GENDANG PRN MULA MENGGILA (V)

Namun, setelah digerakkan dengan serangan fajar, PN masih belum mampu menumbangkan kerajaan perpaduan dan kini memasuki bulan ke-9 (2 Disember 2022 hingga 2 Ogos 2023). Lebih dahsyat lagi, PN mengakui bahawa bukan mudah untuk menumbangkan kerajaan perpaduan kerana usul ‘undi percaya’, yang dilaksanakan pada 19 Disember 2022 tidak menyebelahinya. Ia telah mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim mempunyai sokongan yang lebih besar, iaitu dua pertiga daripada keseluruhan wakil rakyat di Dewan Negara.

Anwar merupakan PM X dan menjadi perdana menteri pertama yang sanggup menggunakan usul undi percaya. Ia telah berjaya menafikan bahawa PN mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan. Oleh itu, PN terpaksa menelan pahit yang amat pedih. Sehingga kini, kerongkong parti itu masih tersekat dengan tulang ikan berbentuk ‘Y” yang sukar dikeluarkan setelah terlekat di halkum. 

PN menggunakan senjata lain untuk merefleksi pengaruh kerajaan perpaduan akan berakhir, yakni menguasai kesemua enam buah negeri yang tidak bersama-sama melaksanakan PRU pada 19 November 2022. Dengan kekuatan 74 kerusi Dewan Rakyat, PN mendakwa mereka akan’menoktahkan’ tiga negeri yang dikuasai oleh PH, iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, selain gigih mempertahankan tiga negeri yang dikuasainya, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Secara zahirnya, Kelantan sukar direbahkan oleh PH-BN pada PRN kali ini (12 Ogos 2023) berdasarkan beberapa petunjuk yang ada. BN tidak mempunyai kekuatan, UMNO sudah lama berpecah, yakni sejak hilang kuasa pada PRU ke-8 (1990) kepada gandingan PAS dan Semangat ’46 yang dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Biarpun Semangat ’46 telah dibubarkan pada tahun 1996, PAS cukup sukar dicabar oleh BN, sehinggalah muncul ‘keadaan tergugat’ pada PRU ke-11 (2004) apabila memerintah dengan majori tiga kerusi DUN, yang kemudian berubah dengan majoriti satu kerusi (majoriti mudah).

Dalam tempoh empat tahun berikut, PAS semakin gagah sehingga UMNO/BN menjadi sangat kerdil dan Mustapha Mohamed yang menunggu untuk mengangkat sumpah sebagai MB Kelantan terpaksa melupakannya. Kini, Mustapha tidak mempertahankan kerusi DUN Ayer Lanas dan ia digantikan oleh Datuk Kamarudin Md Nor daripada Bersatu. Kamarudin juga ada masalahnya, beliau telah ditolak di Parlimen Pasir Puteh pada PRU ke-14 (2018).

Mustapha membuat keputusan keluar daripada UMNO pada 18 September 2018 setelah usaha ‘memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti’ dilihatnya semakin sukar’. Beliau kemudiannya menyertai Bersatu dan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kabinet Muhyiddin. 

Pada PRU ke-15, Mustapha tidak mempertahankan kerusi Parlimen Jeli (yang dimenanginya sejak PRU (1995); kalah pada PRU ke-9 (1999), menang semula pada PRU ke-10 (1999) hinggalah PRU ke-14 (2018) atas tiket UMNO/BN). Parlimen Jeli diserahkan kepada orang kanannya, Zahari Kecik, setiausaha politiknya.

Keputusan PRU ke-15 (2022) di peringkat Parlimen menyaksikan UMNO tidak ada lagi tunjang kekuatannya. Kesemua kerusi Parlimen disapu bersih oleh PN. Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi ‘orang kebal’ pun terpaksa menerima kekalahan dengan perbezaan undi yang kecil (163 undi). Salah seorang penyokongnya memfailkan petisyen tetapi Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolaknya kerana petisyen itu  ‘tidak sah dan cacat’ apabila ‘dakwaan rasuah termasuk fakta berkaitan ejen pemberi rasuah tidak dijelaskan identitinya’. (Sinar Harian, 26 Februari 2023).

