GEMPA BUMI, KIAMAT DAN TAUBAT
Banyak orang yang bertanya tentang kaitan gempa bumi dengan kiamat atau hari akhir. Terutama bagi Muslim, ketika ada hadis Nabi yang menyebut kaitan gempa dengan kiamat. Lantas, benarkah ada kaitannya?
Rasulullah SAW menjelaskan tentang tanda-tanda hari kiamat. Salah satunya memang adalah gempa bumi yang terjadi terus menerus.
Banyaknya gempa bumi adalah salah satu tanda kiamat kecil, yang permulaannya telah muncul dan terus berlanjut dan meningkat hingga kiamat benar-benar terjadi.
Apakah ini petanda bahawa bumi sudah semakin tua? Apabila bumi semakin tua apakah sesarannya (taktonik) sudah tidak stabil? Apakah ketidakstabilan diakibatkan oleh perbuatan buruk penghuninya atau sebaliknya?
Bencana alam dan juga penyakit telah wujud sejak berjuta-juta tahun dahulu dan sehingga kini terus berlaku, menimpa manusia yang hidup sebelum dan selepas al-Qur’an diturunkan. Perihal kejadian itu, Allah SWT telahpun semadikan kejadian bencana-Nya di dalam al-Qur’an dan memanggilnya ’kemurkaan dari langit’.
Semalam umat Islam seluruh dunia menerima berita sedih tentang kejadian gempa bumi yang berlaku di Turki dan Syria dan setakat ini telah mengorbankan sejumlah lebih dari 3,700 orang. Penderitaan ini pula ditambah dengan kedatangan musim dingin yang membekukan menambah derita lagi ribuan orang yang terluka serta meyukarkan usaha pencarian korban yang masih dinyatakan hilang.
Malah menurut sebahagian mereka yang tercedera dan selamat peritiwa ini seumpama seperti kiamat, dingin disertai hujan lebat ada hujan lebat.
Allah SWT menyebut musibah yang berlaku keatas manusia adalah dari kesalahan diri manusia sendiri.Allah sesungguhnya ingin menguji mereka ini. Dan sesungguhnya untuk memperbaiki sesuatu dalam diri kita hanya dapat dilakukan melaui ujian.
Pernah terjadi pada zaman Nabi Sulaiman as langit ditahan hingga lama tidak turun hujan. Kemudian Nabi Sulaiman keluar bersama orang-orang untuk solat istiqa. Ketika itu Nabi Sulaiman melihat seekor semut mengadahkan tangannya kelangit serta berucap:”Allahumma Ya Allah,Engkau sungguh mengetahui bahawa bencana tidak diturunkan melainkan kerana dosa dan tidak akan diangkat kecuali dengan taubat. Dan kami adalah makhluk diantara makhluk ciptaan Mu, hamba diantara hamba-hamba Mu. Maka janganlah Engkau membinasakan kami dengan dosa bani Adam”
Maka Nabi Sulaiman berkata kepada orang-orang tersebut:”Pulanglah kamu Allah telah mengabulkan permohonan kamu kerana doa semut ini.”
Mengambil kira hakikat rentetan fenomena yang berlaku masakini, pastinya dapat direnungi kesudahan hasil daripada tangan manusia dan dapat mengasingkan antara perkara buruk dengan yang baik. Sejarah kaum-kaum terdahulu telah pun berulang dan akan terus berulang, malah diundang tanpa diduga.
Umat haruslah mengambil iktibar segala bencana yang menimpa ini, mengharuskan setiap orang bermuhasabah diri dan bertaubat meninggalkan semua bentuk kemungkaran dan kembali berpegang teguh dan mengamalkan ajaran Islam sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Itulah satu-satunya jalan yang dapat menghindari kita daripada ditimpa musibah atau apapun bentuk bencana di dunia ini.
Dan semua ini pada hakikatnya menuntut kita berfikir tentang tanda-tanda keEsaan dan kekuasaan Allah SWT.
Catatan : Ibnu Majid