CABARAN MALAYSIA MADANI

PERULANGAN sejarah membolehkan kita memahami bahawa kebangunan dan keruntuhan sesebuah tamadun atau peradaban banyak bergantung kepada apa yang ada dalam masyarakat itu sendiri.

Tamadun tinggi yang dihasilkan oleh masyarakat Pompeii pada abad ke-8 Sebelum Masihi akhirnya musnah tiga kurun kemudiannya kerana masyarakat tersebut mengetepikan nilai-nilai moral. Kemusnahan tamadun dan pencapaian budaya bangsa tersebut adalah disebabkan budaya yang mereka hasilkan.

Permulaannya mereka mencipta budaya kesungguhan, kerja kuat demi untuk survival, tetapi bila mencapai kemuncaknya, mereka mula mengetepikan nilai-nilai tersebut sehingga terlupa bahawa nilai-nilai yang berlawanan itulah yang menghancurkannya.

Masyarakat Pompeii menemui kehancuran apabila dilaknat oleh Tuhan kerana menjadikan hubungan seks bebas dan luar tabii sebagai budaya. Tinggalan sejarah masih kedapatan dalam keadaan pelaku seks sesama jantina menjadi batu. Peristiwa tragik itu telah menyebabkan 20,000 orang penduduk lenyap. Debu-debu terus menyelinapi setiap penjuru kota termasuk membungkus setiap bangunan, artifek dan hasil seni.

Berasaskan pengamatan sejarah, kesinambungan budaya dan nilai moral adalah prasyarat yang mampu mempertahankan sesuatu peradaban. Meskipun peradaban Islam pernah suatu ketika muncul dalam pentas sejarah manusia mengambil alih peradaban Barat, tetapi kerana berlakunya konflik dalaman akhirnya menyebabkan ia mudah runtuh.

Malaysia sebagai negara baru muncul setelah mengalami zaman penjajahan lebih 400 tahun sedang membentuk kerangka tamadun berdasarkan kesatuan dalam kepelbagaian, memberikan fokus menguruskan perubahan budaya dan kesinambungan nilai moral masyarakat.

Rangka kerukunan masyarakat Malaysia mengalami transformasi struktural apabila dasar ekonomi baru diperkenalkan pada tahun 1970. Setelah proses penyusunan semula masyarakat dilaksanakan, penghayatan institusi kemasyarakatan turut mengalami perubahan apabila falsafah budaya turut berubah.

Perubahan menjadi lebih mendesak apabila ada pihak yang memikirkan dengan adanya dasar sedemikian telah menyebabkan ada kumpulan diutamakan manakala satu kumpulan lain dikesampingkan.

Rasa gundah itulah menjadikan masing-masing cuba menonjolkan kembali apa yang sepatutnya mereka perlu dapat dan pertahankan. Persoalan tersebut membawa kepada penjenamaan semula hakikat dan keperluan kepada perpaduan.

Melalui gagasan Malaysia Madani kepimpinan negara cuba menjelmakan kembali nilai-nilai perpaduan dalam budaya hidup masyarakat Malaysia tanpa membuang setiap kerangka yang lama, termasuk Perlembagaan dan Rukun Negara.

Bangsa Malaysia adalah konsep yang bersifat psikologi dan bukannya berasaskan sempadan kaum, agama dan budaya. Ia merupakan perkongsian yang seimbang dan membawa faedah bersama, bukan merupakan hubungan secara hegemoni.

Persoalan kehidupan masyarakat harus ditangani secara lebih berkesan melalui pendekatan moral. Tanpa mengambil penekanan kuat terhadap pertimbangan moral, akan menyebabkan tamadun yang tercipta turut menghadapi masalah dan tidak bertahan lama.

Pada hakikatnya gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia semasa, merupakan suatu cabaran besar kepada pelaksanaan Malaysia Madani.

Membiarkan masalah moral bermaharajalela mendekatkan waktu kehancuran sesebuah umat. Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun dan Empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan ditelan zaman akibat kepincangan moral yang parah dalam masyarakat dan negara.

Demikian juga yang berlaku ke atas tamadun Barat hari ini yang meletakkan kepentingan kebendaan dan duniawi semata-mata. Realiti ini telah menyedarkan mereka peri pentingnya agama dalam menyelesaikan masalah moral yang mereka hadapi.

Para ulama berpendapat bahawa akhlak luhur merupakan pangkal kebaikan hidup di dunia dan akhirat.

Al-Quran dan sunnah juga meletakkan akhlak luhur sesuatu yang perlu diberi keutamaan seperti bersikap lemah lembut, penyayang dan pemaaf. Di samping itu, sunnah juga menyaran agar kita mengawal emosi, nafsu, serta memaafkan sesiapa, tidak kira dalam apa jua situasi termasuk susah atau senang. Itulah akhlak mulia yang dimaksudkan oleh al-Quran: "jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf dan meninggalkan mungkar dan berpalinglah daripada orang yang bodoh." (Al-A'raf ayat 199).

Catatan: Ibnu Majid

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com