Dalam beberapa petisyen yang dibuat selepas PRU ke-15, hanya satu keputusan dibatalkan, iaitu di Parlimen Kuala Terengganu, yang dimenangi oleh PAS. Atas sebab itu, PRK Kuala Terengganu diadakan serentak dengan PRN ke-15 pada 12 Ogos 2023. PAS meletakkan semula Datuk Mohd Amzad Hashim manakala PKR (PH-BN) menampilkan Azan Ismail. Sebelumnya, anak perempuan Anwar Ibrahim yang gagal mempertahankan kerusi tradisi keluarga, Permatang Pauh disebut-sebut bakal mewakili PH-BN.

Walaupun secara jelasnya BN yang mempunyai jentera pilihan raya yang mantap dan lebih tersusun, akhirnya dipersetujui bahawa PKR meletakkan calonnya. Ia mungkin menjadi ujian untuk mengukur pengaruh PH di Pantai Timur, terutama di Terengganu walaupun ada pendapat lama mengatakan PH ‘tak rak secetong’. Mungkin disebabkan PH menerajui politik di peringkat pusa, ia diharapkan mampu mengubah lanskap politik di negeri-negeri Pantai Timur kali ini dan seterusnya menjadi tapak yang lebih besar pada masa akan datang.

Tiga buah negeri – Kelantan, Terengganu dan Kedah – dilihat cukup sepadan apabila meletakkan UMNO untuk membawa cabaran utama bagi PH-BN berbanding PH. Bagaimanapun, di Kelantan komponen PH diberikan lima kerusi DUN untuk ditandingi manakala UMNO terus kekal sebagai pencabar utama. Pada andaian PN, sekiranya momentum PRU ke-15 berulang dan dapat dikekalkan, peluang UMNO menang adalah tipis, Itulah Dr Mahathir berani menjangkakan yang gandingan PN boleh menyapu bersih di Kelantan dan Terengganu.

Tidak ada pihak yang berani meramalkan bahawa PN akan menyapu bersih dalam PRN kali ini di Kedah. Ini kerana Sanusi yang mahu buktikan kehandalannya memimpin PAS turut di sebalik popularitinya. Bagi penyokong PAS, Sanusi cukup popular tetapi di mata pengundi mudah sebahagian besarnya melihat Sanusi bakal menjadi liabiti. Ia dikatakan begitu dengan alasan corak, gaya kempen Sanusi boleh menyebabkan orang ketawa, tetapi ketawa itu hanya sekadar hiburan, bukan boleh diyakini mampu mentadbir negeri dengan baik.

Sanusi dilihat cukup menghampiri dua orang bekas pemimpin, iaitu Donald Trump dan Rodrigo Duterte. Donald Trump berjaya membentuk kelompok penyokongnya yang tegar walaupun dengan cara berbohong dan menghina lawan, seperti kaedah politik zaman batu (tribes). Duterte pula sanggup membunuh rakyatnya sendiri bagi menjadikan dirinya popular dan dihormati walaupun niatnya adalah baik, yakni menghapuskan masalah penagihan dan pengedaran dadah. Arahan Duterte ialah bunuh siapa sahaja, termasuk mereka yang tidak ada kaitannya dengan dadah yang menjadi ‘benteng/tempat berlindung’ pengedar dadah.

Kita boleh lihat bagaimana Sanusi awalnya menafikan kehadirannya di sebuah premis menjual kereta di Autocity, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Sanusi akhirnya kantoi apabila seorang wanita memuat naik gambarnya yang sedang pandu-uji sebuah kereta. Kesan daripada pendedahan itu (5 Julai 2021), wanita yang menyebarkan video tersebut dibuli oleh orang-orang di sekeliling Sanusi.

Akibatnya, Hanini Siron atau Nino Siron membuat laporan polis dan memfailkan saman ke atas tiga entity: Setiausaha Politik MB Kedah, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Mohamad Solhi Mohd Sharif dan akhbar Harakahdaily, masing-masing dituntut membayar ganti rugi RM 1juta.

Setelah disiasat, Sanusi dikenakan kompaun kerana melanggar SOP. Ketika itu, tidak dibenarkan rentas daerah dan negeri, total restriction. Ini bermakna pada peringkat awal Sanusi tidak mengakui berada di premis tersebut (pandu uji), hanya sekadar singgah seketika dalam perjalanan untuk hadir mesyuarat di Kuala Lumpur. Selepas terkantoi, Sanusi akhirnya bersedia untuk dikompaun dan mengakui “tidak secara peribadi memandu uji kenderaan itu’ sebaliknya dipandu oleh jurujual.

