kes terdahulu yang juga mempunyai isu proses?
Bagaimana seseorang boleh menjadi Perdana Menteri tanpa Lembaga Pengampunan yang lengkap dan ketika Peguam Negara berada dalam cuti khas?
Di manakah konsistensi? Atau adakah semuanya ini sekadar satu pembohongan besar kepada rakyat Malaysia?

Kepada mereka yang meraikan hakikat bahawa Najib Razak masih berada di Kajang — ingatlah, ini bukan hari pertama beliau di sana. Ia sudah memasuki tahun keempat.
Dan jika benar kehendak Tuanku yang terdahulu, seperti yang dizahirkan melalui surat Istana, maka kerajaan hari ini sedang menahan Najib Razak secara tidak adil, bertentangan dengan kehendak tersebut.

Lebih menyedihkan, bagi satu jenayah yang dilakukan oleh Jho Low, individu yang sehingga hari ini kerajaan sendiri tidak lagi menunjukkan kesungguhan untuk memburunya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terus bersama kami. Saya mohon maaf kerana kami tidak dapat membawa berita baik semalam.

Dan kepada mereka yang memilih untuk bergembira dan meraikan keputusan semalam — nikmatilah kemenangan politik terbesar anda: menjatuhkan sebuah kerajaan lama yang telah membina negara ini ke tahap hari ini.
Selain meraikan sabitan seorang ahli politik Melayu, apakah lagi yang telah dilakukan untuk rakyat — sama ada Melayu, Cina atau India?

Saya percaya rakyat mampu menilai sendiri.
Lihat sahaja apa yang berlaku di Sabah.
Masa akan menentukan segalanya

DNN

#nazifnajib
#JusticeForNajibRazak
#bossku

(Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili BebasNews.)

Sumber: bebasnews.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com