Sanusi juga terjebak dengan fitnah ke atas Pengerusi PH Kedah, Mahfuz Omar apabila mengaitkannya dengan pemindahan Sport Toto ke kawasan Pokok Sena. Dakwaan itu dimuatnaik dalam facebook pada 30 Julai 2019.  Sebelumnya (27 Julai 2019), Sanusi memuatnaik satu video berdurasi 7 minit 57 saat memaparkan sekumpulan individu membantah pembukaan premis Sport Toto di Pokok Sena dengan memegang sepanduk yang tertera nama Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena ketika itu.

Mahfuz kemudiannya memfailkan saman fitnah ke atas Sanusi dan setelah melalui beberapa kali perbicaraan, Mahkamah Tinggi mengarahkan Sanusi membayar ganti rugi sebanyak RM 120,000.00. (Berita Harian, 3 April 2023). Beberapa ketika kemudian, Mahfuz mempersoalkan kelewatan Sanusi membayar ganti rugi yang telah diberikan oleh mahkamah dan bercadang untuk menaikkan jumlahnya. (Kosmo, 4 Mei 2023).

Sanusi juga berhadapan dengan saman yang difailkan oleh Anwar atas dakwaan mempersoalkan pengampunan Diraja. Selain itu, Sanusi kemudian mempertikaikan titah SPBYDA mengenai pembentukan kerajaan perpaduan, kerana tidak ada orang lain yang mendengarnya, hanya Anwar. Oleh kerana itu, Anwar telah menjaja titah tersebut bagi mengatakan pelantikannya sebagai sah atau absah.

Bagaimanapun, dakwaan Sanusi itu terceduk apabila Muhyiddin memberikan kenyataan bahawa SPBYDA ada menyatakan cadangan tersebut sebagai kaedah untuk menyelesaikan keadaan “Parlimen Tergantung” dan membentuk sebuah ‘kerajaan yang stabil’. Dalam memperkatakan perihal itu, Muhyiddin menolak sebenarnya telah menolak kerana Anwar diminta untuk mengetuainya dan PN mengambil keputusan kekal sebagai pembangkang. Anwar dipilih kerana beliau adalah Pengerusi PH yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak (82) dan Muhyiddin yang hanya ada 74 kerusi.

Sehari dua sebelum hari penamaan calon, Sanusi diserang hebat oleh Menteri Dalam Negeri, Saifudin Nasution apabila mendedahkan sekeping surat MBI dikompaunkan RM 500,000 kerana ‘mencuri REE’ di salah satu kompartmen di Bukit Enggang, Sik, Kedah. Benar, Sanusi tidak dikompaun dengan kesalahan itu, tetapi Sanusi merupakan Pengerusi MBI maka tidaklah boleh dipercayai sekiranya ‘beliau tidak tahu’ dengan apa yang berlaku.

Pengarah Tanah dan Galian Kedah kemudiannya muncul menjelaskan surat kompaun itu bahawa bukan Sanusi yang didenda. Ia tidak ada kaitan dengan ‘permainan politik’ yang sedang berlaku. Sebaliknya mempertahankan Sanusi kerana tidak menggunakan kedudukannya sebagai MB untuk membatalkan kompaun tersebut, walaupun Sanusi boleh lakukan dengan membawa cadangan itu ke Mesyuarat EXCO Kedah.

Saifudin terus membelasah Sanusi dengan mendedahkan butir-butir permohonan MB Kedah kebenaran membawa masuk tenaga professional dalam usaha meneliti dan mengkaji jenis nadir bumi yang ada di kawasan yang pernah dikatakan diluluskan sebagai ladang rakyat. Tanah tersebut diberikan untuk membantu memulihkan hutan yang telah digondolkan, namun ia kemudian ditukarkan menjadi Ladang Musang King.

Bagaimanapun, setelah diteroka didapati kawasan itu mempunyai simpanan nadir bumi (REE) yang sangat besar dan Sanusi mengumumkan aset mineral tersebut bernilai RM 43 trilion. Sanusi mengakui bahawa ia akan menjana kekayaan baharu kepada negeri Kedah dan menempelak diksrimasi yang didakwa berlaku di mana peruntukan daripada kerajaan pusat tidak menyebelahi negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang.

Hujah diskriminasi peruntukan itu berjaya dimatikan oleh PM X. Ia telah dibuktikan dengan penyaluran dan kelulusan peruntukan untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kelantan dan Sabah. Juga peruntukan membaiki infrastruktur yang rosak akibat banjir (membabitkan Kelantan dan Terengganu).

PMX memberitahu, beliau akan pertimbangan apa sahaja permohonan oleh sesiapa sahaja MB atau KM asal datang dengan cara baik untuk berbincang dan mencari kata sepakat atas kepentingan rakyat. Ini bermakna, dakwaan Sanusi bahawa PMX enggan berbincang walaupun sudah beberapa kali mengutus surat, adalah disebabkan masalah peribadi dan pembawaannya yang tidak menghormati orang lain.

Ia seumpama seorang anak yang degil dan keras kepala memohon sesuatu daripada seorang ayah. Ada seorang lagi anak yang memperlihatkan budaya sopan dan menghormati seorang ayah. Secara lojiknya, seorang anak yang sopan, berbudi bahasa dan menghormati orang tua lebih mudah memperoleh sesuatu yang diinginkan berbanding seorang yang degil, keras kepala dan ego.

Dalam hal ini, Allah SWT memperingatkan bahawa dalam setiap perundingan, sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan berkesan jika dua pihak saling menghormati satu sama lain, bukan mencetuskan pergaduhan dan tidak berlangsung dalam keadaan syak wasangka.

You cannot dig a hole in a different place by digging it deeper’. Yang lebih penting ialah untuk mencapai solusi yang berkesan dalam sesuatu perundingan, ia tidak wajar dilakukan dalam suasana bermusuh dan bertentangan walaupun asasnya adalah bermula dengan perbezaan.

                                                                                                   *****

Setelah termuntah dengan dakwaan sedemikian, Sanusi memperlahankan isu itu termasuk mengecam PM X. Kini, Sanusi terpaksa menjawab dakwaan Saifudin mengenai dua orang rakyat China yang diberikan jawatan dalam MBI  dan salah seorangnya telah ditangkap kerana “mencuri REE”. Dalam serbuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa, ia turut menemui lebih 300 karung REE yang bakal dieksport ke luar negara.

Sanusi juga dipersoalkan bahawa MBI tidak mempunyai lesen melombong dan mengkesport REE boleh melakukannya. Apa yang telah diluluskan kepada MBI ialah lesen kebenaran untuk mengkaji kandungan mineral yang ada dalam REE.

Mengenai REE Sanusi juga terduduk apabila memberitahu nilainya ialah RM 42 bilion, bukan RM 43 trilion seperti kenyataan awalnya. Dalam masa yang sama seramai 52 orang telah ditangkap kerana aktiviti haram di kompartmen yang mengandungi REE itu. Ia termasuk rakyat asing yang diminta kebenaran oleh MB Kedah untuk membawa masuk tenaga professional daripada China.

Pada 19 Julai 2023, SPRM mengesahkan seorang pegawai kanan MBI telah ditahan bersama-sama seorang wanita yang merupakan pengarah sebuah syarikat bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa kecurian nadir bumi (REE), yang bernilai RM 13 juta.

SPRM juga turut mengambil keterangan ke atas semua EXCO Kedah berhubung kecurian REE, manakala Sanusi akan dipanggil untuk dirakamkan percakapannya. Biarpun Sanusi dilihat oleh penyokong PAS yang terkenal dengan taksub sebagai wira, sedikit sebanyak akan mempengaruhi ‘pengundi atas pagar’ dan juga pengundi muda di Kedah. Pengundi muda sebenarnya menunggu pengumuman-pengumuman yang ada hubungannya dengan masa depan mereka, termasuk peluang pekerjaan dan program kesejahteraan sosial.

Persoalan inilah yang akan membelenggu PAS di beberapa buah negeri yang dikuasainya. Kedah juga tidak terkecuali kerana rakyat atau golongan muda menilainya sebagai ‘prasyarat’ apatah lagi mereka sedang memburu peluang pekerjaan. Sebahagian besarnya terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki, termasuk Selangor. Mereka lebih realistik dan semakin terbuka pemikirannya. Mereka boleh menilai apakah dengan kuasa politik PAS, pemimpinnya mampu melakukannya atau hanya sekadar retorik?

Mereka akan merujuk Kelantan sebagai model kegagalan pentadbiran PAS. Setiap tahun ribuan anak muda memburu peluang di negeri-negeri Pantai Barat yang tidak dikuasai PAS, Mereka merasa bosan dengan janji-janji pemimpin PAS. Tetapi sayangnya, di Kelantan pengaruh PH-BN tidak mampu menyaingi PAS selain stigma mahu mempertahankan ‘kerajaan Islam’ yang terkepong dengan doktrin ‘syurga-neraka’.

(BERSAMBUNG)

MAHANOR SALEHA

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com